Archive for the ‘Perisian’ Category

Servlet vs JSP – Teknologi yang Diperlukan dalam Pembangunan Web Interaktif

Written by alfarabius on Sep 3rd, 2009 | Filed under: Kejuruteraan Perisian, Perisian, PSM

web

Teknologi Servlet dan JSP telah menjadi satu teknologi pilihan dalam membangunkan Aplikasi Web yang interaktif seperti Sistem Kedai Atas Talian, Sistem Pengurusan Pelancongan Atas Talian, Sistem Bank Atas Talian dsb. Fakta yang menarik untuk dikongsi bersama, Google, AOL, eBay, YouTube dan pelbagai agensi / organisasi antarabangsa yang penting, kebanyakkannya menggunakan teknologi Servlet dan JSP dalam menjalankan sistem aplikasi web tersebut.

Servlet

Servlet merupakan aplikasi Java yang berfungsi melalui laman sesawang (Web Browser) atau aplikasi pelayan (server) dan bertindak sebagai pengantara antara permintaan (request) yang datang dari laman sesawang / teknologi HTTP / pangkalan data / aplikasi di dalam pelayan HTTP. Dalam erti kata lain, tugas Servlet adalah memproses data yang datang dari klien (laman sesawang) atau teknologi HTTP, dan bertindak secara dinamik (response) kepada klien mengikut fungsi atau keperluan yang telah ditentukan.

Data yang dimasukkan dari pengguna dari laman sesawang, interaksi sesama permintaan (request), pengurusan objek cookies dan session dan interaksi dengan komponen pangkalan data merupakan data / logik yang boleh diuruskan oleh Servlet.

JSP (JavaServer Pages)

JSP adalah teknologi yang mengandungi elemen HTML di dalamnya. Fail JSP selalunya diakhiri dengan tiga aksara iaitu .jsp (extension). Jika pengaturcara Java ingin menggunakan peraturan bahasa XML (eXtension Markup Language), maka fail JSP tersebut perlu mengenalpasti URL bahasa identiti (namaspace) yang hendak digunakan. Selalunya fail JSP tersebut diakhiri dengan 4 aksara iaitu (.jspx). Aksara x pada penghujung fail tersebut menunjukkan bahasa XML.

JSP memudahkan pereka bentuk laman sesawang (Web Designer) dalam memfokuskan rekabentuk, sususan dan reka letak dalam sesebuah laman sesawang tanpa memikirkan logik atau algoritma yang kompleks. Kadangkala penggunaan CSS (Cascading Style Sheet), Javascript, Flash / GIF animator dsb pada sesebuah laman sesawang memerlukan ruang yang bebas dalam kod aturcara. Oleh yang demikian, JSP membenarkan anda bebas menggunakan perkakasan tersebut (CSS, JavaScript dsb) dan kebanyakkan perisian mudah-edit laman sesawang seperti Macromedia Dreamweaver, HTML Editor dsb menyokong bahasa JSP.

Servlet vs JSP

Teknologi Servlet dan JSP boleh diimplementasikan dalam pendekatan kerangka (framework) tertentu seperti kaedah Model-View-Controller (MVC). Kaedah tersebut membolehkan komponen JavaBean digunakan dalam fail JSP hanya untuk mengawal output(View) dari komponen Bean(Model dan Controller). Oleh itu, tidak dapat dinafikan teknologi Servlet dan JSP saling melengkapi antara satu sama lain supaya pembangunan laman sesawang interaktif lebih dinamik dan efisien.

P/s: Mudahnya manusia untuk menanam azam yang tinggi dan impian yang besar, tetapi sukarnya manusia untuk menunaikan azam tersebut dengan konsisten dan merealisasikan impian tersebut dengan kepayahan dan pengorbanan. Ini kerana manusia sering tertipu dengan dua nikmat iaitu masa lapang dan kesihatan. ~Firdaus-Harun.com kata


PHP – Ringkasan Kod Aturcara Interaksi dengan Pangkalan Data

Written by alfarabius on Apr 22nd, 2009 | Filed under: Perisian, Program, PSM, Tips

PHP and MySQL

Ramai pengunjung ke blog ini yang bertanyakan tentang sampel kod aturcara bahasa PHP untuk menghubungkan  pangkalan data. Tidak kira apa perisian pelayan (server) localhost anda gunakan (Xamp, WAMP dan sebagainya), pastikan anda memasang perisian mengurus pangkalan data SQL [link] terlebih dahulu.

