pptPlex – Kelainan dan Keunikan dalam Layar Pembentangan Ms PowerPoint Anda
Video di atas adalah ‘preview’ atau pra tonton pengenalan kepada penggunaan pptPlex.
Baru-baru ini, kumpulan pembangunan makmal Ms Office 2007 telah melancarkan ‘add-on’ atau nilai tambah kepada perisian Ms PowerPoint 2007. Nilai tambah tersebut adalah layar pembentangan anda lebih organik pada kain kanvas, tampak profesional, mudah dikendalikan, ala ‘Flash Player‘, boleh di‘zoom’kan dan lebih menarik perhatian.
Kelainan dan Keunikan pada Pembentangan Anda
Para usahawan, pensyarah, penyelidik, pelajar dan penceramah motivasi adalah golongan yang selalu menggunakan Ms PowerPoint (.ppt) sebagai medium menyampaikan idea / modul pembelajaran / hasil penyelidikan / hasil projek akhir / kata-kata motivasi. Oleh itu, pptPlex merupakan penyeri kepada persembahan layar kepada klien anda.
Pemasangan dan Muatturun
Anda boleh memuatturun dari [sini]. Setelah muatturun, klik aplikasi (.exe) tersebut dan pptPlex secara automatik akan terpasang pada Ms PowerPoint 2007 (hanya untuk Ms Office 2007 sahaja). Klik ‘tab’ pptPlex untuk penggunaan dan klik Help – Video untuk contoh penggunaan. Selamat Mencuba
P/s: Kejayaan Bukan Datang kerana Tidak Pernah Salah atau Kalah, tetapi Memperbaiki Kesilapan dan Meningkatkan Daya Usaha dan Pemikiran untuk Kejayaan akan Datang ~aku kata


