Archive for the ‘Program’ Category

Ekosistem Perisian – Menjamin Kestabilan Pembangunan Perisian – Bah. 1

Written by alfarabius on Apr 24th, 2009 | Filed under: Kejuruteraan Perisian, Program, Umum

coral-reef

Ekosistem bermaksud kesemua komponen dalam sesebuah kumpulan / organisasi yang mempunyai visi dan objektif tertentu, memainkan peranan masing-masing untuk menjamin kelangsungan kumpulan tersebut. Dalam konteks pembangunan perisian, ekosistem perisian bermaksud kaedah pembangunan perisian yang memberi faedah dan respon yang efektif sama ada kepada klien, pembangun / pengaturcara plug-in, pengedar, perunding IT, pengilang (hardware) serta pesaing.

Ekosistem perisian ibarat batu karang yang terdampar di dasar lautan. Batu karang dicipta untuk mengimbangi keseluruhan ekosistem kehidupan di dasar laut. Semua kehidupan laut bergantung kepada batu karang tersebut dan sentiasa berkembang serta bertahan sampai bila-bila selagi tidak diganggu.

Begitu juga dengan perisian yang sentiasa berevolusi, skop yang makin luas, dan berubah mengikut keperluan semasa oleh pihak klien. Walau bagaimanapun, ini bukan bermaksud perisian sahaja yang berubah malah ekosistem perisian juga turut mengalami transformasi tersebut. Sifat perisian yang rumit dan mudah diancam ketidakpuasan pengguna atau ketidaksesuaian teknologi yang digunapakai.

Oleh itu, bagi membangunkan perisian yang mantap dan mesra kepada ekosistem perisian, maka kaedah pembangunan yang tepat dan bersesuaian dengan sistem yang akan dibangunkan, perlulah diteliti oleh inteligensia IT (pengaturcara, penganalisa sistem, ketua projek IT dsb). Contoh sistem sama ada berasaskan aplikasi web, sistem Desktop, servis sesawang (Web service) dan sebagainya.

Oleh sebab itu, maka wujudlah pelbagai pendekatan atau kerangka pembangunan perisian yang dinamik bagi merealisasikan konsep Kestabilan Pembangunan Perisian atau ‘Sustainable Software Development’.

P/s: “Manusia sering tertipu dengan hati dan fikiran masing-masing tentang bakat dan kebolehan, sebenarnya diri sendiri mempunyai 1001 kelebihan yang belum diteroka, ini disebabkan daya usaha yang kurang dan malas” ~Aku kata


PHP – Ringkasan Kod Aturcara Interaksi dengan Pangkalan Data

Written by alfarabius on Apr 22nd, 2009 | Filed under: Perisian, Program, PSM, Tips

PHP and MySQL

Ramai pengunjung ke blog ini yang bertanyakan tentang sampel kod aturcara bahasa PHP untuk menghubungkan  pangkalan data. Tidak kira apa perisian pelayan (server) localhost anda gunakan (Xamp, WAMP dan sebagainya), pastikan anda memasang perisian mengurus pangkalan data SQL [link] terlebih dahulu.

Bina pangkalan data dan ‘tables’ yang berkaitan untuk memanifestasikan data-data yang hendak disimpan. Pastikan anda melengkapkan fasa Rekabentuk (Design) sebelum membina pangkalan data tersebut dengan melakarkan beberapa model utama seperti :

  1. Use Case diagram : Manifestasi keperluan klien dan sistem yang dibangunkan.
  2. Class diagram : Manifestasi hubungan elemen-elemen utama dalam sistem.
  3. State , Sequence , Activity diagram : Manifestasi tindakan atau respon dari elemen-elemen tertentu.

Kesemua model tersebut akan memberikan anda idea untuk mencipta pangkalan data yang lebih ideal dan tepat. Di bawah merupakan langkah-langkah mudah dan ringkas (Exemplification in English) dalam kod untuk ‘connect to MySQL’ :

1. Connect to database :
$username="username";
$password="password";
$database="your_database";

2. Command to start connection :
mysql_connect(localhost,$username,$password);

3. Selecting database :
mysql_select_db($database) or die( "Unable to select database");

4. Selecting , Updating or Deleting :
Selecting : $query = "SELECT * FROM table_name";
Updating : $query = "UPDATE table_name SET column_name1='$id1', column_name2='$id2' WHERE id = '$ud_id'";
Deleting : $query = "DELETE FROM table_name WHERE column_name='$id'";

* symbol means select all columns in table, if you want to select specific column, just specify the column name. E.g : “$query = “SELECT column_name1, column_name2 FROM table_name”;

5. Executing command :
mysql_query($query);

6. Displaying data :
$query="SELECT * FROM table_name";
$result=mysql_query($query);

7. Close connection :
mysql_close();

Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan di : http://www.freewebmasterhelp.com/tutorials/phpmysql/1


NextGen ContentPreneur Awards – Peluang untuk Graduan IT

Written by alfarabius on Mar 3rd, 2008 | Filed under: Program

NexGen
Anugerah berprestij dari Astro ini memberi peluang kepada bakat-bakat muda untuk mempamerkan kreativiti dan kesungguhan mereka dalam bidang seni dan IT. Terbuka kepada golongan muda berumur antara 18-25 tahun. Hantarkan penyertaan sebelum 7 Mac 2008.Kategori yang saya nampak graduan IT berpeluang masuk adalah membangunkan laman yang unik dan animasi. Apa tunggu lagi kawan, serlahkan bakat anda. Anda berpeluangbudak memenangi RM 10 000. Pergh…banyak tu… ;-) .

Kunjungi kakiseni.com untuk maklumat lanjut tentang syarat dan terma pernyataan.

P/s: Saya suka masuk sayembara puisi peringkat kebangsaan(Bernama dan KPDHEP) dan pertandingan di Majalah Dewan Masyarakat dan Maskulin. Jangan kata budak IT tak boleh kuasai sastera ;) . Belum cuba belum tahu.


Sila Masukkan Alamat
Emel Anda Untuk
Mendapatkan Artikel Blog ini
Secara PERCUMA :

Disediakan oleh: FeedBurner