
Jika anda menggunakan PC / Laptop (OS – Windows) dan berkeinginan bersembang secara privasi dengan kawan ada tanpa menggunakan sebarang perisian, kini ada cara mudah. Dengan menggunakan ‘Command Prompt’ tertentu, anda sudah boleh memeriksa alamat IP (IP Address) anda dan bersembang dengan rakan anda.
Untuk mengetahui alamat IP anda, hanya perlu taip IPCONFIG pada paparan Command Prompt anda. Maklumat berkaitan IP Address, Subnet Mask dan Default Gateway akan dipaparkan. Langkah seterusnya adalah seperti berikut :
1. Buka perisian Notepad di Start > All Programs > Accessories > Notepad dan taip teks seperti di bawah :-
@echo off
:A
Cls
echo MESSENGER
set /p n=User:
set /p m=Message:
net send %n% %m%
Pause
Goto A
2. Simpan fail text tersebut dengan nama “Messenger.bat”. Buka fail “Messenger.bat” di Command Prompt (*pastikan direktori anda betul sebelum membuka fail .bat ini) dan Command Prompt akan memaparkan info seperti di bawah:
MESSENGER
User:
3. Untuk “User” , taip alamat IP address rakan sembang anda atau Pc / Laptop yang anda berkomunikasi.
Anda akan dapat lihat seperti berikut:
Message:
4. Sekarang, taip apa sahaja mesej untuk bersembang. Sebelum klik butang “Enter”, anda akan dapat lihat seperti berikut :
MESSENGER
User: 182.100.100.100
Message: Hi
5. Sekarang klik butang “Enter” dan mula bersembang!!! Yahoo…
P/s: Cara mudah melihat IP Address selain taip command IPCONFIG adalah layari URL : http://whatismyipaddress.com/.
P/s/s: IPCONFIG /all – memaparkan maklumat lengkap berkaitan spesifikasi rangkaian PC / Laptop anda

Credit: Pinopic
Scr asasnya keselamatan rangkaian atau network security melibatkan 4 aspek:
- Sulit (Privacy)
- Tentusahkan (Authentication)
- Integriti (Integrity)
- KetidakTerimaan (NonRepudiation)
*PC = Personal Computer aka Komputer Peribadi
Sulit
Jangkaan penghantar (PC anda) dan penerima (PC kwn anda) menerima dan menghantar mesej (email, dokumen dan sbgnya) adalah sulit dan tidak berlaku ketirisan/kebocoran maklumat kepada org lain (Penggodam).
Tentusahkan
Penerima (PC kwn anda) mengenal pasti identiti penghantar (PC anda) mesej kepada anda. Dengan anggapan, tiada penceroboh (Intruder) atau orang lain menghantar kepada anda.
Integriti
Data atau mesej yang dihantar mesti sampai kepada penerima yang sepatutnya. Oleh itu, dengan harapan tidak akan berlaku kerosakan dan gangguan terhadap mesej yang dihantar kepada penerima.
KetidakTerimaan
Penerima (PC anda) berupaya membuktikan bahawa anda terima mesej dari penghantar yang sepatutnya. Ini bermaksud penghantar tidak boleh tak mengaku yang dia (penghantar) dah hantar mesej tu.
Istilah ini memang susah nak paham. Saya bagi satu cth, apabila Ali membuat pemindahan wang dari satu bank ke bank lain, pihak bank boleh membuktikan bahawa aktiviti pemindahan/transaksi yang dilakukan adalah sebenarmya daripada Ali tanpa keraguan. Faham ? 
Post ini adalah sama seperti di URL berikut: Expert-Malaysia.com

Model OSI (Open System Interconnection) merupakan beberapa lapisan protokol dalam sesebuah rangkaian. Sama ada rangkaian setempat (LAN), bandar (WLAN) atau metropolitan (MLAN), semuanya berasaskan lapisan model OSI. Lapisan model tersebut telah diiktiraf oleh badan standard antarabangsa iaitu ISO (Interantional Standard Organization) pada tahun 1974. ISO merupakan badan multinasional yang ditugaskan mengiktiraf segala usaha terbuka untuk kepentingan sejagat.
Asas Lapisan Model OSI
Terdapat 7 lapisan utama dalam model OSI:
- Physical : Lapisan paling asas dalam sesebuah rangkaian. Asas komunikasi menggunakan kombinasi bit (0 dan 1) dan bergerak dari satu node(PC atau peranti komunikasi lain) ke node yang lain.
- Data Link : Kerangka kombinasi bit dan bergerak dari satu hope (perhentian sesebuah node) ke hope yang lain.
- Network : Kombinasi beberapa kerangka dalam sesebuah paket (packet) dan berkomunikasi antara source host dan destination host.
- Transport : Penghantaran mesej iaitu komunikasi secara terus antara sesuatu proses dengan proses yang lain (Rangkaian PC anda dengan PC kawan anda).
- Session : Isytihar, urus dan padam segala komunikasi dalam rangkaian.
- Presentation : Menterjemah dan mengenkripsi maklumat atau data yang dihantar dari sebuah PC ke PC yang lain.
- Application : Lapisan paling atas. Membenarkan sesebuah rangkaian berkomunikasi antara satu sama lain.
P/s: Rancanglah masa depan anda kerana di situlah anda akan menghabiskan hidup anda. ~Dr. Shukri Abdullah