Dr. Vinton G. Cerf – Bapa Dunia Internet

Dr. Vinton G. Cerf. merupakan salah seorang tokoh dalam dunia Internet kerana beliau merupakan pencipta kepada asas protokol TCP/IP. TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol) adalah set protokol komunikasi yang mengimplementasikan timbunan protokol untuk menjalankan fungsi Internet itu sendiri. Sekarang beliau menjawat sebagai Ketua ‘Pendakwah’ Internet (Chief Internet Evangelist) untuk syarikat Enjin Carian terbesar dunia iaitu Google Inc.
Banyak anugerah dan penghargaan diterima dari beberapa Institut dan peminpin negara antaranya :
- U.S. National Medal of Technology – 1997
- Marconi Fellowship
- Charles Stark Draper award of the National Academy of Engineering
- Prince of Asturias award for science and technology
- A.M. Turing Award from the Association for Computer Machinery dan lain-lain
Beliau juga Felo dan Professor Pelawat kepada beberapa institut sains dan teknologi antaranya :
- IEEE (Institute of Electrical and Electronics Engineers)
- ACM (Association for Computing Machinery)
- AAAS (American Academy of Arts and Sciences) dan lain-lain
Sebagai seorang ahli akademik, saya berbangga terhadap pencapaian beliau. Dengan kerja keras bertahun-tahun lamanya, beliau menjadi tokoh dunia IT yang disegani. Baru-baru ini beliau hadir ke Malaysia untuk WCIT 2008 dan memperkatakan tentang masa depan Internet dan Google.
P/s: Kita mungkin tak mampu buat semua, tapi tak mampu buat semua jangan tinggal semua – Dr. HM Tuah