World Best Presentation Contest 2009 – Landasan Terbaik untuk Membentangkan Idea dan Projek Anda ke Peringkat Dunia
SlideShare.net akan mengadakan pertandingan layar pembentangan terbaik peringkat dunia (World Best Presentation 2009) pada tahun ini. Pertandingan yang dianjurkan bersama pihak Adobe Acrobat 9 menawarkan hadiah yang menarik dan hebat. Antaranya MacBook Pro (Tempat 1), Amazon Kindle Dx (Tempat 2), Iphone 3G S (Tempat 3), dan pemenang setiap kategori akan menerima perisian asli Adobe Acrobat 9*. Pertandingan ini bermula pada 3 Ogos 2009 yang lalu dan akan berakhir pada 8 September 2009.
Kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut :
- Bisnes
- Teknologi
- Pendidikan
- Idea kreatif dan inovasi
- Peribadi
Kemasukan adalah percuma dan saiz fail layar pembentangan (tidak kira fail jenis apapun) adalah tidak melebihi 100mb. Semua ‘slide’ akan diadili melalui undian dari para pengunjung laman web seluruh dunia dan pakar-pakar dalam industri media sosial seperti :
Ini masanya anda menukarkan idea di minda anda ke atas ‘slide’ supaya dikongsi bersama dengan rakan-rakan di seluruh dunia. Pastikan anda menggunakan Bahasa Inggeris (bahasa universal
) untuk perkataan di dalam ‘slide’ anda. Kepada rakan-rakan pensyarah, apa kata anda menukarkan modul pembelajaran anda ke dalam bentuk ‘slide’ yang lebih menarik dan kreatif. Manalah tahu mungkin usaha yang gigih itu membuahkan hasil kepada anda. Selamat mencuba.
*Adobe Acrobat 9 adalah perisian editor untuk sebarang jenis dokumen (word processing, spreadsheet, slide) supaya lebih interaktif. Ini kerana perisian tersebut membolehkan anda menggabungkan sebarang elemen multimedia seperti video, audio dan pelbagai jenis fail yang lain ke dalam satu format Adobe.
P/s: Saya juga tengah menyiapkan ‘slide’ untuk pertandingan ini. Tajuknya ‘*****’ (dirahsiakan untuk sementara waktu)




