Written by alfarabius on Aug 21st, 2008 | Filed under:
Info

Anda terlepas baca majalah antarabangsa kegemaran anda ? Anda memerlukan rujukan / tips / panduan kesihatan atau Yoga, isu semasa, kereta modifikasi, gajet elektronik terkini di pasaran ? Anda mencari-cari majalah antarabangsa percuma (Health, Pc World, Pc Magazines, Gear, Business Week, AutoWorld, dan sebagainya ) sebagai bahan bacaan di masa lapang ?
Hadiah kepada pembaca / peminat majalah, Mygazines.com (versi Beta) menyediakan kepada anda ruang membaca secara percuma kepada anda. Kualiti paparan mukasurat pada resolusi tinggi (helaian di ‘scan’), percuma, pelbagai judul serta topik dan boleh dimuatturun
.

Apa tunggu lagi, sila ke Mygazines.com untuk membaca majalah kegemaran anda tanpa membelanjakan sesen pun. Komuniti portal ini amat percaya kepada perkongsian ilmu dan penyebaran ilmiah kepada dunia sejagat. Itu menepati slogan ini “Membaca Mencambah Pemikiran Lestari”.
P/s: Harga Mendisiplinkan Diri adalah Lebih Murah dari Harga Penyesalan yang Tiada Penghujungnya ~aku kata
Written by alfarabius on Aug 15th, 2008 | Filed under:
Penyelidikan

Pasukan penyelidik daripada Polytechnic University of Catalonia (UPC) dan University of Lovaina (UCL), Belgium telah merealisasikan projek tersebut. Teknik yang digunakan adalah dengan menggunakan 3 buah kamera video(integrasi dengan komputer) untuk menangkap imej pergerakan manusia. Kaedah tersebut boleh diaplikasikan kepada pembangunan permainan komputer interaktif yang berinteraksi dengan tangan dan kaki manusia. Menarik
Algoritma Mengesan Titik Penting Pergerakan Tubuh Manusia
Menurut Profesor Ferran Marqués dari UPC, hasil penyelidikan ini adalah kejayaan mewujudkan algoritma yang mengecam pergerakan tubuh badan walau bagaimana pergerakan sekalipun tanpa menggunakan sut atau pakaian khas. Oleh itu, hanya menggunakan 3 kamera video, aksi pergerakan dapat dirakam tanpa merakam hanya titik tertentu sahaja pada tubuh badan.
Kaedah
Dengan aksi atau rakaman yang diambil, para penyelidik menganalisa dengan mengaplikasikan algoritma tertentu bagi mengesan titik utama pada tubuh seperti kepala, tangan dan kaki. Seterusnya, titik-titik tersebut disisihkan lagi supaya algoritma dapat mengeluarkan hasil pergerakan yang lebih tepat dan natural. Akhirnya, rangka pergerakan tubuh yang lengkap dapat diterjemahkan dalam bentuk grafik di komputer.
Dimensi Grafik 3D
Akhirnya, imej 3D dapat dibentuk di komputer menggunakan perisian grafik 3D. Garis X, Y dan Z pada garis ruang dapat ditentukan melalui titik hasil dari penyelidikan tersebut. Kerja animasi atau pemprosesan grafik menjadi lagi mudah. Kerja-kerja penyelidikan ini akan dipergiatkan pada lapangan permainan video komputer, muzium dan pendidikan seni visual.
Written by alfarabius on Jul 29th, 2008 | Filed under:
Organisasi

ACM ditubuhkan di kota New York pada 1947 (Wikipedia). Asas kepada penubuhan tersebut adalah mengumpulkan saintis dan pakar dalam bidang pengkomputeran. Pada masa kini, fungsi ACM begitu meluas meliputi perkhidmatan pustaka digital (Digital Libarary), persidangan / seminar peringkat antarabangsa dan penyediaan draf kurikulum subjek IT kepada seluruh universiti dan kolej.
ACM sebenarnya terdiri dari beberapa gabungan kumpulan istimewa (Special Interest Groups aka. SIG) yang mempunyai kepakaran tertentu dalam bidang pengaturcaraan, rangkaian, senibina perisian dan sebagainya. Antara SIG tersebut adalah :
- SIGARCH: Computer Architecture
- SIGART: Artificial Intelligence
- SIGMOBILE: Mobility of Systems, Users, Data and Computing
- SIGSOFT: Software Engineering
- SIGKDD: Knowledge Discovery and Data Mining
dan pelbagai kumpulan lain. Anda juga berpeluang menjadi ahli ACM jika berdaftar dengan organisasi tersebut. Yuran yang cukup berpatutan dan segala keistimewaan sebagai ahli ACM amat menarik. Antaranya adalah akses secara percuma terhadap jurnal-jurnal dari pakar IT seluruh dunia dalam pelbagai bidang, dapat menghadiri persidangan IT bertaraf dunia dan berpeluang menyertai aktiviti menarik secara atas talian atau di lapangan.
Lampiran Tentang ACM : [klik di sini]
Nota / Draf Kurikulum Subjek IT (cadangan) : [klik di sini]