Model OSI – Peringkat Asas Lapisan Dalam Rangkaian (Network)

Written by alfarabius on Jul 15th, 2008 | Filed under: Rangkaian

osi-model.JPG

Model OSI (Open System Interconnection) merupakan beberapa lapisan protokol dalam sesebuah rangkaian. Sama ada rangkaian setempat (LAN), bandar (WLAN) atau metropolitan (MLAN), semuanya berasaskan lapisan model OSI. Lapisan model tersebut telah diiktiraf oleh badan standard antarabangsa iaitu ISO (Interantional Standard Organization) pada tahun 1974. ISO merupakan badan multinasional yang ditugaskan mengiktiraf segala usaha terbuka untuk kepentingan sejagat.

Asas Lapisan Model OSI

Terdapat 7 lapisan utama dalam model OSI:

  1. Physical : Lapisan paling asas dalam sesebuah rangkaian. Asas komunikasi menggunakan kombinasi bit (0 dan 1) dan bergerak dari satu node(PC atau peranti komunikasi lain) ke node yang lain.
  2. Data Link : Kerangka kombinasi bit dan bergerak dari satu hope (perhentian sesebuah node) ke hope yang lain.
  3. Network : Kombinasi beberapa kerangka dalam sesebuah paket (packet) dan berkomunikasi antara source host dan destination host.
  4. Transport : Penghantaran mesej iaitu komunikasi secara terus antara sesuatu proses dengan proses yang lain (Rangkaian PC anda dengan PC kawan anda).
  5. Session : Isytihar, urus dan padam segala komunikasi dalam rangkaian.
  6. Presentation : Menterjemah dan mengenkripsi maklumat atau data yang dihantar dari sebuah PC ke PC yang lain.
  7. Application : Lapisan paling atas. Membenarkan sesebuah rangkaian berkomunikasi antara satu sama lain.

P/s:  Rancanglah masa depan anda kerana di situlah anda akan menghabiskan hidup anda. ~Dr. Shukri Abdullah



2 Responses to “Model OSI – Peringkat Asas Lapisan Dalam Rangkaian (Network)”

  1. bagaimana menghantarkan mesej ke PC 2 PC

  2. Punitha : Pelbagai cara boleh digunakan jika PC / Lptop anda menggunakan persekitaran OS Windows dgn menggunakan command prompt :

    Untuk menghantar mesej anda perlu buka perisian Notepad di Start > All Programs > Accesories > Notepad dan taip spt berikut:

    @echo off
    :A
    Cls
    echo MESSENGER
    set /p n=User:
    set /p m=Message:
    net send %n% %m%
    Pause
    Goto A

    Now save this as “Messenger.bat”. Open the .bat file and in Command Prompt you should see:

    MESSENGER
    User:

    After “User” type the IP address of the computer you want to contact.
    You should see this:

    Message:

    Now type in the message you would like to send.
    Before you press “Enter” it should look like this:

    MESSENGER
    User: 182.100.100.100
    Message: Hi

    Now press “Enter”, and start chatting!

    Rujukan dari : http://hackcraft.wordpress.com/2006/06/14/command-prompt-chat/

Leave a Reply