Archive for the ‘Perisian’ Category

Khas Untuk Wanita : Menyimpan Rahsia Dalam Diari Digital

Written by alfarabius on Mar 28th, 2008 | Filed under: Perisian

diary
Fakta Menarik: Kepada NewBie Dunia IT / Komputer, laman web www.softpedia.com menyediakan 1001 perisian percuma untuk apa jua keperluan anda, termasuklah perancangan perbelanjaan sehinggalah rujukan masakan pilihan citarasa anda.

Entri kali ni lebih kepada perisian feminin iaitu MyDiary Digital iaitu perisian percuma / freeware untuk sesiapa sahaja terutamanya golongan wanita yang memerlukan digital diari di PC / Laptop anda. Perisian ini sama seperti diari manual anda cuma diari tersebut disimpan secara digital di PC anda.

Layari URL (untuk Muatturun) :  http://www.softpedia.com/progDownload/myDiary-Download-93027.html

Saya telah mencubanya dan amat berpuas hati dengan keperluan yang disediakan. Simpanlah rahsia atau temujanji anda atau resepi masakan kegemaran atau gosip panas selebriti di diari digital anda. ;-)

P/s: Kepada pelajar tahun akhir PSM 2 FSKSM UTM, selamat membentangkan projek akhir anda. ;)


Ms OneNote 2007 – Perisian Perancangan yang Efektif

Written by alfarabius on Feb 24th, 2008 | Filed under: Perisian

Ms One Note
Telah pelbagai freeware atau perisian organizer (perancangan) telah saya gunakan tetapi perisian Ms OneNote 2007 ini juga memenagi hati saya. Pelbagai tugasan dan jadual saya disatukan bersama secara interaktif melalui perisian ini. Sesuai digunakan untuk pelajar, kakitangan awam, penyelidik atau CEO syarikat. Cubalah, anda pasti merasakan kehebatan organizer dari Microsoft ni adalah lain dari yang lain.

Perisian Ms OneNote ini menyediakan antara muka seperti penyusunan fail (folder) dalam fail besar. Andaikan sebagaiMs Folder seorang penyelidik. Beberapa perkara yang perlu diambil kira contohnya tarikh mesyuarat dengan pakar atau pemb. penyelidik, idea atau nota dari jurnal, peta minda yang anda lakar, brainstorming hasil anda ‘digest’ ilmu dan sebagainya. Semuanya di hujung jari. Penyusunan setiap perkara dapat dilihat melalui tab seperti fail di rajah sebelah.

P/s: Pastikan Ms OneNote 2007 anda adalah original dan tujuan saya memperkenalkan produk bukan untuk promosi tetapi lebih kepada sekadar berkongsi tips…. ;) . Perisian ini sangat membantu saya ketika pengajian semester ini.


Sila Masukkan Alamat
Emel Anda Untuk
Mendapatkan Artikel Blog ini
Secara PERCUMA :

Disediakan oleh: FeedBurner