Archive for June 27th, 2008

Tips Asas Rangkaian Tanpa Wayar di Rumah atau Pejabat Mini

Posted on the June 27th, 2008 under Info by

Anda baru membeli laptop atau PC dan berminat untuk melayari Internet tetapi anda tidak tahu bagaimana mahu untuk memulakannya :? . Usah risau, entri kali ini akan memperkatakan secara ringkas pemasangan PC/Laptop ke sambungan Internet dengan mudah dan murah. Sebagai permulaan, anda perlu mengenal pasti perkakasan tanpa wayar mana yang sesuai sama ada modem yang berasingan (separate modem) atau router tanpa wayar (Wireless Router) atau anda mahu kedua-duanya dalam satu pakej perkakasan.

Teknologi Tanpa Wayar 802.11x

Untuk pengetahuan anda, terdapat 4 jenis standard dalam teknologi tanpa wayar hari ini iaitu 802.11a, b,g dan draft-n. Anda tidak perlu risau dengan kod standard tersebut. Sebagai makluman, semakin rendah abjad kod standard tersebut, semakin tinggi kelajuan sambungan ke Internet. Walau bagaimanapun, 802.11g sudah memadai dengan keperluan anda pada hari ini.

PCMCIA Card dan USB Wireless Adapter

Selain itu, sesetengah PC spesifikasi terkini sudah menyediakan perkakasan tanpa wayar dan selalunya sudah terbina dalam (built-in) pada laptop berjenama pada hari ini. Bagi sesetengah PC atau laptop yang tidak mempunyai teknologi tanpa wayar, anda boleh menyambungkan kad pintar akses tanpa wayar seperti PCMCIA card atau menggunakan USB Wireless Adapter. Anda boleh dapatkannya di kedai komputer berhampiran. Cuma pasang, instalasi perisian perkakasan dan akses Internet. Sungguh mudah dan cepat.

Peringatan

Apabila selesai memasang perkakasan tersebut, pastikan anda boleh melayari terus ke Internet. Pada pengguna atau pelanggan Modem Jalur Lebar (Wireless Broadband), pastikan perisian FireWall PC/laptop anda tidak menghalang port sambungan ke Internet. Peringatan kepada pengguna yang menggunakan Router Tanpa Wayar (Wireless Router), pastikan anda mensetkan Wired Equivalent Privacy (WEP) atau username dan password supaya sambungan Internet anda tidak digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kebanyakkan pengguna lupa menentukan kata laluan tersebut.

Sekali lagi Diingatkan

Jika perkara tersebut diabaikan, maka ada pihak sewenang-wenangnya menggunakan saluran percuma tersebut untuk memuat turun secara ekstrem (Torrent Download ;) ). Sekali lagi diingatkan, ketika ribut atau kilat sambar menyambar, elakkan atau matikan suis dari terus menggunakan perkakasan tanpa wayar tersebut. Ini akan mengakibatkan kerosakan (short circuit) pada perkakasan tersebut. Selamat Melayari Internet dengan Selamat dan Cermat. :)