Archive for June 10th, 2008

30 Minit Sehari – Fahami dan Latih Tubi Kod Aturcara yang Anda Mahu Kuasai

Written by alfarabius on Jun 10th, 2008 | Filed under: Tips


Menarik kan tajuk di atas ? Hehe… :D .Inilah cara saya yang saya amalkan sejak dulu lagi untuk menguasai pengaturcaraan. Sesetengah pelajar berkata, ‘coding ni susah lah…’, ‘orang BRILLIANT je yang boleh buat’ dan ”Serahkan je pada yang expert’. Itulah hakikat sesetengah kepada pelajar atau graduan Sains Komputer / IT padahal mereka dituntut menguasai kemahiran pengaturcaraan dalam bahasa aturcara apa sekalipun. Boleh dikatakan, kesemua bahasa aturcara mempunyai konsep yang hampir serupa dari segi :

  1. deklarasi pernyataan pemboleh ubah (variable declaration)
  2. ulangan / keputusan berbilang (looping)
  3. pernyataan aritmetik (arithmetic operation)

cuma berbeza dari segi :

  1. peraturan bahasa (syntax / rules)
  2. pengurusan memori (memory management)
  3. atau keadah yang digunakan sama ada secara struktur, berorientasikan objek atau aspek serta berorientasikan paten atau pengawal MVC (Model-View-Controller)

Oleh itu, dengan 30 minit sehari anda boleh mencuba kemahiran mengaturcara dengan:

  1. Membeli buku (sama ada BM atau English – ikut keupayaan) berkaitan bahasa aturcara yang anda ingin pelajari. Cari buku yang berkonsepkan langkah kerja mengikut sesebuah topik. Cari maklumat di Internet merupakan alternatif kepada anda.(Youtube.com dan Google)
  2. Mulakan segera dengan memahami dari permulaan bab. Jangan putus asa dan setkan minda bahawa anda pasti boleh menguasai bahasa tersebut. Instalasi perisian yang dikehendaki (pengkompil – Compiler Software) untuk memudahkan kerja pengekodan.
  3. Lihat hasilnya. Pasti anda bangga dengan usaha sedikit tersebut walaupun anda luangkan masa sebanyak 30 minit sehari. ;)

P/s: Yang nak berjaya kita yang tentukan, paksa diri untuk menggapai segala yang diimpikan ~Firdaus-Harun.com