Archive for June 7th, 2008

CIO vs CEO – Kepakaran yang Perlu Diintegrasikan

Written by alfarabius on Jun 7th, 2008 | Filed under: Info

Bertemu kembali, setelah pulang dari kampung, barulah saya berpeluang untuk menulis. Entri kali ini saya mendedahkan kepada anda peranan dan masalah yang selalu dihadapi oleh kedua-dua jawatan tertinggi dalam sesebuah organisasi iaitu :

  1. CEOChief Executive Officer – Ketua Pegawai Eksekutif
  2. CIOChief Information Officer – Ketua Pegawai Informasi

Dalam sesebuah organisasi yang besar, kedua-dua jawatan terbesar di atas selalunya menghadapi dilema dalam skop tugas dan bidang kerja. CEO merupakan individu yang bertanggungjawab dalam membawa imej syarikat dan meningkatkan keuntungan syarikat selagi beroperasi. CIO pula lebih kepada individu yang bertanggungjawab mengendalikan efisiensi sebuah syarikat (menggunakan Sistem Atas Talian Sepenuhnya dalam pengurusan). Walau bagaimanapun, tugas CIO dan CEO tetap menjadi masalah kepada syarikat besar melainkan jika kedua-dua jawatan tersebut ‘dikahwinkan’ bersama. :D

Atasi Masalah Komunikasi

Peranan CIO lebih kepada bidang teknikal dan dikatakan selalunya tidak memahami situasi sebenar keperluan dan kehendak (business view) dalam organisasi. Ini berlaku kerana CIO cenderung memiliki kemahiran komunikasi yang kurang berkesan. Kepakaran sahaja tidak mencukupi maka CEO dan CIO perlu bekerjasama dalam merapatkan jurang komunikasi yang berkesan.

Stail Pengurusan

CEO lebih memiliki kemahiran dalam membuat keputusan dalam masalah yang kompleks berkaitan prestasi organisasi. CIO pula lebih suka mengadaptasikan teknologi baru dalam sesetengah urusan supaya lebih mudah diakses (Online). Walau bagaimanapun, jurang ilmu dalam pengurusan menampakkan ketara apabila organisasi memerlukan mekanisme baru (projek siap cukup bajet dan tepat pada masa) dalam meningkatkan imej syarikat. CIO dan CEO perlu dalam satu meja dan berbincang mencari alternatif terbaik dalam mengadunkan ilmu masing-masing dan seterusnya mengaplikasikannya.

Rujukan : Sumber ExpressComputerOnline

P/s: Tidak hairanlah jika Larry Page dan Sergery Brin (Pengasas Google Inc.) berjaya menjadi CIO dan CEO sekaligus kepakaran IT yang dimiliki mampu menjadi sebuah perniagaan konglomerat terbesar dunia. ;)