Archive for the ‘PSM’ Category

Idea Projek Akhir Sarjana Muda Sains Komputer dan IT – Rangkaian

Written by alfarabius on Jul 23rd, 2008 | Filed under: PSM

 Idea Projek Akhir Sarjana Muda Sains Komputer dan IT - Rangkaian

Aplikasi Teknologi Sedia Ada

Bertemu kembali dalam siri post-Idea Projek Akhir Sarjana Muda Sains Komputer dan IT. Entri kali ini khusus kepada graduan yang mengambil bidang / pengkhususan (major) Rangkaian atau Sistem Komputer. Merujuk kepada seorang pensyarah di bidang rangkaian (FSKSM,UTM), projek akhir bidang tersebut lebih kepada pembangunan sistem dengan menggunakan beberapa teknologi sedia ada seperti aplikasi SMS, protokol TCP/IP, pengecaman cap jari (thumbprint device) dan perkakasan asas perisian antivirus.

Enkripsi

Di samping itu, kajian tentang keberkesanan algoritma dalam sesuatu enkripsi juga digalakkan. Sama ada anda membuat perbandingan sesuatu paten enkripsi (encrypt, encode atau decode) atau membaiki prestasi konsep enkripsi tersebut. Jika masih lagi ragu, sila buat kajian terdahulu sama ada melalui jurnal atau Internet tentang sesuatu enkripsi. Bawa idea anda dan terus berjumpa dengan bakal Penyelia anda (Supervisor).

Bina Perisian yang Unik dan Berguna kepada Semua

Selain itu, anda juga digalakkan membangunkan perisian antivirus menggunakan algoritma atau paten berlainan (selain dari Signature virus tersebut, mungkin boleh HIBRID teknik indexing sesuatu fail atau struktur program tersebut melalui binari bit). Juga apa-apa aplikasi berkaitan Web 2.0 juga digalakkan dan lagi bagus (4 flat :) ) jika anda boleh membuat paten sendiri dalam Open Source sama ada perisian, rangkaian, pelayan (server – Free BSB) dan sebagainya.

Antara idea-idea Projek Akhir Sarjana Muda Sains Komputer dan IT – Rangkaian / Sistem Komputer adalah :

  1. Sistem Pemantauan Pelekat Kenderaan [menggunakan perkakasan PDA atau Handset - teknologi SMS atau .Net ]
  2. Kajian Keberkesanan Algoritma Enkripsi [cari sendiri ;) ]
  3. Perisian Anti Pornografi
  4. Perisian Pengecaman Anti Plagiat [dokumen .pdf, laman sesawang dan sebagainya]
  5. Penambah baikan Konsep dan Algoritma dalam [cari sendiri] – Open Source

P/s: Jika nak menjadi seorang yang Unik dan menjadi perhatian orang sekeliling, buktikan lah melalui Pencapaian anda. Oleh itu, Lipat gandakan Usaha anda kerana Lagi Cepat Anda Bertindak lagi Cepat Impian anda menjadi Realiti
~Firdaus-Harun.com


Idea Projek Akhir Sarjana Muda Sains Komputer atau IT – Kejuruteraan Perisian

Written by alfarabius on Jul 22nd, 2008 | Filed under: Info, PSM

 Idea Projek Akhir Sarjana Muda Sains Komputer atau IT - Kejuruteraan Perisian

Dilema Projek Akhir

Projek akhir sarjana muda atau PSM merupakan penilaian tahun akhir bagi menguji seseorang graduan; adakah graduan tersebut mampu untuk dianugerahkan Sarjana Muda Sains Komputer atau IT sepanjang pengajian di IPTA atau IPTS. Mungkin bagi graduan peringkat diploma dipanggil Projek Akhir (jika salah sila beritahu :? ). Masing-masing bertungkus lumus dalam mencari apakah idea atau tajuk projek tersebut sebelum mencari Penyelia (Supervisor) yang sesuai.

Hadiah untuk Anda

Oleh itu, bonus untuk anda. Saya berbesar hati untuk menyenaraikan beberapa idea tajuk projek akhir mengikut bidang / pengkhususan:

1. Kejuruteraan Perisian :

Projek akhir lebih kepada pembangunan sistem dengan mengaplikasikan asas senibina pembangunan perisian (Model Waterfall, Rapid Prototyping, Agile, Iterative Development, UML Pattern, Component Based Development, Web Engineering , Service Oriented , Object Oriented dan sebagainya) atau menggabungkan beberapa teknologi lain seperti aplikasi SMS, WAP (Wireless Application Protocol, ThumbPrint Device (Pengecaman Cap Jari), RFID (Radio Frequency Identification), Bar Code Detection dan sebagainya.

Anda boleh menggunakan bahasa aturcara (C++, C #, .Net, Php, ASP, Ruby, WML, Web Services dan lain-lain) sekalipun pada sistem yang akan dibangunkan. Peringatan untuk anda, gunakan bahasa aturcara yang anda mahir supaya di kemudian hari kerja-kerja pembangunan menjadi senang. :D

Antara idea / projek yang boleh dibangunkan :

  1. Sistem Pengurusan Fail [syarikat kerajaan / swasta] atau eFilling System
  2. Sistem Pengurusan Akademik [jabatan / sekolah / fakulti]
  3. Sistem Aduan Awam [majlis perbandaran / kementerian]
  4. Portal Masjid atau Perpustakaan atau Majlis Perbandaran [tempat anda]
  5. Sistem Pengurusan Perumahan Awam [Majlis Bandaraya / Perbandaran]

Anda ada idea lain ? Bagus, teruskan dengan idea tersebut dan cuba kembangkan supaya lebih menarik.

P/s: Siri POST – Idea Projek Akhir Sarjana Muda Sains Komputer atau IT akan diteruskan pada post akan datang dengan bidang lain (Rangkaian, Bioinformatik, Sistem Maklumat, Grafik) ;)


Sila Masukkan Alamat
Emel Anda Untuk
Mendapatkan Artikel Blog ini
Secara PERCUMA :

Disediakan oleh: FeedBurner