Archive for the ‘Penyelidikan’ Category

Teknologi Mengesan Pergerakan Manusia dalam Dimensi 3D

Written by alfarabius on Aug 15th, 2008 | Filed under: Penyelidikan

 Teknologi Mengesan Pergerakan Manusia dalam Dimensi 3D

Pasukan penyelidik daripada Polytechnic University of Catalonia (UPC) dan  University of Lovaina (UCL), Belgium telah merealisasikan projek tersebut. Teknik yang digunakan adalah dengan menggunakan 3 buah kamera video(integrasi dengan komputer) untuk menangkap imej pergerakan manusia. Kaedah tersebut boleh diaplikasikan kepada pembangunan permainan komputer interaktif yang berinteraksi dengan tangan dan kaki manusia. Menarik ;)

 Algoritma Mengesan Titik Penting Pergerakan Tubuh Manusia

Menurut Profesor Ferran Marqués dari UPC, hasil penyelidikan ini adalah kejayaan mewujudkan algoritma yang mengecam pergerakan tubuh badan walau bagaimana pergerakan sekalipun tanpa menggunakan sut atau pakaian khas. Oleh itu, hanya menggunakan 3 kamera video, aksi pergerakan dapat dirakam tanpa merakam hanya titik tertentu sahaja pada tubuh badan.

Kaedah

Dengan aksi atau rakaman yang diambil, para penyelidik menganalisa dengan mengaplikasikan algoritma tertentu bagi mengesan titik utama pada tubuh seperti kepala, tangan dan kaki. Seterusnya, titik-titik tersebut disisihkan lagi supaya algoritma dapat mengeluarkan hasil pergerakan yang lebih tepat dan natural. Akhirnya, rangka pergerakan tubuh yang lengkap dapat diterjemahkan dalam bentuk grafik di komputer.

Dimensi Grafik 3D

Akhirnya, imej 3D dapat dibentuk di komputer menggunakan perisian grafik 3D. Garis X, Y dan Z pada garis ruang dapat ditentukan melalui titik hasil dari penyelidikan tersebut. Kerja animasi atau pemprosesan grafik menjadi lagi mudah. Kerja-kerja penyelidikan ini akan dipergiatkan pada lapangan permainan video komputer, muzium dan pendidikan seni visual.


Video – Skrin Laptop Berbilang Sentuhan (Multi-Touch Screen Laptop)

Written by alfarabius on Jun 25th, 2008 | Filed under: Penyelidikan

Saya teruja melihat hasil kajian dari kumpulan penyelidik dari Microsoft Research, Cambridge ini. Skrin berbilang sentuhan di skrin laptop ini menggunakan OS Windows Vista mampu menggerakkan objek di skrin menggunakan ke semua jari anda. Wow, teknologi sedia ada hanya menerima input satu sentuhan atau single touch screen di skrin sama ada di laptop(model tertentu) atau PDA. Ini hanya teknologi prototaip sahaja yang menggabungkan prinsip kejuruteraan elektronik dan sains komputer serta belum lagi dikomersialkan. Mari kita saksikan bersama kecanggihan teknologi ini. ;)


Sila Masukkan Alamat
Emel Anda Untuk
Mendapatkan Artikel Blog ini
Secara PERCUMA :

Disediakan oleh: FeedBurner