Panda USB Vaccine – Cegah Sebelum Parah

Written by alfarabius on Apr 25th, 2009 | Filed under: Info, Produk

Panda USB Vaccine

Panda USB Vaccine merupakan sebuah perisian ringkas (USBVaccine.exe) dari syarikat Panda Security untuk mengekang penyebaran malware merebak ke host atau driver lain. Ancaman atau penyebaran malware menggunakan medium mudah alih (portable) seperti pendrive, kamera digital, pemain MP3 dan memory stick makin mendapat perhatian sejak akhir-akhir ini. Ini kerana malware tersebut boleh memanipulasi fail Autorun pada setiap medium mudah alih tersebut.

Oleh itu, rekabentuk pembangunan Panda USB Vaccine ini adalah dengan membenarkan pengguna memusnahkan fungsi fail Autorun sama ada di PC / Laptop dan di pendrive. Oleh yang demikian, secara tidak langsung ancaman malware tidak akan merebak ke medium-medium tersebut. Dikatakan 95% ancaman virus kepada komputer adalah hasil dari penyebaran malware di antara medium-medium (pendrive, memory stick dsb) tersebut.

Anda boleh memuat turun perisian ini secara PERCUMA di URL : [klik]

Untuk maklumat lanjut berkaitan Panda USB Vaccine sila ke URL : [klik]

P/s: Pastikan anda sentiasa mengemaskini virus definition perisian antivirus anda untuk pencegahan yang lebih berkesan. Jika tidak mahu Pc / Laptop anda diserang virus, tukarlah kepada persekitaran sistem pengoperasian (OS) Mac atau Linux. Pasti tidak ada masalah. ;)


Ekosistem Perisian – Menjamin Kestabilan Pembangunan Perisian – Bah. 1

Written by alfarabius on Apr 24th, 2009 | Filed under: Kejuruteraan Perisian, Program, Umum

coral-reef

Ekosistem bermaksud kesemua komponen dalam sesebuah kumpulan / organisasi yang mempunyai visi dan objektif tertentu, memainkan peranan masing-masing untuk menjamin kelangsungan kumpulan tersebut. Dalam konteks pembangunan perisian, ekosistem perisian bermaksud kaedah pembangunan perisian yang memberi faedah dan respon yang efektif sama ada kepada klien, pembangun / pengaturcara plug-in, pengedar, perunding IT, pengilang (hardware) serta pesaing.

Ekosistem perisian ibarat batu karang yang terdampar di dasar lautan. Batu karang dicipta untuk mengimbangi keseluruhan ekosistem kehidupan di dasar laut. Semua kehidupan laut bergantung kepada batu karang tersebut dan sentiasa berkembang serta bertahan sampai bila-bila selagi tidak diganggu.

Begitu juga dengan perisian yang sentiasa berevolusi, skop yang makin luas, dan berubah mengikut keperluan semasa oleh pihak klien. Walau bagaimanapun, ini bukan bermaksud perisian sahaja yang berubah malah ekosistem perisian juga turut mengalami transformasi tersebut. Sifat perisian yang rumit dan mudah diancam ketidakpuasan pengguna atau ketidaksesuaian teknologi yang digunapakai.

Oleh itu, bagi membangunkan perisian yang mantap dan mesra kepada ekosistem perisian, maka kaedah pembangunan yang tepat dan bersesuaian dengan sistem yang akan dibangunkan, perlulah diteliti oleh inteligensia IT (pengaturcara, penganalisa sistem, ketua projek IT dsb). Contoh sistem sama ada berasaskan aplikasi web, sistem Desktop, servis sesawang (Web service) dan sebagainya.

Oleh sebab itu, maka wujudlah pelbagai pendekatan atau kerangka pembangunan perisian yang dinamik bagi merealisasikan konsep Kestabilan Pembangunan Perisian atau ‘Sustainable Software Development’.

P/s: “Manusia sering tertipu dengan hati dan fikiran masing-masing tentang bakat dan kebolehan, sebenarnya diri sendiri mempunyai 1001 kelebihan yang belum diteroka, ini disebabkan daya usaha yang kurang dan malas” ~Aku kata


Bersembang (Chat) Tanpa Pemasangan Sebarang Perisian

Written by alfarabius on Apr 23rd, 2009 | Filed under: Rangkaian, Tips

Chat

Jika anda menggunakan PC / Laptop (OS – Windows) dan berkeinginan bersembang secara privasi dengan kawan ada tanpa menggunakan sebarang perisian, kini ada cara mudah. Dengan menggunakan ‘Command Prompt’ tertentu, anda sudah boleh memeriksa alamat IP (IP Address) anda dan bersembang dengan rakan anda.

Untuk mengetahui alamat IP anda, hanya perlu taip IPCONFIG pada paparan Command Prompt anda. Maklumat berkaitan IP Address, Subnet Mask dan Default Gateway akan dipaparkan. Langkah seterusnya adalah seperti berikut :

1. Buka perisian Notepad di Start > All Programs > Accessories > Notepad dan taip teks seperti di bawah :-

@echo off
:A
Cls
echo MESSENGER
set /p n=User:
set /p m=Message:
net send %n% %m%
Pause
Goto A

2. Simpan fail text tersebut dengan nama “Messenger.bat”. Buka fail “Messenger.bat” di Command Prompt (*pastikan direktori anda betul sebelum membuka fail .bat ini) dan Command Prompt akan memaparkan info seperti di bawah:

MESSENGER
User:

3. Untuk “User” , taip alamat IP address rakan sembang anda atau Pc / Laptop yang anda berkomunikasi.

Anda akan dapat lihat seperti berikut:

Message:

4. Sekarang, taip apa sahaja mesej untuk bersembang. Sebelum klik butang “Enter”, anda akan dapat lihat seperti berikut :

MESSENGER
User: 182.100.100.100
Message: Hi

5. Sekarang klik butang “Enter” dan mula bersembang!!! Yahoo…

P/s: Cara mudah melihat IP Address selain taip command IPCONFIG adalah layari URL : http://whatismyipaddress.com/.

P/s/s: IPCONFIG /all – memaparkan maklumat lengkap berkaitan spesifikasi rangkaian PC / Laptop anda


Sila Masukkan Alamat
Emel Anda Untuk
Mendapatkan Artikel Blog ini
Secara PERCUMA :

Disediakan oleh: FeedBurner