Archive for the ‘Info’ Category

Fakta Terkini 2009 – Sumber Tenaga Kerja ICT di Malaysia

Written by alfarabius on Nov 6th, 2009 | Filed under: Info

Baru-baru ini, rakan saya telah menghadiri MSC Malaysia Academician Forum 2009 pada 13th October 2009 di Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya. Staf akademik dari pelbagai universiti, teknorat dari pelbagai agensi sama ada kerajaan atau swasta dan beberapa tokoh korporat dalam bidang ICT adalah antara audien yang datang ke forum tersebut.

Forum tersebut diadakan untuk mengetahui perkembangan terkini status program Knowledge Workers Development (KWD) dan program MSC Malaysia Technopreneur Initiative yang dianjurkan oleh Malaysia Development Corporation (MDEC). Selain itu, forum tersebut turut membincangkan dan bertukar pandangan antara staf akademik dan pekerja industri tentang pembangunan modal insan dalam erti kata pelajar dan pekerja ICT di masa hadapan.

Apa yang menarik pada forum tersebut adalah penbentangan hasil soal selidik dari Frost and Sullivan [pdf- boleh muatturun untuk rujukan] tentang Bekalan vs Permintaan Pekerja ICT. Apa yang dapat dirumuskan dalam hasil atau layar pembentangan tersebut [pdf - muatturun] adalah seperti berikut :

  1. Terdapat banyak permintaan untuk pekerja ICT dari tahun ini sehingga 2012. Ini bermakna peluang pekerja untuk pelajar ICT (Sains Komputer, Multimedia, IT, Kejuruteraan Perisian, Rangkaian dsb) di IPTA/S adalah terjamin. Ini FAKTA !!!
  2. 3 bidang pekerjaan ICT yang paling mendapat permintaan adalah pembangunan perisian (41%), rangkaian (21%) dan pangkalan data (12%).
  3. Syarikat ICT berstatus MSC menjana 6,741 jenis pekerjaan bidang ICT pada tahun 2008-2009. Ini FAKTA !!!
  4. Kemahiran yang diperlukan pada 3 tahun datang (2012) adalah : Multimedia tools (19%), SAP (17%), Networking (14%), Database(12%), BI & Analytics (12%), and Software development (11%).

Anda boleh memuatturun slide ini [muatturun] untuk melihat kembali persepsi minda anda selama ini. Jangan bertindak terburu-buru dengan menuduh bidang ICT sudah tepu dan tidak relevan lagi. Dengan fakta yang diberikan, diharapkan anda semua terutamanya para pelajar tidak lagi berasa runsing dan risau tentang masa depan meraka.

P/s: Walau bagaimana susah sekalipun cabaran / masalah yang diterima, yang penting adalah diri anda dan anda mesti kuat semangat, bermotivasi, berhati waja, tidak mudah putus asa, sentiasa mahu belajar perkara baru dan yang paling penting hubungan anda dengan Maha Esa dan manusia mesti dijaga.~Firdaus-Harun.com pesan


World Best Presentation Contest 2009 – Landasan Terbaik untuk Membentangkan Idea dan Projek Anda ke Peringkat Dunia

Written by alfarabius on Aug 11th, 2009 | Filed under: Info, Umum

SlideShare.net akan mengadakan pertandingan layar pembentangan terbaik peringkat dunia (World Best Presentation 2009) pada tahun ini. Pertandingan yang dianjurkan bersama pihak Adobe Acrobat 9 menawarkan hadiah yang menarik dan hebat. Antaranya MacBook Pro (Tempat 1), Amazon Kindle Dx (Tempat 2), Iphone 3G S (Tempat 3), dan pemenang setiap kategori akan menerima perisian asli Adobe Acrobat 9*. Pertandingan ini bermula pada 3 Ogos 2009 yang lalu dan akan berakhir pada 8 September 2009.

Kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut :

  1. Bisnes
  2. Teknologi
  3. Pendidikan
  4. Idea kreatif dan inovasi
  5. Peribadi

Kemasukan adalah percuma dan saiz fail layar pembentangan (tidak kira fail jenis apapun) adalah tidak melebihi 100mb. Semua ‘slide’ akan diadili melalui undian dari para pengunjung laman web seluruh dunia dan pakar-pakar dalam industri media sosial seperti :

  1. Padmasree Warrior
  2. David Armano
  3. Guy Kawasaki

Ini masanya anda menukarkan idea di minda anda ke atas ‘slide’ supaya dikongsi bersama dengan rakan-rakan di seluruh dunia. Pastikan anda menggunakan Bahasa Inggeris (bahasa universal ;) ) untuk perkataan di dalam ‘slide’ anda. Kepada rakan-rakan pensyarah, apa kata anda menukarkan modul pembelajaran anda ke dalam bentuk ‘slide’ yang lebih menarik dan kreatif. Manalah tahu mungkin usaha yang gigih itu membuahkan hasil kepada anda. Selamat mencuba.

*Adobe Acrobat 9 adalah perisian editor untuk sebarang jenis dokumen (word processing, spreadsheet, slide) supaya lebih interaktif. Ini kerana perisian tersebut membolehkan anda menggabungkan sebarang elemen multimedia seperti video, audio dan pelbagai jenis fail yang lain ke dalam satu format Adobe.

P/s: Saya juga tengah menyiapkan ‘slide’ untuk pertandingan ini. Tajuknya ‘*****’ (dirahsiakan untuk sementara waktu) :P


Panda USB Vaccine – Cegah Sebelum Parah

Written by alfarabius on Apr 25th, 2009 | Filed under: Info, Produk

Panda USB Vaccine

Panda USB Vaccine merupakan sebuah perisian ringkas (USBVaccine.exe) dari syarikat Panda Security untuk mengekang penyebaran malware merebak ke host atau driver lain. Ancaman atau penyebaran malware menggunakan medium mudah alih (portable) seperti pendrive, kamera digital, pemain MP3 dan memory stick makin mendapat perhatian sejak akhir-akhir ini. Ini kerana malware tersebut boleh memanipulasi fail Autorun pada setiap medium mudah alih tersebut.

Oleh itu, rekabentuk pembangunan Panda USB Vaccine ini adalah dengan membenarkan pengguna memusnahkan fungsi fail Autorun sama ada di PC / Laptop dan di pendrive. Oleh yang demikian, secara tidak langsung ancaman malware tidak akan merebak ke medium-medium tersebut. Dikatakan 95% ancaman virus kepada komputer adalah hasil dari penyebaran malware di antara medium-medium (pendrive, memory stick dsb) tersebut.

Anda boleh memuat turun perisian ini secara PERCUMA di URL : [klik]

Untuk maklumat lanjut berkaitan Panda USB Vaccine sila ke URL : [klik]

P/s: Pastikan anda sentiasa mengemaskini virus definition perisian antivirus anda untuk pencegahan yang lebih berkesan. Jika tidak mahu Pc / Laptop anda diserang virus, tukarlah kepada persekitaran sistem pengoperasian (OS) Mac atau Linux. Pasti tidak ada masalah. ;)


Sila Masukkan Alamat
Emel Anda Untuk
Mendapatkan Artikel Blog ini
Secara PERCUMA :

Disediakan oleh: FeedBurner