Bina pangkalan data dan ‘tables’ yang berkaitan untuk memanifestasikan data-data yang hendak disimpan. Pastikan anda melengkapkan fasa Rekabentuk (Design) sebelum membina pangkalan data tersebut dengan melakarkan beberapa model utama seperti :

  1. Use Case diagram : Manifestasi keperluan klien dan sistem yang dibangunkan.
  2. Class diagram : Manifestasi hubungan elemen-elemen utama dalam sistem.
  3. State , Sequence , Activity diagram : Manifestasi tindakan atau respon dari elemen-elemen tertentu.

Kesemua model tersebut akan memberikan anda idea untuk mencipta pangkalan data yang lebih ideal dan tepat. Di bawah merupakan langkah-langkah mudah dan ringkas (Exemplification in English) dalam kod untuk ‘connect to MySQL’ :

1. Connect to database :
$username="username";
$password="password";
$database="your_database";

2. Command to start connection :
mysql_connect(localhost,$username,$password);

3. Selecting database :
mysql_select_db($database) or die( "Unable to select database");

4. Selecting , Updating or Deleting :
Selecting : $query = "SELECT * FROM table_name";
Updating : $query = "UPDATE table_name SET column_name1='$id1', column_name2='$id2' WHERE id = '$ud_id'";
Deleting : $query = "DELETE FROM table_name WHERE column_name='$id'";

* symbol means select all columns in table, if you want to select specific column, just specify the column name. E.g : “$query = “SELECT column_name1, column_name2 FROM table_name”;

5. Executing command :
mysql_query($query);

6. Displaying data :
$query="SELECT * FROM table_name";
$result=mysql_query($query);

7. Close connection :
mysql_close();

Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan di : http://www.freewebmasterhelp.com/tutorials/phpmysql/1


pptPlex – Kelainan dan Keunikan dalam Layar Pembentangan Ms PowerPoint Anda

Written by alfarabius on Aug 22nd, 2008 | Filed under: Perisian


Video di atas adalah ‘preview’ atau pra tonton pengenalan kepada penggunaan pptPlex.

Baru-baru ini, kumpulan pembangunan makmal Ms Office 2007 telah melancarkan ‘add-on’ atau nilai tambah kepada perisian Ms PowerPoint 2007. Nilai tambah tersebut adalah layar pembentangan anda lebih organik pada kain kanvas, tampak profesional, mudah dikendalikan, ala ‘Flash Player‘, boleh di‘zoom’kan dan lebih menarik perhatian.

Kelainan dan Keunikan pada Pembentangan Anda

Para usahawan, pensyarah, penyelidik, pelajar dan penceramah motivasi adalah golongan yang selalu menggunakan Ms PowerPoint (.ppt) sebagai medium menyampaikan idea / modul pembelajaran / hasil penyelidikan / hasil projek akhir / kata-kata motivasi. Oleh itu, pptPlex merupakan penyeri kepada persembahan layar kepada klien anda.

Pemasangan dan Muatturun

Anda boleh memuatturun dari [sini]. Setelah muatturun, klik aplikasi (.exe) tersebut dan pptPlex secara automatik akan terpasang pada Ms PowerPoint 2007 (hanya untuk Ms Office 2007 sahaja). Klik ‘tab’ pptPlex untuk penggunaan dan klik Help – Video untuk contoh penggunaan. Selamat Mencuba ;)

 P/s: Kejayaan Bukan Datang kerana Tidak Pernah Salah atau Kalah, tetapi Memperbaiki Kesilapan dan Meningkatkan Daya Usaha dan Pemikiran untuk Kejayaan akan Datang ~aku kata


Sila Masukkan Alamat
Emel Anda Untuk
Mendapatkan Artikel Blog ini
Secara PERCUMA :

Disediakan oleh: FeedBurner