Panduan / Tips Membangunkan Aplikasi Web / Sistem Berasaskan Web

Figure Courtesy of WAD
Pembangunan Aplikasi Web atau Sistem Berasaskan Web (Online System) memerlukan langkah dan praktis yang betul, teknologi yang hendak digunakan di samping perkakasan (tools) yang sesuai. Sebelum pengaturcara memulakan langkah pembangunan, molek kiranya jika latar belakang masalah sesebuah sistem telah dikenalpasti dan inovasi idea baru dapat dijanakan bagi memenuhi keperluan pengguna.
Untuk mendapatkan idea bagi membangunkan sistem / aplikasi web, boleh rujuk post saya bertajuk : Projek Akhir Sarjana Muda – Tips Mencari Idea Tajuk Projek Akhir yang Berkualiti
Oleh itu, post kali ini akan membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pengaturcara web baru sebelum membangunkan sesebuah aplikasi web :
- Kenal pasti idea yang ingin dikembangkan menjadi sebuah sistem. Kaji latar belakang sistem sedia ada dan cari kelebihan dan kelemahan sistem tersebut.
- Kenal pasti teknologi, pangkalan data dan bahasa pengaturcara web yang sesuai dengan anda. Anda tidak perlu menguasai semua bahasa pengaturcaraan web / sistem pangkalan data untuk menjadi pengaturcara. Hanya pilih satu dan kuasai bahasa / pangkalan data tersebut sedalam-dalamnya.
- Terdapat pelbagai kaedah / metodologi pembangunan sistem seperti Model Air Terjun (Waterfall), Pengatucaraan Ekstrem (Extreme Programming), Tangkas (Agile) dsb. Oleh itu, tentukan kaedah yang sesuai dengan strategi anda. Walau bagaimanapun, dalam dunia sebenar, pengaturcara bebas menggunakan strategi masing-masing sama ada pembangunan secara individu atau berkumpulan.
- Pengujian mesti dilaksanakan pada setiap fasa / modul yang dibangunkan. Ini bagi memudahkan pengaturcara sentiasa peka terhadap perubahan keperluan pengguna / klien.
- Pilih perisian dan perkakasan yang sesuai dan berpadanan dengan teknologi dan bahasa pengaturacaraan yang ini digunakan. Untuk mengetahui apakah perisian dan teknologi yang berpadanan, boleh rujuk laman web berikut: Web Application Development .
Teknologi dan Bahasa Pengaturcaraan memang cepat berkembang kerana sesebuah komuniti pengaturcara sedaya upaya mencari cara / fungsi yang terbaik untuk mempercepatkan masa pembangunan dan meningkatkan kebolehgunaan (Usability). Contoh komuniti pengaturcara / ahli teknologi ialah seperti berikut:
- JavaEE – http://www.oracle.com/technetwork/java/javaee/community/index.html
- Android - http://developer.android.com/community/index.html
- Fedora – http://www.fedora-commons.org/community/developers/devlist
- Elgg (Open Source Social Networking Engine) – http://community.elgg.org/
- Google and Open Source – http://code.google.com/opensource/
- PHP – http://www.phpdeveloper.org/
- ASP.Net – http://www.asp.net/community/projects
P/s: Madrasah Puasa ialah platform terbaik untuk diri kita mengenal dan menyucikan diri. Rebut sebaik mungkin masa yang ada untuk kebajikan kerana Ramadhan akan datang belum tentu ada untuk kita. Renung-renungkanlah. ~Firdaus-Harun.com