Archive for July, 2008

Idea Projek Akhir Sarjana Muda Sains Komputer atau IT – Kejuruteraan Perisian

Written by alfarabius on Jul 22nd, 2008 | Filed under: Info, PSM

 Idea Projek Akhir Sarjana Muda Sains Komputer atau IT - Kejuruteraan Perisian

Dilema Projek Akhir

Projek akhir sarjana muda atau PSM merupakan penilaian tahun akhir bagi menguji seseorang graduan; adakah graduan tersebut mampu untuk dianugerahkan Sarjana Muda Sains Komputer atau IT sepanjang pengajian di IPTA atau IPTS. Mungkin bagi graduan peringkat diploma dipanggil Projek Akhir (jika salah sila beritahu :? ). Masing-masing bertungkus lumus dalam mencari apakah idea atau tajuk projek tersebut sebelum mencari Penyelia (Supervisor) yang sesuai.

Hadiah untuk Anda

Oleh itu, bonus untuk anda. Saya berbesar hati untuk menyenaraikan beberapa idea tajuk projek akhir mengikut bidang / pengkhususan:

1. Kejuruteraan Perisian :

Projek akhir lebih kepada pembangunan sistem dengan mengaplikasikan asas senibina pembangunan perisian (Model Waterfall, Rapid Prototyping, Agile, Iterative Development, UML Pattern, Component Based Development, Web Engineering , Service Oriented , Object Oriented dan sebagainya) atau menggabungkan beberapa teknologi lain seperti aplikasi SMS, WAP (Wireless Application Protocol, ThumbPrint Device (Pengecaman Cap Jari), RFID (Radio Frequency Identification), Bar Code Detection dan sebagainya.

Anda boleh menggunakan bahasa aturcara (C++, C #, .Net, Php, ASP, Ruby, WML, Web Services dan lain-lain) sekalipun pada sistem yang akan dibangunkan. Peringatan untuk anda, gunakan bahasa aturcara yang anda mahir supaya di kemudian hari kerja-kerja pembangunan menjadi senang. :D

Antara idea / projek yang boleh dibangunkan :

  1. Sistem Pengurusan Fail [syarikat kerajaan / swasta] atau eFilling System
  2. Sistem Pengurusan Akademik [jabatan / sekolah / fakulti]
  3. Sistem Aduan Awam [majlis perbandaran / kementerian]
  4. Portal Masjid atau Perpustakaan atau Majlis Perbandaran [tempat anda]
  5. Sistem Pengurusan Perumahan Awam [Majlis Bandaraya / Perbandaran]

Anda ada idea lain ? Bagus, teruskan dengan idea tersebut dan cuba kembangkan supaya lebih menarik.

P/s: Siri POST – Idea Projek Akhir Sarjana Muda Sains Komputer atau IT akan diteruskan pada post akan datang dengan bidang lain (Rangkaian, Bioinformatik, Sistem Maklumat, Grafik) ;)


Scribd.com – Sumber Dokumen / Artikel Percuma untuk Anda

Written by alfarabius on Jul 21st, 2008 | Filed under: Info

 

Scribd.com - Sumber Dokumen / Artikel Percuma untuk Anda

Scribd.com mirip kepada laman sesawang aplikasi interaktif (Web 2.0) seperti SlideShare.net (slide presentation .ppt) dan YouTube.com (video streaming .flv). Seribu satu dokumen (kebanyakan format .doc /.pdf / .chm / .ppt) boleh dibaca dan dimuatturun untuk kemudahan pengguna. Ini amat menakjubkan :D . Ilmu dan segala maklumat sama ada tips atau bahan ilmiah kajian boleh didapati hanya di hujung jari. Anda hanya perlu membaca dan menganalisis seterusnya menghadam ilmu tersebut untuk kepentingan bersama. ;)

Anda hanya perlu mendaftar sebagai ahli Scribd.com secara percuma dan mula menikmati ilmu tanpa sempadan. Di samping itu, terdapat juga beberapa ebook dikongsi bersama oleh beberapa ahli Scribd.com yang lain. Cepat jangan berlengah untuk mendaftar. Manalah tahu kemungkinan tajuk tugasan (Assignment), projek akhir, idea tajuk projek akhir, skrip drama, tutorial, koleksi tips diet, rawatan kanser, novel, emajalah, ebook percuma dan sebagainya; boleh anda dapatkan secara mudah dan cepat. :)

Scribd.com - Sumber Dokumen / Artikel Percuma untuk Anda

P/s: Everyone Think of Changing the World but No One Think of Changing Himself ~Leo Tolstoy


