Fakta Terkini 2009 – Sumber Tenaga Kerja ICT di Malaysia

Baru-baru ini, rakan saya telah menghadiri MSC Malaysia Academician Forum 2009 pada 13th October 2009 di Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya. Staf akademik dari pelbagai universiti, teknorat dari pelbagai agensi sama ada kerajaan atau swasta dan beberapa tokoh korporat dalam bidang ICT adalah antara audien yang datang ke forum tersebut.

Forum tersebut diadakan untuk mengetahui perkembangan terkini status program Knowledge Workers Development (KWD) dan program MSC Malaysia Technopreneur Initiative yang dianjurkan oleh Malaysia Development Corporation (MDEC). Selain itu, forum tersebut turut membincangkan dan bertukar pandangan antara staf akademik dan pekerja industri tentang pembangunan modal insan dalam erti kata pelajar dan pekerja ICT di masa hadapan.

Apa yang menarik pada forum tersebut adalah penbentangan hasil soal selidik dari Frost and Sullivan [pdf- boleh muatturun untuk rujukan] tentang Bekalan vs Permintaan Pekerja ICT. Apa yang dapat dirumuskan dalam hasil atau layar pembentangan tersebut [pdf – muatturun] adalah seperti berikut :

  1. Terdapat banyak permintaan untuk pekerja ICT dari tahun ini sehingga 2012. Ini bermakna peluang pekerja untuk pelajar ICT (Sains Komputer, Multimedia, IT, Kejuruteraan Perisian, Rangkaian dsb) di IPTA/S adalah terjamin. Ini FAKTA !!!
  2. 3 bidang pekerjaan ICT yang paling mendapat permintaan adalah pembangunan perisian (41%), rangkaian (21%) dan pangkalan data (12%).
  3. Syarikat ICT berstatus MSC menjana 6,741 jenis pekerjaan bidang ICT pada tahun 2008-2009. Ini FAKTA !!!
  4. Kemahiran yang diperlukan pada 3 tahun datang (2012) adalah : Multimedia tools (19%), SAP (17%), Networking (14%), Database(12%), BI & Analytics (12%), and Software development (11%).

Anda boleh memuatturun slide ini [muatturun] untuk melihat kembali persepsi minda anda selama ini. Jangan bertindak terburu-buru dengan menuduh bidang ICT sudah tepu dan tidak relevan lagi. Dengan fakta yang diberikan, diharapkan anda semua terutamanya para pelajar tidak lagi berasa runsing dan risau tentang masa depan meraka.

P/s: Walau bagaimana susah sekalipun cabaran / masalah yang diterima, yang penting adalah diri anda dan anda mesti kuat semangat, bermotivasi, berhati waja, tidak mudah putus asa, sentiasa mahu belajar perkara baru dan yang paling penting hubungan anda dengan Maha Esa dan manusia mesti dijaga.~Firdaus-Harun.com pesan

About mfirdausharun

Currently working as PhD student at Software Construction Group (SWC) RWTH Aachen University. Previously, Tutor at University Technology Malaysia. Towards academician, researcher and industrial expertise in Software Architecture.
This entry was posted in Info and tagged , , . Bookmark the permalink.

15 Responses to Fakta Terkini 2009 – Sumber Tenaga Kerja ICT di Malaysia

  1. sophie says:

    insyaAllah..amin =)

  2. najah says:

    terima kasih atas perkongsian tersebut

  3. zik says:

    info yang bagus… :-)

  4. ladycooper says:

    I percaya apa yang dilaporkan di forum itu benar. Tapi, problem yang kita selalu temui adalah, kualiti candidate tu tak lah sampai yang kita nak kan. itu yang susah.

  5. Shiro san says:

    Lepas terbaca kolum ni aq rasa lebih bersemangat meneruskan bidang dlm bidang IT ni..

  6. dyt says:

    cm mane dgn tahun 2020..
    sbb tahun ni baru je blajar bidang ni ..
    rsenye, 2012 baru dpt diploma..
    then, nk further study lagi

  7. alfarabius says:

    kpd Dyt : tahun 2020 akan menampakkan hasil usaha Malaysia dalam membangunkan MSC. Dgn idea MSC la, peluang kerjaya IT atau utk rakyat tempatan mmg terbuka luas. Dyt la yg akan menjadi pelapis pakar IT negara kita, Teruskan usaha.

    Mmg kualiti atau tenaga pakar yg kita cari dr pelajar. Universiti sudah menyediakan platform terbaik utk belajar teori dan praktikal, kerajaan dgn usahama MDeC pn sudah bertungkus lumus menyediakan program pemantapan skil / kemahiran IT setiap utk graduan2 mengganggur,apapun semuanya berbalik dr pelajar tu jua. Pelajar IT yg kena berusaha keras / memantapkan skil bagi menampung keperluan pembangunan negara.

  8. Zan says:

    Terima kasih kepada tuan punya blogger di atas maklumat2 berinformasi dan berguna dlm blog anda….ini sedikit sebanyak dpt meningkatkan minat dan semangat saya untuk mempelajari ilmu dlm bidang IT nie yg memangnya cukup luas dan telah dikenali sebagai World Leading Industry of The Year.Teringin nak tengok jugak negara kita menjadi IT powerhouse…mari kita sama2 bergerak ke arah itu….jgn hiraukan sangat perpsepsi dari masyarakat….teruskan usaha

    -pelajar sains komputer dari USM-

  9. alfarabius says:

    Terima kasih Zan (pelajar Sains Komputer) drpd USM

  10. saiful says:

    Maklumat yg berguna (pelajar BIT oum )

  11. alfarabius says:

    Terima kasih saiful dari OUM

  12. iyka says:

    sya merupakan pelajar matrikulasi yg akan menamatkan pelajaran pda bulan 4 ni . sy merancang utk melajutkan pelajaran dlm jurusan ijazah sains komputer ( bioinformatik ) ataupun sains komputer ( grafik n designer ) di utm. ape pendapat anda ? dan adakah peluang pekerjaan sy pada 5 tahun lg akn terjamin ?

  13. nas says:

    salam .. saya nak bertanya.. macam mana pulak untuk jurusan sains komputer ( keselamatan dan jaminan maklumat) bagaimana dengan prospek kerjaya bidang tersebut lagi 4 tahun? harap ada sesiapa dapat membantu saya.. =)

  14. fiz says:

    sy p0n arap cam tu….rmai yg ckp bidg it bidg yg sgt ssh mndptkan pekrjaan…sy arap pd ta0n 2020 phak kerajaan akn mghrpkan lbih rmai graduan dr bidg k0mputer

  15. elly says:

    salam, mcm mana dgn keperluan mengikut gender: lelaki perempuan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>