Video dari CNET ( sebuah laman sesawang dari USA yang membuat penilaian terhadap semua perkakasan / gajet / Sistem Pengoperasian dan apa sahaja berkaitan dengan dunia Teknologi Maklumat) ini memaparkan kepada anda beberapa buah super komputer yang dianggap paling berprestasi di dunia.
Jika PC / Laptop digerakkan oleh Intel Dual Core (** GHz) atau AMD Athlon X2 (** Ghz), tetapi super komputer berkali ganda laju dari PC anda (Sejuta kali ganda lajunya dari PC anda).
Tujuan super komputer dicipta adalah lebih kepada penyelesaian pengiraan saintifik yang kompleks, kajian nuklear atau struktur biologi, kriptanalisis (Cryptanalysis) dan sebagainya pada masa yang singkat. Universiti dan beberapa agensi penyelidikan (Firma atau Ketenteraan) yang mampu memilikinya.
Contoh super komputer dengan tujuan tertentu adalah :
Posted on the July 23rd, 2008 under PSM by alfarabius
Aplikasi Teknologi Sedia Ada
Bertemu kembali dalam siri post-Idea Projek Akhir Sarjana Muda Sains Komputer dan IT. Entri kali ini khusus kepada graduan yang mengambil bidang / pengkhususan (major) Rangkaian atau Sistem Komputer. Merujuk kepada seorang pensyarah di bidang rangkaian (FSKSM,UTM), projek akhir bidang tersebut lebih kepada pembangunan sistem dengan menggunakan beberapa teknologi sedia ada seperti aplikasi SMS, protokol TCP/IP, pengecaman cap jari (thumbprint device) dan perkakasan asas perisian antivirus.
Enkripsi
Di samping itu, kajian tentang keberkesanan algoritma dalam sesuatu enkripsi juga digalakkan. Sama ada anda membuat perbandingan sesuatu paten enkripsi (encrypt, encode atau decode) atau membaiki prestasi konsep enkripsi tersebut. Jika masih lagi ragu, sila buat kajian terdahulu sama ada melalui jurnal atau Internet tentang sesuatu enkripsi. Bawa idea anda dan terus berjumpa dengan bakal Penyelia anda (Supervisor).
Bina Perisian yang Unik dan Berguna kepada Semua
Selain itu, anda juga digalakkan membangunkan perisian antivirus menggunakan algoritma atau paten berlainan (selain dari Signature virus tersebut, mungkin boleh HIBRID teknik indexing sesuatu fail atau struktur program tersebut melalui binari bit). Juga apa-apa aplikasi berkaitan Web 2.0 juga digalakkan dan lagi bagus (4 flat ) jika anda boleh membuat paten sendiri dalam Open Source sama ada perisian, rangkaian, pelayan (server – Free BSB) dan sebagainya.
Antara idea-idea Projek Akhir Sarjana Muda Sains Komputer dan IT – Rangkaian / Sistem Komputer adalah :
Sistem Pemantauan Pelekat Kenderaan [menggunakan perkakasan PDA atau Handset - teknologi SMS atau .Net ]
Kajian Keberkesanan Algoritma Enkripsi [cari sendiri ]
Perisian Anti Pornografi
Perisian Pengecaman Anti Plagiat [dokumen .pdf, laman sesawang dan sebagainya]
Penambah baikan Konsep dan Algoritma dalam [cari sendiri] – Open Source
P/s: Jika nak menjadi seorang yang Unik dan menjadi perhatian orang sekeliling, buktikan lah melalui Pencapaian anda. Oleh itu, Lipat gandakan Usaha anda kerana Lagi Cepat Anda Bertindak lagi Cepat Impian anda menjadi Realiti ~Firdaus-Harun.com
Projek akhir sarjana muda atau PSM merupakan penilaian tahun akhir bagi menguji seseorang graduan; adakah graduan tersebut mampu untuk dianugerahkan Sarjana Muda Sains Komputer atau IT sepanjang pengajian di IPTA atau IPTS. Mungkin bagi graduan peringkat diploma dipanggil Projek Akhir (jika salah sila beritahu ). Masing-masing bertungkus lumus dalam mencari apakah idea atau tajuk projek tersebut sebelum mencari Penyelia (Supervisor) yang sesuai.
Hadiah untuk Anda
Oleh itu, bonus untuk anda. Saya berbesar hati untuk menyenaraikan beberapa idea tajuk projek akhir mengikut bidang / pengkhususan:
1. Kejuruteraan Perisian :
Projek akhir lebih kepada pembangunan sistem dengan mengaplikasikan asas senibina pembangunan perisian (Model Waterfall, Rapid Prototyping, Agile, Iterative Development, UML Pattern, Component Based Development, Web Engineering , Service Oriented , Object Oriented dan sebagainya) atau menggabungkan beberapa teknologi lain seperti aplikasi SMS, WAP (Wireless Application Protocol, ThumbPrint Device (Pengecaman Cap Jari), RFID (Radio Frequency Identification), Bar Code Detection dan sebagainya.
Anda boleh menggunakan bahasa aturcara (C++, C #, .Net, Php, ASP, Ruby, WML, Web Services dan lain-lain) sekalipun pada sistem yang akan dibangunkan. Peringatan untuk anda, gunakan bahasa aturcara yang anda mahir supaya di kemudian hari kerja-kerja pembangunan menjadi senang.
Antara idea / projek yang boleh dibangunkan :
Sistem Pengurusan Fail [syarikat kerajaan / swasta] atau eFilling System
Sistem Pengurusan Akademik [jabatan / sekolah / fakulti]
Sistem Aduan Awam [majlis perbandaran / kementerian]
Portal Masjid atau Perpustakaan atau Majlis Perbandaran [tempat anda]
Sistem Pengurusan Perumahan Awam [Majlis Bandaraya / Perbandaran]
Anda ada idea lain ? Bagus, teruskan dengan idea tersebut dan cuba kembangkan supaya lebih menarik.
P/s: Siri POST – Idea Projek Akhir Sarjana Muda Sains Komputer atau IT akan diteruskan pada post akan datang dengan bidang lain (Rangkaian, Bioinformatik, Sistem Maklumat, Grafik)
Blog Sumber Informasi Graduan Sains Komputer ialah koleksi artikel yang ditulis oleh Penulis sendiri sama ada melalui pengalaman, pengamatan, penelitian dan pemahaman terhadap sesuatu topik dalam bidang ini. Penulis merupakan tenaga akademik di salah sebuah IPT di selatan tanah air. Berpengalaman dalam pembangunan perisian, pengajaran dan penyelidikan selama 2 tahun. Sekarang, Penulis sedang melanjutkan pengajian di RWTH Aachen University, Aachen, Germany dalam bidang Senibina Perisian / Software Architecture. (2012-2016).