5 Kerjaya Pilihan Lepasan Graduan Sains Komputer dan IT

Written by alfarabius on Jul 18th, 2008 | Filed under: Kerjaya

 

5 Kerjaya Pilihan Lepasan Graduan Sains Komputer dan IT

Entri kali ini saya akan memperjelaskan 5 kerjaya / pekerjaan pilihan lepasan graduan sains komputer dan IT sama ada IPTA atau IPTS. Mengikut statistik dari Kementerian Pengajian Tinggi, bilangan graduan tersebut melebihi 25 000 orang dari tahun 2001 – 2007. Oleh itu, ramai di luar sana tertanya-tanya dan mempersoalkan apakah kerjaya graduan-graduan tersebut sedangkan pasaran kerja sekarang tidak menentu. :?

Mengikut laporan dari JobStreet.com [rujukan], pasaran kerja dalam industri IT, Komputer dan Pembangunan Sistem masih lagi mendapat 3 teratas selepas industri Pembuatan dan Elektronik.Ini menunjukkan bahawa peratus popular kerjaya graduan IT & Sains Komputer masih di tahap membanggakan. Mengikut artikel JobStreet.com tersebut, industri pembuatan dan elektronik juga memerlukan kepakaran dari bidang IT atau Komputer. Oleh itu, inilah fakta yang patut dibanggakan seterusnya menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada graduan IT dan Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian, Bioinfomatik, Grafik, Komputer Industri, Sains Maklumat dan sebagainya). :D

Berikut adalah 5 kerjaya / pekerjaan / jawatan pilihan lepasan graduan sains komputer dan IT :

1. Pengaturcara

Jawatan pengaturcara terdiri dari beberapa istilah contohnya (sumber dari JobStreet.com) Software Developer, Java Developer, .Net Expertise, Web Developer, Multimedia Programmer, Software Engineer (Electronic) dan sebagainya. Bakal pemohon jawatan tersebut perlulah mempunyai kemahiran satu atau dua bahasa aturcara. Anda tidak perlu mahir semua bahasa aturcara dan pemikiran logik serta algoritma perlu tinggi (soft skill pun kena mantap ;) ) untuk melepasi kelayakan dalam temuduga terutamanya syarikat swasta.

2. IT Eksekutif

Jawatan ini sesuai kepada lepasan graduan yang mahir dalam merekabentuk dan menganalisis sesebuah pembangunan sistem. Kemahiran berkomunikasi dan membuat keputusan amat penting kepada seorang bakal IT Eksekutif. Penampilan yang menarik dan mahir bahasa asing (bahasa Inggeris, Mandarin atau Jepun) merupakan bonus dan mempunyai peluang cerah dalam bidang kerjaya tersebut.

3. Jurutera Rangkaian

Lepasan graduan pengkhususan rangkaian adalah digalakkan memohon jawatan ini. Sijil kemahiran dari badan profesional seperti CCNA certificate, Linux Red Hat certificate, dan sebagainya amat diperlukan bagi mendapat tempat di syarikat multinasional (Petronas, Shell, PNB, Sime Darby dan Proton Holdings). Memasang rangkaian, router, switch, kabel  dan sebagainya pada sesebuah kawasan serta konfigurasi server di sesebuah syarikat adalah antara kerjaya sebagai jurutera rangkaian.

4. Perekabentuk Grafik, Multimedia dan Animasi

Graduan lulusan grafik dan multimedia perlulah mempunyai pemikiran kreatif dan kritis dalam merekabentuk grafik atau animasi. Sejak kebelakagan ini, industri animasi tempatan (Les Copaque – Ipin Upin atau MDC – Saladin.tv) semakin berkembang dan amat memerlukan graduan animasi, grafik dan multimedia. Mahir penggunaan perisian grafik (Adobe CS suite, Flash, MAYA, LightWave 3D dan sebagainya) dan mempunyai imaginasi yang tinggi melayakkan anda mendapat jawatan ini. ;)

5. Pegawai Teknologi Maklumat

Jawatan popular dalam kerajaan bagi graduan lepasan sains komputer dan IT ;) . Anda perlu memohon jawatan tersebut dari laman sesawang SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam). Memerlukan kemahiran berkomunikasi, menganalisis, bijak membuat keputusan dan bertindak dengan efisyen. Mengetahui asas-asas pengaturcaraan, rangkaian dan sistem maklumat.

P/s: Berusahalah di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Jangan menunggu masa dan tempat yang ideal :) ~Dr. Shukri Abdullah

Rujukan (Statistik Output Graduan IPTA dari 2001 – 2007) : [klik untuk muat turun]