Microsoft Research Asia Lab - Pusat Kecemerlangan Inovasi Dunia IT

Written by alfarabius on Jun 24th, 2008 | Filed under: Info

Tidak dinafikan, syarikat gergasi ICT seperti Microsoft sanggup melaburkan berjuta-juta ringgit dalam penyelidikan teknologi baru atau memperkuatkan teori-teori akademik yang sedia ada supaya apa yang diimaginasikan menjadi realiti. Merujuk kepada laman web Microsoft Research Asia Lab, sehingga kini terdapat 6 pejabat utama Microsoft [(Klik Di sini] untuk Maklumat Lanjut) yang menumpukan hanya dalam bidang penyelidikan berkaitan ICT dan sains komputer. Para staf dan penyelidik Microsoft Research Asia Lab terdiri daripada ahli akademik, pengaturcara berpengalaman yang mempunyai minat yang mendalam, serta pelajar-pelajar serata dunia (Master dan PhD). ;)

Peluang yang diberikan pihak Microsoft kepada sesiapa individu yang berminat dan mempunyai kemahiran Bahasa Aturcara C++, C# serta memahami platform .Net adalah layak untuk memohon :D . Anda layak mengikuti program-program penyelidikan Microsoft sama ada secara persendirian atau berkumpulan. Antara program tersebut adalah seperti berikut :

  1. Sepenuh Masa (Full Time): Menjadi sebahagian dari warga Microsoft
  2. Mentor-memtee (Fellowship): Menjadi penasihat atau duduk semeja dengan para penyelidik
  3. Jangkamasa Tertentu (Internship): Program 3-6 bulan atau 1 tahun di Microsoft Research Asia Lab

Pejabat penyelidikan Microsoft di asia adalah di Beijing, China.

Antara program atau bidang penyelidikan yang dijalankan di Microsoft Research Asia Lab adalah :

  1. Natural User Interface
  2. Penyelidikan berkaitan mekanisme komunikasi secara semulajadi antara mesin dan manusia. Ini termasuklah teknologi pengecaman suara manusia dari bunyi suara (analog) kepada maklumat yang difahami oleh komputer (digital), mesin berkebolehan belajar dan membuat keputusan sendiri tanpa bantuan (kepintaran buatan), dan memperkasakan lagi prestasi sesebuah perisian.

  3. Next Generation Multimedia
  4. Menjangkakan konsep multimedia pada masa hadapan. Menyediakan platform yang sesuai dan perkakasan yang berkuasa bagi menampung arus teknologi pada masa akan datang sama ada untuk digunakan pada telefon bimbit (handaphone), PDA (Personal Digital Assistant) dan komputer peribadi (PC).

  5. Data Intensive Computing
  6. Menumpukan kepada teknologi rangkaian sama ada pada konsep jalur lebar (broadband), akses Internet tanpa wayar (WiFi) dan topologi rangkaian (Ring, Star atau Mesh) dalam sesebuah kawasan. Mengkaji kaedah atau metod yang sesuai dalam menterjemahkan pelbagai maklumat pada permukaan yang kecil dan ringkas seperti paparan Internet atau eLearning atau peta kawasan ( Global Positioning System - GPS ) di telefon bimbit.

  7. Search And On-line Ads
  8. Memfokuskan kepada perlombongan data (Data Mining) iaitu kepintaran buatan dalam mencari maklumat atau data yang berkaitan antara satu sama lain tanpa mencari secara manual.

  9. CS Fundamental
  10. Penyelidikan berkaitan Komputer Grid (Grid Computing) dan Komputer Teragih (Distributed Computing) di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Microsoft Research Asia Lab

P/s:Gagal sekali tidak bererti gagal selamanya. Berani gagal adalah langkah pertama sebelum juara menikmati kejayaannya ;)



Leave a Reply

    Sila Masukkan Alamat
    Emel Anda Untuk
    Mendapatkan Artikel Blog ini
    Secara PERCUMA:

    Disediakan oleh: FeedBurner