Eclipse Modeling Framework (EMF) – Kerangka Penyelesaian kepada Pemodelan Object-Oriented

Written by alfarabius on May 25th, 2009 | Filed under: Kejuruteraan Perisian

eclipse_logo_30

EMF adalah perisian Integrated Development Environment (IDE) yang membantu para pengaturcara membangunkan ‘tool’ atau aplikasi melalui penjanaan kod aturcara secara automatik dari struktur model. EMF lebih memfokuskan bahasa Java kerana bahasa Java lebih mesra kepada konsep Object-Oriented (OO). Kepada pengaturcara OO, EMF adalah penyelesaian kepada penjanaan kod aturcara Java dari rekabentuk model yang lebih efisien, tepat dan mudah-edit.

Secara umum, analisis dan rekabentuk model dari keperluan klien merupakan fasa yang paling agresif dan aktif bagi System Analyst. Hasil (secara dokumentasi atau perisian modeling) dari fasa ini akan diberikan kepada pengaturcara atau kumpulan pembangunan untuk diterjemahkan ke dalam bentuk kod aturcara. Kebanyakan Penganalisa Sistem menggunakan bahasa model UML untuk fasa tersebut. Oleh itu, pada fasa ini kita dapat  lihat kerja-kerja membangunkan sistem menjadi terlalu panjang dan sentiasa berubah sifatnya.

Ini akan menyebabkan kos pembangunan memakan masa yang terlalu panjang dan kos yang berlebihan. Walaupun ada perisian model UML seperti MagicDraw, DaVinci, Netbeans dan Rational Rose yang membolehkan dari rekabentuk model terus penjanaan kod tetapi bagi sesetengah pengaturcara, memenuhi kriteria atau rule UML bukanlah semudah disangka. Penjanaan kod dari rekabentuk model UML adalah berbeza-beza bagi setiap perisian model yang sudah disebutkan di atas.

Sebagai penyelesaian, EMF menggunakan subset kepada UML untuk pengekelasan model-model kepada penjanaan kod bahasa Java yang lebih efisien. Tidak memerlukan peraturan UML yang terlalu strict dan editor yang terlalu rumit. EMF menggunakan bahasa XMI (XML Metadata Interchange) untuk menterjemahkan model-model yang direkabentuk. EMF menyediakan 3 mekanisme untuk merekabentuk model iaitu :

  1. Guna bahasa XML dan rangka bahasa XML Schema
  2. Memuat naik / Eksport  XMI dokumen dari perisian model seperti Rational Rose
  3. Merangka kod aturcara menggunakan kod-kod spesifik untuk Java (Java Annotation)

Saya cuba memudahkan post pada kali ini dalam struktur ayat yang mudah bagi memudahkan para pembaca sekalian. Untuk maklumat berkaitan penggunaan Eclipse, layari http://mda.firdaus-harun.com

Untuk memuat turun perisian open source Eclipse [klik]

Rujukan berkaitan Eclipse – tutorial, diskusi dan plugin [klik]

P/s: “Manusia berilmu adalah manusia yang pandai berfikir sama ada dengan menganalisis, mentaakul, merumus, bertindak, berwacana dan menulis dengan fakta-fakta yang diterima. Fakta-fakta tidak akan menjadi knowledge / ilmu jika manusia tidak menghadam fakta tersebut.” ~Aku kata



Leave a Reply

Sila Masukkan Alamat
Emel Anda Untuk
Mendapatkan Artikel Blog ini
Secara PERCUMA :

Disediakan oleh: FeedBurner