ACM (Association for Computing Machinery) - Organisasi IT Terbesar

Written by alfarabius on Jul 29th, 2008 | Filed under: Organisasi

 ACM cartoon

ACM ditubuhkan di kota New York pada 1947 (Wikipedia). Asas kepada penubuhan tersebut adalah mengumpulkan saintis dan pakar dalam bidang pengkomputeran. Pada masa kini, fungsi ACM begitu meluas meliputi perkhidmatan pustaka digital (Digital Libarary), persidangan / seminar peringkat antarabangsa dan penyediaan draf kurikulum subjek IT kepada seluruh universiti dan kolej.

ACM sebenarnya terdiri dari beberapa gabungan kumpulan istimewa (Special Interest Groups aka. SIG) yang mempunyai kepakaran tertentu dalam bidang pengaturcaraan, rangkaian, senibina perisian dan sebagainya. Antara SIG tersebut adalah :

  1. SIGARCH: Computer Architecture
  2. SIGART: Artificial Intelligence
  3. SIGMOBILE: Mobility of Systems, Users, Data and Computing
  4. SIGSOFT: Software Engineering
  5. SIGKDD: Knowledge Discovery and Data Mining

dan pelbagai kumpulan lain. Anda juga berpeluang menjadi ahli ACM jika berdaftar dengan organisasi tersebut. Yuran yang cukup berpatutan dan segala keistimewaan sebagai ahli ACM amat menarik. Antaranya adalah akses secara percuma terhadap jurnal-jurnal dari pakar IT seluruh dunia dalam pelbagai bidang, dapat menghadiri persidangan IT bertaraf dunia dan berpeluang menyertai aktiviti menarik secara atas talian atau di lapangan. ;)

Lampiran Tentang ACM : [klik di sini]

Nota / Draf Kurikulum Subjek IT (cadangan) : [klik di sini]



Leave a Reply

    Sila Masukkan Alamat
    Emel Anda Untuk
    Mendapatkan Artikel Blog ini
    Secara PERCUMA:

    Disediakan oleh: FeedBurner