Idea Projek Akhir Sarjana Muda Sains Komputer atau IT - Kejuruteraan Perisian
Dilema Projek Akhir
Projek akhir sarjana muda atau PSM merupakan penilaian tahun akhir bagi menguji seseorang graduan; adakah graduan tersebut mampu untuk dianugerahkan Sarjana Muda Sains Komputer atau IT sepanjang pengajian di IPTA atau IPTS. Mungkin bagi graduan peringkat diploma dipanggil Projek Akhir (jika salah sila beritahu
). Masing-masing bertungkus lumus dalam mencari apakah idea atau tajuk projek tersebut sebelum mencari Penyelia (Supervisor) yang sesuai.
Hadiah untuk Anda
Oleh itu, bonus untuk anda. Saya berbesar hati untuk menyenaraikan beberapa idea tajuk projek akhir mengikut bidang / pengkhususan:
1. Kejuruteraan Perisian :
Projek akhir lebih kepada pembangunan sistem dengan mengaplikasikan asas senibina pembangunan perisian (Model Waterfall, Rapid Prototyping, Agile, Iterative Development, UML Pattern, Component Based Development, Web Engineering , Service Oriented , Object Oriented dan sebagainya) atau menggabungkan beberapa teknologi lain seperti aplikasi SMS, WAP (Wireless Application Protocol, ThumbPrint Device (Pengecaman Cap Jari), RFID (Radio Frequency Identification), Bar Code Detection dan sebagainya.
Anda boleh menggunakan bahasa aturcara (C++, C #, .Net, Php, ASP, Ruby, WML, Web Services dan lain-lain) sekalipun pada sistem yang akan dibangunkan. Peringatan untuk anda, gunakan bahasa aturcara yang anda mahir supaya di kemudian hari kerja-kerja pembangunan menjadi senang.
Antara idea / projek yang boleh dibangunkan :
- Sistem Pengurusan Fail [syarikat kerajaan / swasta] atau eFilling System
- Sistem Pengurusan Akademik [jabatan / sekolah / fakulti]
- Sistem Aduan Awam [majlis perbandaran / kementerian]
- Portal Masjid atau Perpustakaan atau Majlis Perbandaran [tempat anda]
- Sistem Pengurusan Perumahan Awam [Majlis Bandaraya / Perbandaran]
Anda ada idea lain ? Bagus, teruskan dengan idea tersebut dan cuba kembangkan supaya lebih menarik.
P/s: Siri POST - Idea Projek Akhir Sarjana Muda Sains Komputer atau IT akan diteruskan pada post akan datang dengan bidang lain (Rangkaian, Bioinformatik, Sistem Maklumat, Grafik) ![]()




sekarang, aku pn sibuk membangunkan projek tahun akhir. aku buat restaurant service using PDA. untuk rujukkan aku sertakan blog FYP aku:
http://finalyearproject-kamal.blogspot.com/
kepada sesiapa yang tidak mempunyai tajuk untuk projek tahun akhir, boleh la rujuk di blog nie. nanti aku akan sentiasa mengemaskini blog nie untuk rujukan semua.
kamalfauzi:
http://finalyearproject-kamal.blogspot.com/
hye..nk tny skit psl sistem pngurusn perumahan awam tu..
apa s/w nk guna ye?GIS application ke?
thanx for coming…
sistem pngurusan awam tu lebih kepada menguruskan penempatan org awam kepada perumahan awm je…sistem GIS leh je intgrate tp kena ‘power’ skit r skill
kepada student yang ada masalah dalam bidang programming atau ingin membina sistem tetapi tersangkut, boleh lah menghubungi saya di talian ym : amaida_fantasy subject: student U
saya mempunyai pengalaman dalam bidang programming php mysql selama 5 tahun. sistem anda akan siap dalam tempoh seminggu.
sekian
[…] Recent public urls tagged “sains” → Idea Projek Akhir Sarjana Muda Sains Komputer atau IT … […]