Archive for the ‘Ilmu’ Category

Menentukan Arah Kiblat dengan Tepat – Teknologi Google Maps

Posted on the June 30th, 2008 under Ilmu,Info by

Anda mungkin baru berpindah ke rumah baru ? Ingin menunaikan solat tetapi keadaan sekeliling jiran anda bukan beragama Islam (mahu bertanya). Anda berada di negara orang dan tidak tahu di manakah arah kiblat yang sebenar ? Anda tidak pasti arah kiblat sebenar di rumah anda kerana surau / musolla / masjid jauh di rumah anda (susah nak tentukan secara tepat jika menggunakan imaginasi arah kiblat masjid dengan kediaman anda ;) ) ? Usah khuatir lagi, cuba layari laman QiblaLocator.com untuk penentuan arah kiblat yang tepat dengan menggunakan teknologi Google Maps.

Mudah Digunakan

Hanya masukkan nama daerah, negeri dan negara (terutamanya di Malaysia) dan klik butang ‘Carian’ maka Google Maps mula memaparkan gambar peta kawasan yang anda kehendaki. Untuk paparan yang lebih jelas, klik butang ‘Hybrid’ untuk imej 3D yang lebih tepat dan laraskan ‘zoom’ anda ke kawasan yang anda kehendaki . Garisan lurus merah adalah arah kiblat sesuatu kawasan tersebut. Anda juga boleh merujuk nilai latitud dan longitud serta darjah arah kiblat yang sebenar.

Kaedah Lain Tentukan Arah Kiblat

Selain itu, anda juga boleh menggunakan kompas (jika anda tahu darjah arah kiblat yang sebenar) sekiranya mahir menggunakan. Tanpa kompas sekalipun, anda boleh tentukan arah kiblat dengan mencari bintag Qutbi (Polaris) atau Buruj Belatik (Babadur Orion) [p/s: dengan syarat anda mempunyai ilmu Falak] atau menentukan kedudukan posisi matahari iaitu arah terbit adalah pada sebelah timur dan arah terbenam pada sebelah barat. Sebelah barat adalah arah kedudukan Makkah secara rawak dan ianya boleh dijadikan panduan bagi menentukan arah kiblat. :D

Sumber Rujukan : Cyber Mosque, MPSJ

Kenali AJAX

Posted on the May 8th, 2008 under Ilmu by

AJX
Cuti ni lah masa untuk mengemaskini sekerap mungkin blog saya. Maklumlah masa lapang adalah masa terbaik bagi para blogger. Terus kepada topik kita iaitu AJAX. Apa itu AJAX ? Apa fungsinya ? Contoh aplikasi AJAX ?

  • Apa itu AJAX ?
  • AJAX adalah dari kata singkatan dari perkataan Asynchronous JavaScript and XML. AJAX boleh saya katakan sebagai skrip aturcara yang membantu pelayan (server) dan pelayar (browser) respons dengan cepat dan interaktif. Sebelum ada AJAX, laman web perlu mengemaskini secara ‘pukal’ (refresh – loading 1 page). Ini melambatkan responsif dari server ke browser.
  • Apa fungsi AJAX ?
  • Dengan AJAX, hanya data-data tertentu atau modul-modul tertentu sahaja yang akan dikemaskini. Oleh itu, AJAX memanggil fungsi XMLHttpRequest object untuk mengemaskini data-data tersebut dalam format XML.
  • Contoh aplikasi AJAX ?
  • Contohnya banyak antaranya terdapat dalam aplikasi Mesej Segera (Instant Messaging such as Meebo.com) atau bilik bual atau forum-forum atas talian (online) dan sebagainya.

P/s: Gagal atau berjaya bukanlah penting, yang lebih istimewa adalah usaha untuk mengatasi kegagalan dan usaha untuk menikmati kejayaan. :P

Rujukan untuk Pengaturcara

Posted on the April 16th, 2008 under Ilmu by

Woman PC
Bertemu kembali, pada minggu ‘study week’ ni , saya cuba memberikan yang terbaik untuk para pembaca blog ini :) .Kali ini saya akan memberikan URL yang terbaik untuk anda mempelajari asas-asas bahasa aturcara yang anda minati. Jika anda melayari Google dan menaip bahasa aturcara yang anda hendak belajar, Google menyenaraikan hampir 2 juta link web yang perlu anda pergi tetapi website mana yang betul-betul berkualiti dan memberikan anda wadah pembelajaran sebenar.Untuk pengetahuan anda, ada juga website dibuat semata-mata untuk keuntungan tetapi itulah hakikat sebenar dunia web. Walau bagaimanapun, ada juga segelintir para pengaturcara membangunkan web tutorial kepada mereka yang mahu berjinak-jinak dalam dunia aturcara.

Di sini saya sertakan URL / pautan web tutorial yang berkualiti dan yang membantu anda:

  1. Bahasa C++ – http://www.cprogramming.com/tutorial.html
  2. Asas HTML + CSS + Javascript – http://www.tzag.com
  3. Bahasa PHP – http://www.developerfusion.com/

P/s: Nokotta - Semangat pahlawan Sumo sebelum masuk gelanggang. Kita tidak tahu sama ada kita menang atau kalah sebelum perlawanan bermula. Oleh itu, yakinlah diri dengan kemenangan sebelum anda berlawan. Fikirkanlah…. ;)