Archive for the ‘Motivasi’ Category

Pakej Lengkap Rahsia 10K Kini Terbongkar!

Posted on the July 10th, 2008 under Motivasi by


Assalamualaikum dan salam sejahtera,Team Flarebiz telah melancarkan produk terbaru mereka yang bertajuk “Pakej Lengkap Rahsia 10K” yang ditulis oleh mereka sendiri bertujuan untuk membongkarkan mengenai “blueprint” untuk mendapatkan RM10K sebulan :D .Blueprint untuk mendapatkan RM10K ini merupakan blueprint sebenar yang digunakan oleh Adly Mukhtar atau lebih dikenali sebagai Labanon Flarebiz untuk mendapatkan RM10K sebulan dalam bulan Januari 2008 walaupun pada ketika itu Adly sedang menunggu keputusan SPM keluar.

Pakej Rahsia 10K ini ditulis berdasarkan pengalaman mereka sendiri dan antara pakej yang paling lengkap kerana ia merangkumi semua aspek yang diperlukan dari e-book, video dan mp3 interview khas untuk Rahsia 10K ini.

Pakej Lengkap Rahsia 10K ini mengandungi:

- Ebook Rahsia 10k – Case Study (Bernilai RM97)
- Ebook Rahsia 10k – Praktikal (Bernilai RM67)
- Ebook Rahsia 10k – Plan 60 Hari (Bernilai RM37)
- Teleseminar Bersama Zamri Nanyan (Bernilai RM87)
- Interview Bersama 4 Orang Internet Marketer (Bernilai RM397)
- Video Tutorial Membuat Ebook (Bernilai RM47)
- Senarai Semak (Bernilai RM17)

Harga yang diletakkan oleh mereka iaitu RM47 juga agak rendah buat masa ini dan rasanya mereka perlu meletakkan harga lebih tinggi lagi kerana pakej Rahsia 10K ini sangat lengkap untuk anda semua. Tahniah untuk Flarebiz kerana telah membuatkan perniagaan internet ini semakin mudah untuk semua orang!

Dapatkan segera sebelum harga Pakej Lengkap Rahsia 10K ini naik dua atau tiga kali ganda selepas ini! Dapatkan segera [ Di sini ] sekarang juga!

P/s: Blog ini akan kembali dengan paparan lebih menarik tak lama lagi. ;)

Projek Akhir Sarjana Muda – Tips Mencari Idea Tajuk Projek Akhir yang Berkualiti

Posted on the June 20th, 2008 under Motivasi,Tips by

Semester 1 bagi sesi 2008/2009 akan menjelma tidak lama lagi. Keterujaan dan kegembiraan dalam meniti usia di kampus bersama-sama kawan sekuliah jelas terpancar di muka masing-masing. Lebih-lebih lagi bagi bakal pelajar tahun akhir pada semester akan datang. Maka bermulalah perjuangan menentukan sama ada kita bergraduasi tepat pada masanya :) atau sangkut di perhentian ilmu :( . Apapun, sebagai seorang ‘senior’ ;) dalam lapangan ilmu sains komputer dan IT, saya akan berkongsi dengan anda beberapa tips mencari idea tajuk projek akhir.

Tips dan Langkah-langkah Mencari Idea Tajuk Projek Akhir (khas kepada pelajar Sains Komputer dan IT) yang Berkualiti :

  1. Senaraikan apa-apa tajuk projek akhir di minda anda (sekurang-kurang 5 tajuk). Cari kebaikan dan kelemahan setiap idea tajuk tersebut. Pilih 3 tajuk projek terbaik (ikut kemampuan anda) tersebut dan kembangkan setiap tajuk dengan menggunakan Peta Minda (Mind Map) dengan subtopik seperti objektif projek, tujuan, skop, dan perisian/perisian.
  2. Segera berjumpa atau melantik dengan sendiri penyelia (Supervisor) projek anda yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu di kalangan pensyarah di fakulti anda. Buat temujanji dan berbincang dengan pensyarah tentang pra tajuk projek akhir anda. Catit segala idea-idea yang diberikan olehnya.
  3. Pilih satu tajuk yang terbaik setelah berbincang dengan penyelia anda. Pastikan tajuk tersebut ejaan yang tepat dan tidak terlalu panjang.
  4. Segera membuat penyelidikan dan kajian tentang tajuk tersebut sama ada anda berkemampuan buat atau tidak plagiat tajuk/hasil projek pelajar lain. Jika kebetulan tajuk anda sama dengan pelajar lain atau projek tersebut telah siap, segeralah memperbaiki tajuk anda tersebut (Pilih senarai yang ke 2 dari 3 pilihan terbaik yang anda telah buat). Lagi cepat anda bertindak, semuanya kerja menjadi mudah.
  5. Membuat draf segala kerja laporan projek akhir anda dan keraplah berjumpa dengan penyelia. Sentiasa membuat pelan perancangan (backup plan) supaya projek akhir anda tidak hilang begitu sahaja (Contohnya, sentiasa menyimpan atau mengemaskini draf projek akhir anda di dalam ‘Pendrive’ atau di bahagian ‘drive’ lain).
  6. Sentiasa memperbaiki draf projek akhir tersebut jika terdapat kesilapan setelah disemak oleh penyelia supaya anda tidak lupa bahagian mana yang perlu diedit.

P/s: Entri akan datang, saya nak dedahkan bagaiman mahu memperolehi idea tajuk projek akhir dengan mudah tanpa memeningkan kepala sama ada bertanyakan pensyarah, kawan-kawan atau pelajar senior. ;)

Stamina Minda dan Motivasi kepada Pelajar

Posted on the March 7th, 2008 under Motivasi by

Mind
Hari ini saya berminat melihat kepada perspektif motivasi. Seringkali kita mendengar stamina pada fizikal tetapi kali ni saya akan memperkenalkan kepada anda ‘Stamina Minda’. Apakah stamina minda ? Stamina minda boleh diertikan sebagai keupayaan minda individu dalam memberi perhatian sepenuhnya atau fokus terhadap sesuatu perkara pada satu masa.

Lawan istilah stamina minda adalah kelesuan minda. Pelajar yang mempunyai stamina minda berupaya belajar apa perkara sekalipun dengan baik dengan jangka masa yang lama. Fokus dan memahami apa yang sedang dilakukan akan melahirkan sesuatu pekerjaan dengan baik. Contohnya yang mudah, seorang pelajar sedang membaca di suatu sudut tetapi adakah fikiran dia fokus terhadap apa yang dibaca atau melayang jauh nun di sana :) .Fikirkanlah ….

Istilah stamina minda boleh diadaptasikan dalam solat (bagi Muslim) dan matlamat hidup kita. Hati dan pemikiran yang fokus (khusyuk) dalam solat akan menguatkan lagi fokus dalam hidup di samping anda terhindar dari perkara mungkar. Apakah cara terbaik untuk mendapatkan stamina minda ini? caranya yang paling afdhal adalah dengan SOLAT dan berlatih memfokuskan minda pada satu titik pada jangka masa yang lama. Terima kasih.

P/s: Saya dah implementasikan kaedah stamina minda ini dan amat berkesan. Cubalah… anda pasti rasa perubahan pada diri anda.