Microsoft Silverlight - Perisian Baru Bangunkan Aplikasi Web Interaktif

Microsoft cuba menjadi pesaing dalam aplikasi pemain animasi, audio dan video kepada syarikat Adobe Flash, Sun Microsystem dan Apple. Mengikuti perkembangan arus terkini dalam web, maka Microsoft perkenalkan salah satu perisian yang menyokong kepada aplikasi (plugin) tersebut. Mari kita kenal sedikit latar belakang produk terbaru ini
- Dibangunkan pada : April 2007
- Kemaskini terbaru pada : April 2008
- Bahasa Aturcara : C++ dan C#
- Genre : Kerangka Aplikasi Web (Framework Application Web)
- Maklumat Lanjut : Klik Microsoft Silverlight
Dengan plugin terbaru ini, maka platform .Net akan menjadi lebih berkuasa dan fleksibel. Ini kerana kerangka sedia ada perlu berintegrasi dengan platform dari lain seperti Adobe Shockwave, JavaFx dan Apple Quick Time. Teknologi sokongan menggunakan bahasa XAML (eXtensibel Application Markup Language) dan Javascript mampu menyokong pergerakan animasi, kelancaran video dan audio ke tahap optimum. Paparan teks yang dihasilkan dalam animasi atau video lebih mudah dicari secara indeks. Di samping itu, para pengaturacara boleh membangunkan ‘Widgets Sidebar’ untuk Windows Vista. Menarik kan…
P/s: Kegagalan sentiasa membuka peluang untuk berjaya manakala kejayaan sentiasa terdedah untuk kembali gagal
~Dr. HM Tuah



Leave a Reply