Archive for the ‘Ilmu’ Category

Perbezaan FAT / FAT32 dan NTFS

Posted on the April 14th, 2008 under Ilmu by

Harddisk
Entri kali ini adalah jawapan kepada persoalan dari salah seorang peminat blog ini :) . Apa beza pembahagian fail atau cakera keras (harddisk) pada format FAT dan NTFS ?. Mari kita bongkar.

FAT / FAT32:

  1. Format sistem jenis ini sesuai untuk harddisk berkapasiti di bawah 20GB (FAT32) dan bawah 2GB (FAT) supaya prestasi PC dapat ditingkatkan.
  2. Sesuai untuk‘ dual boot’ jika mahu PC diinstalasi lebih dari 1 OS . Contohnya, Windows XP + Windows ME.

NTFS :

  1. Menyokong harddisk berkapasiti lebih dari 20GB.
  2. Pengurusan mudah untuk membuat ‘partition’ harddisk tanpa memerlukan ‘reboot’.
  3. Mempunyai elemen sekuriti dan sesuai untuk fail berkapasiti besar.
  4. Menyokong pemampatan fail dan enkrispsi.
  5. Menulis fail ‘log’ sebagai bukti ‘write or read or delete’ pada harddisk.
  6. ‘Command Prompt’ iaitu CHKDSK lebih cepat prosesnya berbanding pada format FAT.

P/s : Semua fakta di atas adalah bersumberkan pengalaman penulis sebagai Dr. PC ;) (baik pulih PC / Laptop).

Model-View-Controller (M-V-C) – Kerangka Penyelesaian kepada Pembangunan Perisian Berasaskan Web

Posted on the March 13th, 2008 under Ilmu by

MVC 

Entri kali ini saya hendak berkongsi ilmu kejuruteraan perisian tentang salah satu kaedah dalam membangunkan perisian. Kerangka atau Framework yang akan dibincangkan ini adalah Model-View-Controller (Model-Pandangan-Pengawal). Kaedah ini digunakan untuk membahagikan komponen perisian yang kompleks kepada pecahan komponen yang mudah dilihat dan difahami. ;)

Komponen Model berfungsi menguruskan sifat atau kelakuan (behaviour) dalam sesuatu domain masalah. Sebagai contoh, Model memproses data-data yang diterima  dari pengguna melalui antaramuka.

Komponen View (Pandangan) berfungsi sebagai antaramuka yang memaparkan informasi iaitu data-data yang sudah diproses dari komponen Model. Sebagai contoh, data-data yang diambil (query) dari pangkalan data akan melalui fungsi paparan ke antaramuka yang dikehendaki.

Komponen Controller (Pengawal) berfungsi sebagai menterjemahkan kawalan pengguna ke atas papan kekunci dan pergerakan tetikus (mouse) dan memproses keadaan (event) tersebut. Kemudian, menghantar mesej tersebut kepada Model untuk tindakan selanjutnya.

Ketiga-tiga komponen ini sentiasa berinteraksi dan pengaturacara akan mudah mengedit kod aturcara kerana kerana setiap komponen tidak bercampur aduk.

P/s: Saya cuba menerangkan konsep kejuruteraan perisian dengan ayat-ayat yang mudah. Harap-harap anda semua mudah faham.

UML 2.0 dan MOF – Kaedah Memodelkan Data / Sistem

Posted on the March 4th, 2008 under Ilmu by

UML
Bertemu kembali, anda mesti pernah dengar UML (Unified Modeling Language) dan MOF (Meta-Object-Facility)? Untuk newbie IT, kedua-dua istilah itu digunakan oleh pengaturcara atau penyelidik dalam mengkaji struktur model atau sistem kompleks yang  akan dibangunkan.

UML atau Bahasa Penyatuan Model adalah bahasa rekabentuk untuk memodelkan sesuatu data kompleks atau pangkalan data atau susun atur sistem kepada model yang mudah dan senang difahami.

MOF pula merupakan subset kepada UML (anak kepada UML ;) ) merupakan bahasa rekabentuk yang membantu memudahkan model kompleks kepada rekabentuk model yang lebih teratur dan lagi senang difahami. Kedua-dua bahasa rekabentuk model ini telah dicipta oleh sekumpulan pakar rekabentuk model dari OMG (Object Management Group). MOF terdiri dari 7 elemen utama iaitu ElementName, MulticiplityName, Type, Classifier, Class, Property, dan Associations.

P/s: Sebenarnya agak kompleks untuk difahami keseluruhan prinsip-prinsip kedua-dua bahasa model tersebut. Ringkasan di atas merupakan fahaman saya setelah berhari-hari mentelaah. ;)

MOF