Archive for the ‘Produk’ Category

Panda USB Vaccine – Cegah Sebelum Parah

Written by alfarabius on Apr 25th, 2009 | Filed under: Info, Produk

Panda USB Vaccine

Panda USB Vaccine merupakan sebuah perisian ringkas (USBVaccine.exe) dari syarikat Panda Security untuk mengekang penyebaran malware merebak ke host atau driver lain. Ancaman atau penyebaran malware menggunakan medium mudah alih (portable) seperti pendrive, kamera digital, pemain MP3 dan memory stick makin mendapat perhatian sejak akhir-akhir ini. Ini kerana malware tersebut boleh memanipulasi fail Autorun pada setiap medium mudah alih tersebut.

Oleh itu, rekabentuk pembangunan Panda USB Vaccine ini adalah dengan membenarkan pengguna memusnahkan fungsi fail Autorun sama ada di PC / Laptop dan di pendrive. Oleh yang demikian, secara tidak langsung ancaman malware tidak akan merebak ke medium-medium tersebut. Dikatakan 95% ancaman virus kepada komputer adalah hasil dari penyebaran malware di antara medium-medium (pendrive, memory stick dsb) tersebut.

Anda boleh memuat turun perisian ini secara PERCUMA di URL : [klik]

Untuk maklumat lanjut berkaitan Panda USB Vaccine sila ke URL : [klik]

P/s: Pastikan anda sentiasa mengemaskini virus definition perisian antivirus anda untuk pencegahan yang lebih berkesan. Jika tidak mahu Pc / Laptop anda diserang virus, tukarlah kepada persekitaran sistem pengoperasian (OS) Mac atau Linux. Pasti tidak ada masalah. ;)


Eee PC – ASUS : Netbook Generasi Baru, Padat, Ringan dan Berkuasa

Written by alfarabius on Oct 22nd, 2008 | Filed under: Produk

 

Eee PC - ASUS : Netbook Kecil Generasi Baru, Padat, Ringan dan Berkuasa

Saya tetiba tertarik dengan Netbook (bukan Notebook biasa tapi subnotebook) ciptaan Asus yang diberi nama Eee PC (sebutan Ii). Netbook berkuasa siri ini didatangkan dengan pelbagai jenis saiz skrin (7″, 8.9 ” dan 10.2″ inci) mengikut keperluan anda. Bagi saya, yang paling kecil dan nipis, produk itulah yang boleh memikat hati saya. EeePC menggunakan Intel Atom (senibina baru dalam papan induk mobile terutamanya untuk laptop / notebook). Mari kita analisis ciri-cirinya:

  1.  Intel Atom N270 1.6Ghz
  2. OS: XP / Linux
  3. 1GB DDR2
  4. 80GB HDD
  5. 1.45 kg (Ringan)
  6. WiFi, Bluetooth, card reader, kamera web dan sebagainya.
  7. Harga: RM 2099 :o

Boleh tahan spesifikasinya membuatkan saya mengidam dan berkeinginan ingin membeli produk tersebut. ;) Walau bagaimanapun, terdapat juga netbook keluaran dari syarikat lain. Semua netbook ini adalah bersaiz skrin tidak lebih dari 1o” :

  1. Acer Aspire One – Acer
  2. HP 2133 Mini Note – HP
  3. MSI Wind U100 – MSI

Pernah Guna Laptop Fujitsu

Dulu sekitar tahun 2002 – 2007 (5 tahun), saya pernah menggunakan laptop berjenama Fujitsu (C 91230).  Laptop Fujitsu tersbut berkuasakan Intel Pentum III Mobile dan menggunakan platform Win XP Home sebagai sistem pengoperasian.  Siapa menggunakan laptop pada awal 2002, kira paling hebat mana tak nya harga laptop masa tu RM 5000++.

Apapun laptop tu meninggalkan banyak kenangan pada saya sekitar pengajian peringkat diploma dan ijazah. Sekarang ni, saya menggunakan Pc berkuasakan AMD Athlon 64 Dual (5200+) 2.61 GHz yang dibeli pada awal bulan 8, 2007. Kad grafik pun boleh tahan la… ;)

P/s:  Manusia yang berfikiran kritikal dan logik lebih baik dari manusia yang pintar tapi biasa pada pemikirannya. ~Aku kata


Microsoft Silverlight – Perisian Baru Bangunkan Aplikasi Web Interaktif

Written by alfarabius on Jun 11th, 2008 | Filed under: Info, Produk


Microsoft cuba menjadi pesaing dalam aplikasi pemain animasi, audio dan video kepada syarikat Adobe Flash, Sun Microsystem dan Apple. Mengikuti perkembangan arus terkini dalam web, maka Microsoft perkenalkan salah satu perisian yang menyokong kepada aplikasi (plugin) tersebut. Mari kita kenal sedikit latar belakang produk terbaru ini :? :

  1. Dibangunkan pada : April 2007
  2. Kemaskini terbaru pada : April 2008
  3. Bahasa Aturcara : C++ dan C#
  4. Genre : Kerangka Aplikasi Web (Framework Application Web)
  5. Maklumat Lanjut : Klik Microsoft Silverlight

Dengan plugin terbaru ini, maka platform .Net akan menjadi lebih berkuasa dan fleksibel. Ini kerana kerangka sedia ada perlu berintegrasi dengan platform dari lain seperti Adobe Shockwave, JavaFx dan Apple Quick Time. Teknologi sokongan menggunakan bahasa XAML (eXtensibel Application Markup Language) dan Javascript mampu menyokong pergerakan animasi, kelancaran video dan audio ke tahap optimum. Paparan teks yang dihasilkan dalam animasi atau video lebih mudah dicari secara indeks. Di samping itu, para pengaturacara boleh membangunkan ‘Widgets Sidebar’ untuk Windows Vista. Menarik kan… ;)

P/s: Kegagalan sentiasa membuka peluang untuk berjaya manakala kejayaan sentiasa terdedah untuk kembali gagal
~Dr. HM Tuah


Sila Masukkan Alamat
Emel Anda Untuk
Mendapatkan Artikel Blog ini
Secara PERCUMA :

Disediakan oleh: FeedBurner