Archive for 2008

Konsep Pembangunan Perisian Masa Depan: Pandangan Tokoh Ahli Sains Komputer

Written by alfarabius on Oct 20th, 2008 | Filed under: Info

Video di bawah merupakan pandangan peribadi tokoh ahli sains komputer, Dr. Ivar Jacobson berkaitan konsep pembangunan perisian masa hadapan. Mari kita ikuti wawancara tersebut:



 Isi Wawancara

Ivar Jacobson memberi pandangan bahawa pada masa hadapan konsep pembangunan perisian akan menjadi lebih fleksibel dan tidak terikat dengan mana-mana konsep atau bentuk-bentuk tertentu dalam menghasilkan sesebuah perisian.

Walaupun anda pengaturcara bersandarkan konsep Agile , Unified Process , SDL (Specification and Description Language) , eXtreme Programming , Scrum atau mana-mana konsep mana-mana sekalipun, pada masa hadapan konsep-konsep pembangunan tersebut boleh digabungkan dan seterusnya memudahkan kumpulan pembangun perisian melaksanakan tugas dengan jaya tanpa ada kengkangan dari mana-mana pengaturcara yang berlainan ideologi.

Ini akan memudahkan perisian atau sistem yang dibangunkan siap pada masanya dan menepati jadual.

Isu dalam Konsep Pembangunan Perisian

Sering kali berlaku perselisihan faham antara kumpulan pembangunan dan klien dalam memahami apa yang perlu / tidak dalam sesebuah projek. Pelbagai teknik dilakukan dalam fasa-fasa pembangunan bagi memenuhi keperluan klien sama ada mengadakan perbincangan berkali-kali dengan klien, menukarkan stail pengaturcaraan dari berorientasikan objek kepada berorientasikan kehendak klien dan mengagihkan tugas / bebanan kerja kepada vendor atau pihak luar dari kumpulan pembangunan (team development). Semua perkara tersebut dilakukan demi memastikan apa yang dibangunkan menepati apa yang dikehendaki oleh klien.

Mengikut pengalaman saya sepanjang menjadi pengaturcara dahulu, memenuhi kehendak klien merupakan cabaran paling utama untuk diselesaikan. Kehendak yang berterusan menjadi mimpi hitam dan igauan kepada pengaturcara bagi menyiapkan pengaturcaraan dalam masa yang ditetapkan.

Jika diteliti secara terperinci, masalah tersebut berlaku disebabkan klien mahukan sistem mengikut prosedur kerja yang sekian lama dilakukan, klien tidak memahami secara keseluruhan fungsi sistem, faktor umur dan sebagainya.

Penyelesaian

Bagi mengatasi isu di atas, saya mencadangkan kumpulan pembangunan / pengaturcara:

  1. Mengkaji dahulu konsep pembangunan apa yang paling sesuai dalam membangunkan sesebuah sistem (lihat pada faktor masa, wang ringgit, dan tenaga kepakaran).
  2. Menyediakan dokumen keperluan klien dan membawanya setiap kali dalam perbincangan dengan klien. Setelah selesai perbincangan pada fasa-fasa tertentu, minta klien tandatangan bagi memastikan kehendak mereka ada batasannya.
  3. Membahagikan tugas / modul pembangunan mengikut tahap kesukaran pengaturcaraan. Ini bagi memastikan semua kerja dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan

P/s: Saya agak sibuk sepanjang bulan September dan Oktober, terpaksa bertungkus lumus dalam menyediakan laporan projek dan viva. Apapun, web ini akan kembali menggegarkan arena blog tidak lama lagi.

P/s/s: Manusia selalu sangkakan masa lapang sebagai nikmat tetapi jika tidak dipenuhi dengan aktiviti yang boleh memberikan faedah kepada diri sendiri, alamatnya nikmat tersebut menjadi azab. ;) ~Aku kata


Asas Keselamatan Rangkaian

Written by alfarabius on Sep 11th, 2008 | Filed under: Rangkaian

Asas Keselamatan Rangkaian

Credit: Pinopic

Scr asasnya keselamatan rangkaian atau network security melibatkan 4 aspek:

  1. Sulit (Privacy)
  2. Tentusahkan (Authentication)
  3. Integriti (Integrity)
  4. KetidakTerimaan (NonRepudiation)

*PC = Personal Computer aka Komputer Peribadi

Sulit

Jangkaan penghantar (PC anda) dan penerima (PC kwn anda) menerima dan menghantar mesej (email, dokumen dan sbgnya) adalah sulit dan tidak berlaku ketirisan/kebocoran maklumat kepada org lain (Penggodam).

Tentusahkan

Penerima (PC kwn anda) mengenal pasti identiti penghantar (PC anda) mesej kepada anda. Dengan anggapan, tiada penceroboh (Intruder) atau orang lain menghantar kepada anda.

Integriti

Data atau mesej yang dihantar mesti sampai kepada penerima yang sepatutnya. Oleh itu, dengan harapan tidak akan berlaku kerosakan dan gangguan terhadap mesej yang dihantar kepada penerima.

KetidakTerimaan

Penerima (PC anda) berupaya membuktikan bahawa anda terima mesej dari penghantar yang sepatutnya. Ini bermaksud penghantar tidak boleh tak mengaku yang dia (penghantar) dah hantar mesej tu.

Istilah ini memang susah nak paham. Saya bagi satu cth, apabila Ali membuat pemindahan wang dari satu bank ke bank lain, pihak bank boleh membuktikan bahawa aktiviti pemindahan/transaksi yang dilakukan adalah sebenarmya daripada Ali tanpa keraguan. Faham ?

Post ini adalah sama seperti di URL berikut: Expert-Malaysia.com


pptPlex – Kelainan dan Keunikan dalam Layar Pembentangan Ms PowerPoint Anda

Written by alfarabius on Aug 22nd, 2008 | Filed under: Perisian


Video di atas adalah ‘preview’ atau pra tonton pengenalan kepada penggunaan pptPlex.

Baru-baru ini, kumpulan pembangunan makmal Ms Office 2007 telah melancarkan ‘add-on’ atau nilai tambah kepada perisian Ms PowerPoint 2007. Nilai tambah tersebut adalah layar pembentangan anda lebih organik pada kain kanvas, tampak profesional, mudah dikendalikan, ala ‘Flash Player‘, boleh di‘zoom’kan dan lebih menarik perhatian.

Kelainan dan Keunikan pada Pembentangan Anda

Para usahawan, pensyarah, penyelidik, pelajar dan penceramah motivasi adalah golongan yang selalu menggunakan Ms PowerPoint (.ppt) sebagai medium menyampaikan idea / modul pembelajaran / hasil penyelidikan / hasil projek akhir / kata-kata motivasi. Oleh itu, pptPlex merupakan penyeri kepada persembahan layar kepada klien anda.

Pemasangan dan Muatturun

Anda boleh memuatturun dari [sini]. Setelah muatturun, klik aplikasi (.exe) tersebut dan pptPlex secara automatik akan terpasang pada Ms PowerPoint 2007 (hanya untuk Ms Office 2007 sahaja). Klik ‘tab’ pptPlex untuk penggunaan dan klik Help – Video untuk contoh penggunaan. Selamat Mencuba ;)

 P/s: Kejayaan Bukan Datang kerana Tidak Pernah Salah atau Kalah, tetapi Memperbaiki Kesilapan dan Meningkatkan Daya Usaha dan Pemikiran untuk Kejayaan akan Datang ~aku kata


Sila Masukkan Alamat
Emel Anda Untuk
Mendapatkan Artikel Blog ini
Secara PERCUMA :

Disediakan oleh: FeedBurner