Idea Projek Akhir Sarjana Muda Sains Komputer dan IT - Rangkaian

Written by alfarabius on Jul 23rd, 2008 | Filed under: PSM

 Idea Projek Akhir Sarjana Muda Sains Komputer dan IT - Rangkaian

Aplikasi Teknologi Sedia Ada

Bertemu kembali dalam siri post-Idea Projek Akhir Sarjana Muda Sains Komputer dan IT. Entri kali ini khusus kepada graduan yang mengambil bidang / pengkhususan (major) Rangkaian atau Sistem Komputer. Merujuk kepada seorang pensyarah di bidang rangkaian (FSKSM,UTM), projek akhir bidang tersebut lebih kepada pembangunan sistem dengan menggunakan beberapa teknologi sedia ada seperti aplikasi SMS, protokol TCP/IP, pengecaman cap jari (thumbprint device) dan perkakasan asas perisian antivirus.

Enkripsi

Di samping itu, kajian tentang keberkesanan algoritma dalam sesuatu enkripsi juga digalakkan. Sama ada anda membuat perbandingan sesuatu paten enkripsi (encrypt, encode atau decode) atau membaiki prestasi konsep enkripsi tersebut. Jika masih lagi ragu, sila buat kajian terdahulu sama ada melalui jurnal atau Internet tentang sesuatu enkripsi. Bawa idea anda dan terus berjumpa dengan bakal Penyelia anda (Supervisor).

Bina Perisian yang Unik dan Berguna kepada Semua

Selain itu, anda juga digalakkan membangunkan perisian antivirus menggunakan algoritma atau paten berlainan (selain dari Signature virus tersebut, mungkin boleh HIBRID teknik indexing sesuatu fail atau struktur program tersebut melalui binari bit). Juga apa-apa aplikasi berkaitan Web 2.0 juga digalakkan dan lagi bagus (4 flat :) ) jika anda boleh membuat paten sendiri dalam Open Source sama ada perisian, rangkaian, pelayan (server - Free BSB) dan sebagainya.

Antara idea-idea Projek Akhir Sarjana Muda Sains Komputer dan IT - Rangkaian / Sistem Komputer adalah :

  1. Sistem Pemantauan Pelekat Kenderaan [menggunakan perkakasan PDA atau Handset - teknologi SMS atau .Net ]
  2. Kajian Keberkesanan Algoritma Enkripsi [cari sendiri ;) ]
  3. Perisian Anti Pornografi
  4. Perisian Pengecaman Anti Plagiat [dokumen .pdf, laman sesawang dan sebagainya]
  5. Penambah baikan Konsep dan Algoritma dalam [cari sendiri] - Open Source

P/s: Jika nak menjadi seorang yang Unik dan menjadi perhatian orang sekeliling, buktikan lah melalui Pencapaian anda. Oleh itu, Lipat gandakan Usaha anda kerana Lagi Cepat Anda Bertindak lagi Cepat Impian anda menjadi Realiti
~Firdaus-Harun.com



2 Responses to “Idea Projek Akhir Sarjana Muda Sains Komputer dan IT - Rangkaian”

  1. aku nk kongsi lak tajuk-tajuk Projek Tahun Akhir pelajar-pelajar tahun 4 di UNIMAS sesi 2007/08 di blog:
    http://finalyearproject-kamal.blogspot.com/

  2. thanx kamalfauzi ;)

Leave a Reply

    Sila Masukkan Alamat
    Emel Anda Untuk
    Mendapatkan Artikel Blog ini
    Secara PERCUMA:

    Disediakan oleh: FeedBurner