Written by alfarabius on Jun 24th, 2008 | Filed under:
Info
Tidak dinafikan, syarikat gergasi ICT seperti Microsoft sanggup melaburkan berjuta-juta ringgit dalam penyelidikan teknologi baru atau memperkuatkan teori-teori akademik yang sedia ada supaya apa yang diimaginasikan menjadi realiti. Merujuk kepada laman web Microsoft Research Asia Lab, sehingga kini terdapat 6 pejabat utama Microsoft [(Klik Di sini] untuk Maklumat Lanjut) yang menumpukan hanya dalam bidang penyelidikan berkaitan ICT dan sains komputer. Para staf dan penyelidik Microsoft Research Asia Lab terdiri daripada ahli akademik, pengaturcara berpengalaman yang mempunyai minat yang mendalam, serta pelajar-pelajar serata dunia (Master dan PhD).
Peluang yang diberikan pihak Microsoft kepada sesiapa individu yang berminat dan mempunyai kemahiran Bahasa Aturcara C++, C# serta memahami platform .Net adalah layak untuk memohon
. Anda layak mengikuti program-program penyelidikan Microsoft sama ada secara persendirian atau berkumpulan. Antara program tersebut adalah seperti berikut :
- Sepenuh Masa (Full Time): Menjadi sebahagian dari warga Microsoft
- Mentor-memtee (Fellowship): Menjadi penasihat atau duduk semeja dengan para penyelidik
- Jangkamasa Tertentu (Internship): Program 3-6 bulan atau 1 tahun di Microsoft Research Asia Lab
Pejabat penyelidikan Microsoft di asia adalah di Beijing, China.
Antara program atau bidang penyelidikan yang dijalankan di Microsoft Research Asia Lab adalah :
- Natural User Interface
Penyelidikan berkaitan mekanisme komunikasi secara semulajadi antara mesin dan manusia. Ini termasuklah teknologi pengecaman suara manusia dari bunyi suara (analog) kepada maklumat yang difahami oleh komputer (digital), mesin berkebolehan belajar dan membuat keputusan sendiri tanpa bantuan (kepintaran buatan), dan memperkasakan lagi prestasi sesebuah perisian.
- Next Generation Multimedia
Menjangkakan konsep multimedia pada masa hadapan. Menyediakan platform yang sesuai dan perkakasan yang berkuasa bagi menampung arus teknologi pada masa akan datang sama ada untuk digunakan pada telefon bimbit (handaphone), PDA (Personal Digital Assistant) dan komputer peribadi (PC).
- Data Intensive Computing
Menumpukan kepada teknologi rangkaian sama ada pada konsep jalur lebar (broadband), akses Internet tanpa wayar (WiFi) dan topologi rangkaian (Ring, Star atau Mesh) dalam sesebuah kawasan. Mengkaji kaedah atau metod yang sesuai dalam menterjemahkan pelbagai maklumat pada permukaan yang kecil dan ringkas seperti paparan Internet atau eLearning atau peta kawasan ( Global Positioning System – GPS ) di telefon bimbit.
- Search And On-line Ads
Memfokuskan kepada perlombongan data (Data Mining) iaitu kepintaran buatan dalam mencari maklumat atau data yang berkaitan antara satu sama lain tanpa mencari secara manual.
- CS Fundamental
Penyelidikan berkaitan Komputer Grid (Grid Computing) dan Komputer Teragih (Distributed Computing) di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Microsoft Research Asia Lab
P/s:Gagal sekali tidak bererti gagal selamanya. Berani gagal adalah langkah pertama sebelum juara menikmati kejayaannya
Written by alfarabius on Jun 23rd, 2008 | Filed under:
Peristiwa
WWW2008 atau 17th International World Wide Web Conference merupakan persidangan antarabangsa tahunan yang membincangkan teknologi web pada masa hadapan, kajian-kajian terbaru industri web dari seluruh organiasasi sama ada syarikat swasta atau institusi pengajian bertaraf 5 bintang, serta membincangkan beberapa idea atau konsep baru dalam dunia Internet masa kini iaitu Social Networking (Friendster, FaceBook), Web 2.0 dan RichMedia. Tahun ini, persidangan www2008 diadakan di Beijing, China sebagai meraikan negara China sebagai tuan rumah Olimpik 2008 pada 08-08-08 ini.
