Blog berkisar tentang Dunia Graduan Sains Komputer dan IT di Malaysia. Segala Tips dan Berita Terkini tentang dunia ICT tempatan dan luar negara. Selamat Membaca ;)
Komen serta Pandangan Anda amat dialu-alukan dalam mempertingkatkan isi kandungan blog ini.
Written by alfarabius on Jul 16th, 2008 | Filed under: Tips
Di atas merupakan video tutorial pemasangan dua buah skrin LCD (Liquid Crystal Display) pada PC anda. Langkah demi langkah ditunjukkan oleh pihak PC WORLD. Kebanyakan pengaturcara atau penggemar permainan video berdefinisi tinggi berminat memasang multi-skrin untuk pandangan yang luas beberapa tetingkap Folder atau program perisian dipaparkan sekaligus. Tips ini amat berguna kepada mereka yang bercita-cita memasang lebih dari satu skrin. Selamat mencuba
No Comments Enjoyed this post? Subscribe via RSS. Thanks for visiting!
Written by alfarabius on Jun 20th, 2008 | Filed under: Motivasi, Tips
Semester 1 bagi sesi 2008/2009 akan menjelma tidak lama lagi. Keterujaan dan kegembiraan dalam meniti usia di kampus bersama-sama kawan sekuliah jelas terpancar di muka masing-masing. Lebih-lebih lagi bagi bakal pelajar tahun akhir pada semester akan datang. Maka bermulalah perjuangan menentukan sama ada kita bergraduasi tepat pada masanya atau sangkut di perhentian ilmu . Apapun, sebagai seorang ‘senior’ dalam lapangan ilmu sains komputer dan IT, saya akan berkongsi dengan anda beberapa tips mencari idea tajuk projek akhir.
Tips dan Langkah-langkah Mencari Idea Tajuk Projek Akhir (khas kepada pelajar Sains Komputer dan IT) yang Berkualiti :
Senaraikan apa-apa tajuk projek akhir di minda anda (sekurang-kurang 5 tajuk). Cari kebaikan dan kelemahan setiap idea tajuk tersebut. Pilih 3 tajuk projek terbaik (ikut kemampuan anda) tersebut dan kembangkan setiap tajuk dengan menggunakan Peta Minda (Mind Map) dengan subtopik seperti objektif projek, tujuan, skop, dan perisian/perisian.
Segera berjumpa atau melantik dengan sendiri penyelia (Supervisor) projek anda yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu di kalangan pensyarah di fakulti anda. Buat temujanji dan berbincang dengan pensyarah tentang pra tajuk projek akhir anda. Catit segala idea-idea yang diberikan olehnya.
Pilih satu tajuk yang terbaik setelah berbincang dengan penyelia anda. Pastikan tajuk tersebut ejaan yang tepat dan tidak terlalu panjang.
Segera membuat penyelidikan dan kajian tentang tajuk tersebut sama ada anda berkemampuan buat atau tidak plagiat tajuk/hasil projek pelajar lain. Jika kebetulan tajuk anda sama dengan pelajar lain atau projek tersebut telah siap, segeralah memperbaiki tajuk anda tersebut (Pilih senarai yang ke 2 dari 3 pilihan terbaik yang anda telah buat). Lagi cepat anda bertindak, semuanya kerja menjadi mudah.
Membuat draf segala kerja laporan projek akhir anda dan keraplah berjumpa dengan penyelia. Sentiasa membuat pelan perancangan (backup plan) supaya projek akhir anda tidak hilang begitu sahaja (Contohnya, sentiasa menyimpan atau mengemaskini draf projek akhir anda di dalam ‘Pendrive’ atau di bahagian ‘drive’ lain).
Sentiasa memperbaiki draf projek akhir tersebut jika terdapat kesilapan setelah disemak oleh penyelia supaya anda tidak lupa bahagian mana yang perlu diedit.
P/s: Entri akan datang, saya nak dedahkan bagaiman mahu memperolehi idea tajuk projek akhir dengan mudah tanpa memeningkan kepala sama ada bertanyakan pensyarah, kawan-kawan atau pelajar senior.
131 Comments Enjoyed this post? Subscribe via RSS. Thanks for visiting!
Written by alfarabius on Jun 10th, 2008 | Filed under: Tips
Menarik kan tajuk di atas ? Hehe… .Inilah cara saya yang saya amalkan sejak dulu lagi untuk menguasai pengaturcaraan. Sesetengah pelajar berkata, ‘coding ni susah lah…’, ‘orang BRILLIANT je yang boleh buat’ dan ”Serahkan je pada yang expert’. Itulah hakikat sesetengah kepada pelajar atau graduan Sains Komputer / IT padahal mereka dituntut menguasai kemahiran pengaturcaraan dalam bahasa aturcara apa sekalipun. Boleh dikatakan, kesemua bahasa aturcara mempunyai konsep yang hampir serupa dari segi :
atau keadah yang digunakan sama ada secara struktur, berorientasikan objek atau aspek serta berorientasikan paten atau pengawal MVC (Model-View-Controller)
Oleh itu, dengan 30 minit sehari anda boleh mencuba kemahiran mengaturcara dengan:
Membeli buku (sama ada BM atau English – ikut keupayaan) berkaitan bahasa aturcara yang anda ingin pelajari. Cari buku yang berkonsepkan langkah kerja mengikut sesebuah topik. Cari maklumat di Internet merupakan alternatif kepada anda.(Youtube.com dan Google)
Mulakan segera dengan memahami dari permulaan bab. Jangan putus asa dan setkan minda bahawa anda pasti boleh menguasai bahasa tersebut. Instalasi perisian yang dikehendaki (pengkompil – Compiler Software) untuk memudahkan kerja pengekodan.
Lihat hasilnya. Pasti anda bangga dengan usaha sedikit tersebut walaupun anda luangkan masa sebanyak 30 minit sehari.
P/s: Yang nak berjaya kita yang tentukan, paksa diri untuk menggapai segala yang diimpikan ~Firdaus-Harun.com
1 Comment Enjoyed this post? Subscribe via RSS. Thanks for visiting!