WWW2008 atau 17th International World Wide Web Conference merupakan persidangan antarabangsa tahunan yang membincangkan teknologi web pada masa hadapan, kajian-kajian terbaru industri web dari seluruh organiasasi sama ada syarikat swasta atau institusi pengajian bertaraf 5 bintang, serta membincangkan beberapa idea atau konsep baru dalam dunia Internet masa kini iaitu Social Networking (Friendster, FaceBook), Web 2.0 dan RichMedia. Tahun ini, persidangan www2008 diadakan di Beijing, China sebagai meraikan negara China sebagai tuan rumah Olimpik 2008 pada 08-08-08 ini.
Di bawah merupakan serba sedikit maklumat berkaitan www2008 :
Tarikh Persidangan : 21-25 April 2008 (Dah lepas) Tempat : Beijing International Convention Centre Anjuran :
Microsoft Research Asia
Peking University
Tsinghua University
Chinese Academy of Sciences, Hong Kong University of Science and Technology (HKUST)
Antara tokoh-tokoh dunia ICT dan ahli-ahli akademik yang hadir :
* Dr. David G. Belanger – AT&T Labs Chief Scientist, Information & Software Systems Research V.P., AT&T Labs
* Sir Tim Berners-Lee – Director, World Wide Web Consortium
* Dr. Harry Shum – Corporate Vice President, Microsoft
* Dr. Kai-Fu Lee – Vice President of Engineering, Google
* Mr. Robin Li – CEO of Baidu
* Dr. Hsiao-Wuen Hon – Managing Director, Microsoft Research Asia
* Dr. William Chang, Chief Scientist, Baidu
* Dr. Andrei Broder, Vice President for Computational Advertising, Yahoo!
Wow, :O
P/s: Teringin juga nak bertemu tokoh-tokoh atau taikun dunia IT ni. Tahun depan, WWW2009 akan diadakan di Madrid, Sepanyol.
Ketika Bill Gates mengumumkan pelancaran OS baru (masa tu diberi nama LONGHORN sebelum dinamakan Vista) yang akan menggantikan Windows XP pada Julai 2005, industri ICT menerima suatu kejutan besar dan pengguna Win XP tertanya-tanya apakah ciri-ciri OS baru kali ini. Sehinggalah pada November 2006, Microsoft selesai menyiapkan sepenuhnya pembangunan OS baru tersebut (Vista) dan kemudian dijual secara besar-besaran di seluruh dunia pada Januari – Julai 2007 dan sehinggalah sekarang. Anda pengguna Vista atau Win XP SP2?
Formasi Unik – ‘Orang Gantung di Dinding’
Walau bagaimanapun, entri blog kali ini bukanlah hendak memaparkan latar belakang Vista tapi lebih kepada paparan video pelancaran Vista tersebut di US. Uniknya pelancaran tersebut adalah menggunakan ‘orang gantung’ di dinding dan membuat formasi yang menarik sebagai strategi pemasaran. Selamat menikmati video tersebut. Sekadar ingin berkongsi.
P/s: Pada Mac 2008, Windows Vista Service Pack 1 telah dikeluarkan secara rasmi. Lebih sekuriti, terjamin dan keserasian dengan komponen lain bertambah (More compatible Percayalah). Vista sebelum ini agak menyukarkan sebahagian pengguna PC kerana kebanyakan komponen yang sepatutnya berfungsi pada Win XP tetapi tidak serasi dengan Vista without Service Pack
Saya merupakan penggemar tabloid ‘Tech&U’ suratkhabar New Straits Times. Info dan artikel yang dipaparkan memang berkualiti dan terkini. Apa yang menarik adalah ruangan Bits & Bytes iaitu ruangan peristiwa berkaitan seminar atau persidangan kejuruteraan perisian, pengurusan projek IT, ICT dan sebagainya. Untuk makluman pembaca, ada 2 peristiwa penting berkaitan ICT sepanjang bulan ini di Malaysia iaitu :
Kursus Structured Methods for Software Testing
Keterangan : Mempelajari kaedah-kaedah sebenar dalam membuat penilaian dan pengujian ke atas perisian yang dibangunkan.
Keterangan : Bengkel yang harus disertai oleh bakal pengarah projek IT, pengarah projek IT, pengarah teknikal dan pengaturcara. Mempelajari selok belok pengurusan projek IT berskala besar, sederhana dan kecil. Mengetahui teknik dan kaedah tepat dalam mengawasi secara keseluruhan projek dari segi kos, masa dan tenaga kerja.
Tarikh : 16 dan 17 Jun 2008
Tempat : Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur
No. Tel : +658259606 (Saint Panputra) – emel : saint@unistrategic.com
Blog Sumber Informasi Graduan Sains Komputer ialah koleksi artikel yang ditulis oleh Penulis sendiri sama ada melalui pengalaman, pengamatan, penelitian dan pemahaman terhadap sesuatu topik dalam bidang ini. Penulis merupakan tenaga akademik di salah sebuah IPT di selatan tanah air. Berpengalaman dalam pembangunan perisian, pengajaran dan penyelidikan selama 2 tahun. Sekarang, Penulis sedang melanjutkan pengajian di RWTH Aachen University, Aachen, Germany dalam bidang Senibina Perisian / Software Architecture. (2012-2016).