Archive for the ‘Info’ Category

Konsep Pembangunan Perisian Masa Depan: Pandangan Tokoh Ahli Sains Komputer

Posted on the October 20th, 2008 under Info by

Video di bawah merupakan pandangan peribadi tokoh ahli sains komputer, Dr. Ivar Jacobson berkaitan konsep pembangunan perisian masa hadapan. Mari kita ikuti wawancara tersebut:



 Isi Wawancara

Ivar Jacobson memberi pandangan bahawa pada masa hadapan konsep pembangunan perisian akan menjadi lebih fleksibel dan tidak terikat dengan mana-mana konsep atau bentuk-bentuk tertentu dalam menghasilkan sesebuah perisian.

Walaupun anda pengaturcara bersandarkan konsep Agile , Unified Process , SDL (Specification and Description Language) , eXtreme Programming , Scrum atau mana-mana konsep mana-mana sekalipun, pada masa hadapan konsep-konsep pembangunan tersebut boleh digabungkan dan seterusnya memudahkan kumpulan pembangun perisian melaksanakan tugas dengan jaya tanpa ada kengkangan dari mana-mana pengaturcara yang berlainan ideologi.

Ini akan memudahkan perisian atau sistem yang dibangunkan siap pada masanya dan menepati jadual.

Isu dalam Konsep Pembangunan Perisian

Sering kali berlaku perselisihan faham antara kumpulan pembangunan dan klien dalam memahami apa yang perlu / tidak dalam sesebuah projek. Pelbagai teknik dilakukan dalam fasa-fasa pembangunan bagi memenuhi keperluan klien sama ada mengadakan perbincangan berkali-kali dengan klien, menukarkan stail pengaturcaraan dari berorientasikan objek kepada berorientasikan kehendak klien dan mengagihkan tugas / bebanan kerja kepada vendor atau pihak luar dari kumpulan pembangunan (team development). Semua perkara tersebut dilakukan demi memastikan apa yang dibangunkan menepati apa yang dikehendaki oleh klien.

Mengikut pengalaman saya sepanjang menjadi pengaturcara dahulu, memenuhi kehendak klien merupakan cabaran paling utama untuk diselesaikan. Kehendak yang berterusan menjadi mimpi hitam dan igauan kepada pengaturcara bagi menyiapkan pengaturcaraan dalam masa yang ditetapkan.

Jika diteliti secara terperinci, masalah tersebut berlaku disebabkan klien mahukan sistem mengikut prosedur kerja yang sekian lama dilakukan, klien tidak memahami secara keseluruhan fungsi sistem, faktor umur dan sebagainya.

Penyelesaian

Bagi mengatasi isu di atas, saya mencadangkan kumpulan pembangunan / pengaturcara:

  1. Mengkaji dahulu konsep pembangunan apa yang paling sesuai dalam membangunkan sesebuah sistem (lihat pada faktor masa, wang ringgit, dan tenaga kepakaran).
  2. Menyediakan dokumen keperluan klien dan membawanya setiap kali dalam perbincangan dengan klien. Setelah selesai perbincangan pada fasa-fasa tertentu, minta klien tandatangan bagi memastikan kehendak mereka ada batasannya.
  3. Membahagikan tugas / modul pembangunan mengikut tahap kesukaran pengaturcaraan. Ini bagi memastikan semua kerja dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan

P/s: Saya agak sibuk sepanjang bulan September dan Oktober, terpaksa bertungkus lumus dalam menyediakan laporan projek dan viva. Apapun, web ini akan kembali menggegarkan arena blog tidak lama lagi.

P/s/s: Manusia selalu sangkakan masa lapang sebagai nikmat tetapi jika tidak dipenuhi dengan aktiviti yang boleh memberikan faedah kepada diri sendiri, alamatnya nikmat tersebut menjadi azab. ;) ~Aku kata

Mygazines.com – Kongsi dan Baca Majalah Kegemaran Anda

Posted on the August 21st, 2008 under Info by

Mygazines.com - Kongsi dan Baca Majalah Kegemaran Anda

Anda terlepas baca majalah antarabangsa kegemaran anda ? Anda memerlukan rujukan / tips / panduan kesihatan atau Yoga, isu semasa, kereta modifikasi, gajet elektronik terkini di pasaran ? Anda mencari-cari majalah antarabangsa percuma (Health, Pc World, Pc Magazines, Gear, Business Week, AutoWorld, dan sebagainya ) sebagai bahan bacaan di masa lapang ?

Hadiah kepada pembaca / peminat majalah, Mygazines.com (versi Beta) menyediakan kepada anda ruang membaca secara percuma kepada anda. Kualiti paparan mukasurat pada resolusi tinggi (helaian di ‘scan’), percuma, pelbagai judul serta topik dan boleh dimuatturun ;) .

Mygazines.com

Apa tunggu lagi, sila ke Mygazines.com untuk membaca majalah kegemaran anda tanpa membelanjakan sesen pun. Komuniti portal ini amat percaya kepada perkongsian ilmu dan penyebaran ilmiah kepada dunia sejagat. Itu menepati slogan ini “Membaca Mencambah Pemikiran Lestari”.

P/s: Harga Mendisiplinkan Diri adalah Lebih Murah dari Harga Penyesalan yang Tiada Penghujungnya ~aku kata

Video – Senarai Super Komputer Paling Berkuasa di Dunia

Posted on the July 27th, 2008 under Info by

 

 

Video dari CNET ( sebuah laman sesawang dari USA yang membuat penilaian terhadap semua perkakasan / gajet / Sistem Pengoperasian dan apa sahaja berkaitan dengan dunia Teknologi Maklumat) ini memaparkan kepada anda beberapa buah super komputer yang dianggap paling berprestasi di dunia.

Jika PC / Laptop digerakkan oleh Intel Dual Core (** GHz) atau AMD Athlon X2 (** Ghz), tetapi super komputer berkali ganda laju dari PC anda (Sejuta kali ganda lajunya dari PC anda).

Tujuan super komputer dicipta adalah lebih kepada penyelesaian pengiraan saintifik yang kompleks, kajian nuklear atau struktur biologi, kriptanalisis (Cryptanalysis) dan sebagainya pada masa yang singkat. Universiti dan beberapa agensi penyelidikan (Firma atau Ketenteraan) yang mampu memilikinya. ;)

Contoh super komputer dengan tujuan tertentu adalah :