Di bawah merupakan serba sedikit maklumat berkaitan www2008 :
Tarikh Persidangan : 21-25 April 2008
(Dah lepas)
Tempat : Beijing International Convention Centre
Anjuran :
- Microsoft Research Asia
- Peking University
- Tsinghua University
- Chinese Academy of Sciences, Hong Kong University of Science and Technology (HKUST)
Antara tokoh-tokoh dunia ICT dan ahli-ahli akademik yang hadir :
* Dr. David G. Belanger – AT&T Labs Chief Scientist, Information & Software Systems Research V.P., AT&T Labs
* Sir Tim Berners-Lee – Director, World Wide Web Consortium
* Dr. Harry Shum – Corporate Vice President, Microsoft
* Dr. Kai-Fu Lee – Vice President of Engineering, Google
* Mr. Robin Li – CEO of Baidu
* Dr. Hsiao-Wuen Hon – Managing Director, Microsoft Research Asia
* Dr. William Chang, Chief Scientist, Baidu
* Dr. Andrei Broder, Vice President for Computational Advertising, Yahoo!
Wow, :O
P/s: Teringin juga nak bertemu tokoh-tokoh atau taikun dunia IT ni.
Tahun depan, WWW2009 akan diadakan di Madrid, Sepanyol.
WWW2008 – Satu Dunia, Satu Laman Sesawang (Web)
Written by alfarabius on Jun 20th, 2008 | Filed under:
Motivasi,
Tips

Semester 1 bagi sesi 2008/2009 akan menjelma tidak lama lagi. Keterujaan dan kegembiraan dalam meniti usia di kampus bersama-sama kawan sekuliah jelas terpancar di muka masing-masing. Lebih-lebih lagi bagi bakal pelajar tahun akhir pada semester akan datang. Maka bermulalah perjuangan menentukan sama ada kita bergraduasi tepat pada masanya
atau sangkut di perhentian ilmu
. Apapun, sebagai seorang ‘senior’
dalam lapangan ilmu sains komputer dan IT, saya akan berkongsi dengan anda beberapa tips mencari idea tajuk projek akhir.
Tips dan Langkah-langkah Mencari Idea Tajuk Projek Akhir (khas kepada pelajar Sains Komputer dan IT) yang Berkualiti :
- Senaraikan apa-apa tajuk projek akhir di minda anda (sekurang-kurang 5 tajuk). Cari kebaikan dan kelemahan setiap idea tajuk tersebut. Pilih 3 tajuk projek terbaik (ikut kemampuan anda) tersebut dan kembangkan setiap tajuk dengan menggunakan Peta Minda (Mind Map) dengan subtopik seperti objektif projek, tujuan, skop, dan perisian/perisian.
- Segera berjumpa atau melantik dengan sendiri penyelia (Supervisor) projek anda yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu di kalangan pensyarah di fakulti anda. Buat temujanji dan berbincang dengan pensyarah tentang pra tajuk projek akhir anda. Catit segala idea-idea yang diberikan olehnya.
- Pilih satu tajuk yang terbaik setelah berbincang dengan penyelia anda. Pastikan tajuk tersebut ejaan yang tepat dan tidak terlalu panjang.
- Segera membuat penyelidikan dan kajian tentang tajuk tersebut sama ada anda berkemampuan buat atau tidak plagiat tajuk/hasil projek pelajar lain. Jika kebetulan tajuk anda sama dengan pelajar lain atau projek tersebut telah siap, segeralah memperbaiki tajuk anda tersebut (Pilih senarai yang ke 2 dari 3 pilihan terbaik yang anda telah buat). Lagi cepat anda bertindak, semuanya kerja menjadi mudah.
- Membuat draf segala kerja laporan projek akhir anda dan keraplah berjumpa dengan penyelia. Sentiasa membuat pelan perancangan (backup plan) supaya projek akhir anda tidak hilang begitu sahaja (Contohnya, sentiasa menyimpan atau mengemaskini draf projek akhir anda di dalam ‘Pendrive’ atau di bahagian ‘drive’ lain).
- Sentiasa memperbaiki draf projek akhir tersebut jika terdapat kesilapan setelah disemak oleh penyelia supaya anda tidak lupa bahagian mana yang perlu diedit.
P/s: Entri akan datang, saya nak dedahkan bagaiman mahu memperolehi idea tajuk projek akhir dengan mudah tanpa memeningkan kepala sama ada bertanyakan pensyarah, kawan-kawan atau pelajar senior.