Konsep Pembangunan Perisian Masa Depan: Pandangan Tokoh Ahli Sains Komputer

Written by alfarabius on Oct 20th, 2008 | Filed under: Info

Video di bawah merupakan pandangan peribadi tokoh ahli sains komputer, Dr. Ivar Jacobson berkaitan konsep pembangunan perisian masa hadapan. Mari kita ikuti wawancara tersebut:



 Isi Wawancara

Ivar Jacobson memberi pandangan bahawa pada masa hadapan konsep pembangunan perisian akan menjadi lebih fleksibel dan tidak terikat dengan mana-mana konsep atau bentuk-bentuk tertentu dalam menghasilkan sesebuah perisian.

Walaupun anda pengaturcara bersandarkan konsep Agile , Unified Process , SDL (Specification and Description Language) , eXtreme Programming , Scrum atau mana-mana konsep mana-mana sekalipun, pada masa hadapan konsep-konsep pembangunan tersebut boleh digabungkan dan seterusnya memudahkan kumpulan pembangun perisian melaksanakan tugas dengan jaya tanpa ada kengkangan dari mana-mana pengaturcara yang berlainan ideologi.

Ini akan memudahkan perisian atau sistem yang dibangunkan siap pada masanya dan menepati jadual.

Isu dalam Konsep Pembangunan Perisian

Sering kali berlaku perselisihan faham antara kumpulan pembangunan dan klien dalam memahami apa yang perlu / tidak dalam sesebuah projek. Pelbagai teknik dilakukan dalam fasa-fasa pembangunan bagi memenuhi keperluan klien sama ada mengadakan perbincangan berkali-kali dengan klien, menukarkan stail pengaturcaraan dari berorientasikan objek kepada berorientasikan kehendak klien dan mengagihkan tugas / bebanan kerja kepada vendor atau pihak luar dari kumpulan pembangunan (team development). Semua perkara tersebut dilakukan demi memastikan apa yang dibangunkan menepati apa yang dikehendaki oleh klien.

Mengikut pengalaman saya sepanjang menjadi pengaturcara dahulu, memenuhi kehendak klien merupakan cabaran paling utama untuk diselesaikan. Kehendak yang berterusan menjadi mimpi hitam dan igauan kepada pengaturcara bagi menyiapkan pengaturcaraan dalam masa yang ditetapkan.

Jika diteliti secara terperinci, masalah tersebut berlaku disebabkan klien mahukan sistem mengikut prosedur kerja yang sekian lama dilakukan, klien tidak memahami secara keseluruhan fungsi sistem, faktor umur dan sebagainya.

Penyelesaian

Bagi mengatasi isu di atas, saya mencadangkan kumpulan pembangunan / pengaturcara:

  1. Mengkaji dahulu konsep pembangunan apa yang paling sesuai dalam membangunkan sesebuah sistem (lihat pada faktor masa, wang ringgit, dan tenaga kepakaran).
  2. Menyediakan dokumen keperluan klien dan membawanya setiap kali dalam perbincangan dengan klien. Setelah selesai perbincangan pada fasa-fasa tertentu, minta klien tandatangan bagi memastikan kehendak mereka ada batasannya.
  3. Membahagikan tugas / modul pembangunan mengikut tahap kesukaran pengaturcaraan. Ini bagi memastikan semua kerja dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan

P/s: Saya agak sibuk sepanjang bulan September dan Oktober, terpaksa bertungkus lumus dalam menyediakan laporan projek dan viva. Apapun, web ini akan kembali menggegarkan arena blog tidak lama lagi.

P/s/s: Manusia selalu sangkakan masa lapang sebagai nikmat tetapi jika tidak dipenuhi dengan aktiviti yang boleh memberikan faedah kepada diri sendiri, alamatnya nikmat tersebut menjadi azab. ;) ~Aku kata



Leave a Reply

    Sila Masukkan Alamat
    Emel Anda Untuk
    Mendapatkan Artikel Blog ini
    Secara PERCUMA:

    Disediakan oleh: FeedBurner