Kenali ‘Founder of Firdaus-Harun.com’
*telah dikemaskini pada 11 Mac 2012
Saya Muhammad Firdaus Bin Harun dan dikenali sebagai the_gempaq /alfarabius di kalangan rakan-rakan. Asal Kajang, Selangor. Berkelulusan MSc. (Computer Science), 2009 di UTM, Skudai. Dulu bersekolah di SRTC , SAM 10 , SAMBEST dan UTMKL. Bercita-cita Sedang menyambung pengajian ke peringkat PhD dalam Sains Komputer (di RWTH Aachen University, German) pada tahun 20112. Bidang penyelidikan adalah Senibina Perisian untuk Firma Besar = Software Architecture for Large Information System. Sila layari laman web http://swc.rwth-aachen.de.

LatarBelakang Firdaus-Harun.com
Suka membaca buku berkonsepkan motivasi pembangunan diri serta kepimpinan, pengurusan kewangan dan keusahawanan. Alhamdulillah, kesemua buku tersebut telah menciptakan inspirasi / melakarkan impian saya untuk menulis 3 buah buku sebelum umur 30 tahun. Sekarang dalam perancangan menulis sebuah buku karya asli untuk Penerbit UTM. Di samping itu, sudah mendapat ‘lampu hijau’ untuk menerbitkan modul Web Application Development using Java Servlet and JavaServer Pages untuk jabatan Kejuruteraan Perisian, Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat (FSKSM), UTM pada tahun 2009. Selain itu, sedang berusaha menyiapkan modul Developing a Web Application using PHP based on CodeIgniter : PHP Web Application Framework untuk program Degree++ di UTM.
Selesai sahaja membentangkan projek Master, saya terus ditawarkan menjadi RO (Research Officer – 2009 sehingga Disember 2009) di bawah penyeliaan Prof. Dr. Robert Colomb[link] .Di samping itu juga, sedang menyiapkan ‘tool’ untuk sebuah projek kejuruteraan perisian (Mei – Jun 2009). Minat dalam penyelidikan dan pembangunan perisian berasaskan konsep Model Driven Architecture, Service Oriented Software dan Web Services.
Tugas
Kini sedang bertugas sebagai staf akademik di FSKSM, UTM. Mengajar subjek Pengkomputeran Internet atau Bahasa Pengaturcaraan Java untuk aplikasi Web (Servlet, JSP dan JavaBean) sepanjang tahun 2009 untuk pelajar tahun akhir Sains Komputer (pengkhususan Kejuruteraan Perisian) dan pelajar SPACE (separuh masa) di UTMKL International Campus. Sila klik [link] untuk maklumat lanjut.
Selain itu, saya mengajar subjek Asas Pengaturcaraan C untuk pelajar tahun 1 FKKKSA (Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli), UTM, Skudai. Sila klik [link] untuk maklumat lanjut.
Pada tahun 2010, ditugaskan mengajar subjek Pengaturcaraan Web ASP.Net menggunakan bahasa C# untuk pelajar perdana di UTM JB dan UTM IC, KL.
Di samping itu, saya juga mengajar kos Developing a Web Application using PHP untuk program Degree++.
Juga pernah menjadi Trainer untuk KelasPHP.com dan Creative Networking Course (based Social Media Application) untuk Syarikat LKPP Sdn. Bhd.
Minat dan Bidang Penyelidikan
Penyelidikan masih diteruskan dalam bidang Software Testing, Model-Driven Development dan Service-Oriented Software.
Mempelbagaikan tugas / aktiviti dalam satu masa agak mustahil tetapi jika diatur dan disusun dengan efisien, kita sudah pasti tidak tertekan dengan apa jua bebanan.
Kumpulan Penyelidikan dan Profesional
Sudah menjadi ahli kumpulan penyelidikan Kejuruteraan Perisian UTM (Software Engineering Research Group – SERG – URL : http://www.sps.utm.my/serg) dan ahli kumpulan penyelidikan Kejuruteraan Perisian Malaysia (Malaysia Software Engineering Interest Group – MySEIG – URL : http://www.myseig.org).
Bercita-cita menjadi salah seorang tenaga akademik di UTM (sudah tercapai), ahli akademik sains komputer ACM, ahli profesional kejuruteraan perisian tempatan / antarabangsa dan tenaga pakar kejuruteraan perisian untuk negara tercinta.
eBisnes
(Masih dalam perancangan) – eBook Projek Tahun Akhir Sains Komputer.
Manusia dilahirkan untuk menjadi seorang yang luar biasa bukan setakat biasa-biasa je. Bakat dan potensi yang ada dalam diri akan muncul jika diasah dengan cara yang betul. Fokus dengan apa yang apa kita lakukan dan kelak, kita pasti lihat hasilnya.~Aku kata
M Firdaus Harun
M Firdaus Harun’s Profile

Create Your Badge
Dip. Comp. Sc. (IT), UTM
BSc. Comp. Sc. (S/w Eng.), UTM
MSc. Comp. Sc., UTM
Boleh menghubungi saya melalui email di firdausharun.utm[ at ]gmail.com
atau cari M Firdaus Harun di Facebook.