Service Oriented Architecture (SOA) – Senibina Berasaskan Servis : Integrasi antara Operasi Bisnes dan Teknologi

Posted on the October 16th, 2009 under Kejuruteraan Perisian by alfarabius

Keberkesanan perjalanan sesuatu operasi dalam sesebuah syarikat amat bergantung kepada keupayaan sistem bersepadu yang digunapakai bagi mengatasi semua keperluan perniagaan[sumber 1]. Keperluan perniagaan tersebut sama ada dari segi pemasaran, inventori, kewangan dan sumber manusia. Oleh itu, senibina berasaskan servis / perkhidmatan telah menjadi satu fenomena di kalangan entiti syarikat perniagaan besar dalam menggerakan operasi syarikat menjadi lebih efisien. Ini kerana senibina tersebut menggabungkan keperluan perniagaan, informasi, pekerja dengan kemudahan teknologi sedia ada[sumber 2] seperti protokol HTTP, teknologi GSM dsb.

Keperluan perniagaan tersebut dapat diterjemahkan kepada suatu servis atau perkhidmatan. Sesebuah syarikat memerlukan servis tersebut untuk menggerakkan perjalanan operasi syarikat[sumber 3]. Sebagai contoh, sebuah syarikat memerlukan servis / perkhidmatan pertukaran wang dari servis-servis yang sedia ada di Internet. Dengan merujuk servis yang sedia ada (sumber yang spesifik, BPEL dan WSDL), sistem yang digunakan dapat diintegrasikan dengan servis tersebut untuk mendapat hasil dari pertukaran wang tersebut. Operasi pertukaran tersebut menjimatkan masa dan kos kerana syarikat tersebut tidak perlu membina sebuah sistem baru.

Chief Information Officer (CIO) atau pihak pengurusan IT perlu mengenalpasti operasi bisnes yang boleh dijadikan sebagai servis teras supaya pengurusan perjalanan syarikat dapat dijalankan dengan pantas dan dinamik. Di sini disenaraikan 7 tugas utama oleh para pengurusan IT (CEO, CIO, PTM dsb) untuk menjalankan SOA ini [sumber 4] :

  • Mengutamakan teras bisnes utama menggunakan SOA untuk menjalankan operasi syarikat / industri / kementerian.
  • Menghebahkan rancangan SOA kepada organisasi dan staf syarikat.
  • Bekerjasama dalam menggerakkan SOA dalam syarikat.
  • Mengenalpasti perubahan-perubahan / evolusi yang akan berlaku dalam operasi syarikat.
  • Menganggar perbelanjaan dalam mengaplikasi SOA.
  • Merancang keperluan / tenaga / dari sumber manusia dan peralatan untuk SOA.
  • Meneliti prestasi dan keputusan pada setiap peringkat dalam SOA.

Kematangan / Pengalaman sesebuah syarikat dalam mengimplementasi SOA bergantung kepada kerjasama kesemua staf, infrastruktur IT yang lengkap dan perancangan SOA yang dikemaskini dari segenap dimensi. Pelbagai cabaran akan dihadapi oleh pengamal SOA dalam sesebuah syarikat. Antaranya :

  • Operasi syarikat sentiasa berubah
  • Kepesatan teknologi
  • Mindset staf / pihak pengurusan

P/s: “Biarkan diri anda bercita-cita besar dan mempunyai impian yang tinggi. Ini kerana minda anda akan menerima apa sahaja yang diimaginasikan kemudian menggerakan minda separa sedar untuk berusaha kearahnya”

2 Responses to 'Service Oriented Architecture (SOA) – Senibina Berasaskan Servis : Integrasi antara Operasi Bisnes dan Teknologi'

  1. 18 August 2010 at 2:19 am
    saiful
  2. 19 August 2010 at 3:11 am
    alfarabius

Leave a Reply




XHTML::
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>