Video - Skrin Laptop Berbilang Sentuhan (Multi-Touch Screen Laptop)
Saya teruja melihat hasil kajian dari kumpulan penyelidik dari Microsoft Research, Cambridge ini. Skrin berbilang sentuhan di skrin laptop ini menggunakan OS Windows Vista mampu menggerakkan objek di skrin menggunakan ke semua jari anda. Wow, teknologi sedia ada hanya menerima input satu sentuhan atau single touch screen di skrin sama ada di laptop(model tertentu) atau PDA. Ini hanya teknologi prototaip sahaja yang menggabungkan prinsip kejuruteraan elektronik dan sains komputer serta belum lagi dikomersialkan. Mari kita saksikan bersama kecanggihan teknologi ini.



Wow hebat…kapan ya saya memiliki laptop sehebat itu…
Salam dari Bogor Indonesia…