Archive for June, 2008

IPTV – Menonton TV Melalui Internet

Posted on the June 19th, 2008 under Info by

IPTV dan Perkembangan Terkini di Malaysia

IPTV atau dikenali sebagai ‘Internet Television’ merupakan teknologi menonton televisyen secara digital melalui protokol Internet. Pengguna yang melanggan sesuatu program pada sesebuah syarikat penyiaran awam (RTM) atau swasta (TV3, NTV7, Nat Geo dan sebagainya) melalui aplikasi web yang menyediakan IPTV. Kebanyakan IPTV di Malaysia lebih kepada VOD (Video On Demand) iaitu melanggan sesuatu pakej (seperti Maxis Mobile TV, Maxis Broadband, BlueHyppo TM, Digi Mobile TV) dan pengguna boleh menonton bila-bila masa selagi ada sambungan Internet (3G, HSDPA atau WiFi).

Teknologi IPTV

Teknologi terkini dalam paparan video atau grafik yang dikenali sebagai teknologi berdefinisi tinggi (High Definition) menjadi cabaran kepada sesetengah penyedia IPTV. Oleh itu, kelajuan 1.4Mbps pada waktu bukan kemuncak (awal pagi di Malaysia) memang tidak menjadi masalah menonoton IPTV tetapi itu bukanlah masa sesuai pengguna ‘berjaga’ semata-mata untuk menonton TV (Muat turun cerita kegemaran adalah dua konsep yang berbeza ;) ). Kelajuan teknologi 3G dengan menggunakan telefon bimbit sebagai perantara IPTV kurang memuaskan kerana kualiti penyiarannya kurang jelas. :(

IPTV VS Video Streaming

IPTV lebih kepada menonton rancangan atau program yang disiarkan di TV tetapi boleh dilanggan atau ditonton melalui Internet. Manakala Video Streaming lebih kepada menonton (atau boleh memuat turun) video kegemaran tentang apa perkara sekalipun sama ada drama, animasi, lawak, rakaman spontan dan sebagainya. Aik…lebih kurang je istilahnya… :?

P/s:Tahniah kepada Pelajar-pelajar yang baru (lepasan Matriks dan SPM) mendapat tawaran ke IPTA/IPTS dalam kos Sains Komputer atau Teknologi Maklumat (termasuklah Kejuruteraan Perisian, Bioinformasi, Teknologi Rangkaian) pada sesi 2008/2009 semester 1.

Webinar – Penyelesaian Seminar Jarak Jauh Tanpa Batasan

Posted on the June 18th, 2008 under Info by

Definisi Webinar

Web Seminar atau Webinar atau Web Conferencing masih menjadi trend IT terbaru dalam dunia ICT hari ini. Webinar adalah pakej aplikasi lengkap dalam menyediakan mesyuarat atau pembentangan maya secara atas talian. Oleh itu, peserta persidangan seminar (Webinar) adalah individu yang berdaftar dengan sesebuah organisasi secara atas talian (online) dan menggunakan komputer peribadi (PC) sebagai medium perhubungan antara peserta persidangan yang lain dan pembentang (speaker). Komunikasi satu-hala ini menyediakan audio, video dan helaian elektronik (slide presentation, jurnal or any references).

Sejarah Webinar

Sejarah Webinar bermula dengan pada awal 90-an di mana aplikasi IRC (Internet Relay Chat) merupakan medium asas perbincangan melalui paparan teks. Sehinggalah pada bulan Mei 1998, Eric R. Korb adalah individu yang bertanggungjawab memperkenalkan Webinar dan ComLinx, LLC (syarikat kepunyaan Eric R. Korb) telah menerima ‘trademark’ berdaftar untuk konsep webinar tersebut. Pada tahun 1997 pula, StarLive merupakan aplikasi komersial pertama yang menyediakan konsep persidangan secara maya. Tekonologi MPEG-1, RealVideo serta aplikasi sembang maya digunakan dalam aplikasi StarLive tersebut. Kini, CISCO menyediakan WebEx iaitu aplikasi persidangan paling efisien sehinggakan berjuta-juta pengguna / peserta dapat bersidang serentak dari seluruh dunia.

Ciri-ciri Webinar

1. Slide Presentation (selalunya menggunakan Mic. Office PowerPoint)
2. Paparan Video siaran langsung
3. VOIP (Voice Over Internet Protocol)
4. Lawatan Web (Hanya memasukkan URL tertentu untuk kajian dan perbincangan)
5. Papan Putih (Whiteboard dari PowerPoint)
6. Undian dan Pemerhatian (Poll dan Survey)
7. Bual bicara maya (Chat)

Sumber Rujukan : Wikipedia dan Webopedia

P/s: Nak konsisten diri dengan motivasi adalah selalu imaginasikan atau visualisasikan impian dan matlamat anda setiap hari sama ada melalui video, gambar atau perkataan. ~Firdaus-Harun.com

Video – Uniknya Pelancaran Windows Vista

Posted on the June 12th, 2008 under Peristiwa,Umum by

Dari Longhorn kepada Vista

Ketika Bill Gates mengumumkan pelancaran OS baru (masa tu diberi nama LONGHORN sebelum dinamakan Vista) yang akan menggantikan Windows XP pada Julai 2005, industri ICT menerima suatu kejutan besar dan pengguna Win XP tertanya-tanya apakah ciri-ciri OS baru kali ini. Sehinggalah pada November 2006, Microsoft selesai menyiapkan sepenuhnya pembangunan OS baru tersebut (Vista) dan kemudian dijual secara besar-besaran di seluruh dunia pada Januari – Julai 2007 dan sehinggalah sekarang. Anda pengguna Vista atau Win XP SP2? :?

Formasi Unik – ‘Orang Gantung di Dinding’

Walau bagaimanapun, entri blog kali ini bukanlah hendak memaparkan latar belakang Vista tapi lebih kepada paparan video pelancaran Vista tersebut di US. Uniknya pelancaran tersebut adalah menggunakan ‘orang gantung’ di dinding dan membuat formasi yang menarik sebagai strategi pemasaran. Selamat menikmati video tersebut. Sekadar ingin berkongsi. :D

P/s: Pada Mac 2008, Windows Vista Service Pack 1 telah dikeluarkan secara rasmi. Lebih sekuriti, terjamin dan keserasian dengan komponen lain bertambah (More compatible ;) Percayalah). Vista sebelum ini agak menyukarkan sebahagian pengguna PC kerana kebanyakan komponen yang sepatutnya berfungsi pada Win XP tetapi tidak serasi dengan Vista without Service Pack