Eee PC – ASUS : Netbook Generasi Baru, Padat, Ringan dan Berkuasa
Saya tetiba tertarik dengan Netbook (bukan Notebook biasa tapi subnotebook) ciptaan Asus yang diberi nama Eee PC (sebutan Ii). Netbook berkuasa siri ini didatangkan dengan pelbagai jenis saiz skrin (7″, 8.9 ” dan 10.2″ inci) mengikut keperluan anda. Bagi saya, yang paling kecil dan nipis, produk itulah yang boleh memikat hati saya. EeePC menggunakan Intel Atom (senibina baru dalam papan induk mobile terutamanya untuk laptop / notebook). Mari kita analisis ciri-cirinya:
- Intel Atom N270 1.6Ghz
- OS: XP / Linux
- 1GB DDR2
- 80GB HDD
- 1.45 kg (Ringan)
- WiFi, Bluetooth, card reader, kamera web dan sebagainya.
- Harga: RM 2099
Boleh tahan spesifikasinya membuatkan saya mengidam dan berkeinginan ingin membeli produk tersebut.
Walau bagaimanapun, terdapat juga netbook keluaran dari syarikat lain. Semua netbook ini adalah bersaiz skrin tidak lebih dari 1o” :
- Acer Aspire One – Acer
- HP 2133 Mini Note – HP
- MSI Wind U100 – MSI
Pernah Guna Laptop Fujitsu
Dulu sekitar tahun 2002 – 2007 (5 tahun), saya pernah menggunakan laptop berjenama Fujitsu (C 91230). Laptop Fujitsu tersbut berkuasakan Intel Pentum III Mobile dan menggunakan platform Win XP Home sebagai sistem pengoperasian. Siapa menggunakan laptop pada awal 2002, kira paling hebat mana tak nya harga laptop masa tu RM 5000++.
Apapun laptop tu meninggalkan banyak kenangan pada saya sekitar pengajian peringkat diploma dan ijazah. Sekarang ni, saya menggunakan Pc berkuasakan AMD Athlon 64 Dual (5200+) 2.61 GHz yang dibeli pada awal bulan 8, 2007. Kad grafik pun boleh tahan la…
P/s: Manusia yang berfikiran kritikal dan logik lebih baik dari manusia yang pintar tapi biasa pada pemikirannya. ~Aku kata




Leave a Reply