Video - Uniknya Pelancaran Windows Vista

Written by alfarabius on Jun 12th, 2008 | Filed under: Peristiwa, Umum

Dari Longhorn kepada Vista

Ketika Bill Gates mengumumkan pelancaran OS baru (masa tu diberi nama LONGHORN sebelum dinamakan Vista) yang akan menggantikan Windows XP pada Julai 2005, industri ICT menerima suatu kejutan besar dan pengguna Win XP tertanya-tanya apakah ciri-ciri OS baru kali ini. Sehinggalah pada November 2006, Microsoft selesai menyiapkan sepenuhnya pembangunan OS baru tersebut (Vista) dan kemudian dijual secara besar-besaran di seluruh dunia pada Januari - Julai 2007 dan sehinggalah sekarang. Anda pengguna Vista atau Win XP SP2? :?

Formasi Unik - ‘Orang Gantung di Dinding’

Walau bagaimanapun, entri blog kali ini bukanlah hendak memaparkan latar belakang Vista tapi lebih kepada paparan video pelancaran Vista tersebut di US. Uniknya pelancaran tersebut adalah menggunakan ‘orang gantung’ di dinding dan membuat formasi yang menarik sebagai strategi pemasaran. Selamat menikmati video tersebut. Sekadar ingin berkongsi. :D

P/s: Pada Mac 2008, Windows Vista Service Pack 1 telah dikeluarkan secara rasmi. Lebih sekuriti, terjamin dan keserasian dengan komponen lain bertambah (More compatible ;) Percayalah). Vista sebelum ini agak menyukarkan sebahagian pengguna PC kerana kebanyakan komponen yang sepatutnya berfungsi pada Win XP tetapi tidak serasi dengan Vista without Service Pack



2 Responses to “Video - Uniknya Pelancaran Windows Vista”

  1. erm…unik… berapa la kos mereka melabur? tp mmg da very great idea la….

  2. xtahula berapa…jika dah satu dunia nak dipasarkan..mahu berbilion gak promosinya..

Leave a Reply

    Sila Masukkan Alamat
    Emel Anda Untuk
    Mendapatkan Artikel Blog ini
    Secara PERCUMA:

    Disediakan oleh: FeedBurner