Pertama kali menontonnya, saya amat teruja. Grafik dan kesan efek dari Ubuntu Berryl ni mengalahkan Vista Aero .Video dari YouTube.com ni merupakan video paling banyak ‘hit’. (ditonton). Pergh…anda pasti kagum dengan kesan visual dari OSS ni.
Anda pengguna Ubuntu? pastikan anda mendapatkan theme Beryl.
P/s: Tiada siapa boleh membahagiakan seseorang kalau orang itu sendiri tidak mahu membahagiakan dirinya. – Dr. Tuah
Pada mulanya saya agak ragu-ragu untuk memperkenalkan ‘features’ menarik ini, tetapi memandangkan ramai pelajar atau siswa/i yang mahu berjinak-jinak dengan pengaturcaraan maka saya akan persembahkan kepada anda ‘tool’ ini. CODEKANA adalah fungsi tambahan untuk perisian Ms. Visual Studio untuk memaparkan warna pada peraturan-peraturan(syntax) tertentu dengan lebih efektif. Kepada ‘beginner’, alat ini sesuai untuk anda kerana :
Anda tidak perlu bersusah payah jika kesalahan(syntax error) yang dicari-cari tidak dijumpai walaupun anda yakin kod aturcara tersebut tiada kesalahan…hehe . Alat ini memaparkan warna yang berbeza untuk anda mudah mengenalpasti kesalahan tersebut.
Menjimatkan masa anda.
Memberi anda pengalaman baru dan anda akan cepat memahami jika kesalahan kod aturcara yang sama berulang-kali anda perbaiki.
Cubalah, anda pastikan kagum dan seronok taip aturcara (terutama kepada ‘beginner’).
P/s: Codekana sesuai untuk C++,C#, # VS2005, VS.NET 2003, VS.NET 2002, dan VS2008 (“Orcas”).
Entri kali ni saya nak menceritakan tetang sistem perisian terbuka dari Linux iaitu Sistem Pengoperasian Ubuntu atau disebut dengan bunyi (Ooobuntu dalam bahasa Afrika ) iaitu bermaksud ‘Kemanusian Untuk Semua’. OS percuma ini dibangunkan oleh sekumpulan pengaturcara yang menghendaki semua golongan masyarakat di dunia mampu menggunakan PC atau Laptop dengan OS yang percuma.
Ubuntu mudah dipasang (instal), bebas dari virus dan sesuai untuk PC, laptop dan pelayan (server). Anda tidak perlu risau jika anda menggunakan platform Intel atau AMD, Ubuntu boleh layan semua. Bagi peminat Perisian Terbuka (Open Source), inilah hadiah kepada mereka. Walaupun tidak sama prestasi seperti Windows Vista tetapi anda pasti terkejut dengan persembahan dari Ubuntu yang boleh memikat jiwa IT anda.
Anda boleh mendapatkan CD Instalasi percuma dari Ubuntu.com. Cuma perlu lengkapkan butir peribadi yang lengkap dan pihak Ubuntu.com akan menghantar terus CD + percuma pelekat Ubuntu tersebut ke rumah anda. Selamat mencuba.
P/s: Saya guna OS Ubuntu jika Windows XP bermasalah. Senang dan mudah.
Blog Sumber Informasi Graduan Sains Komputer ialah koleksi artikel yang ditulis oleh Penulis sendiri sama ada melalui pengalaman, pengamatan, penelitian dan pemahaman terhadap sesuatu topik dalam bidang ini. Penulis merupakan tenaga akademik di salah sebuah IPT di selatan tanah air. Berpengalaman dalam pembangunan perisian, pengajaran dan penyelidikan selama 2 tahun. Sekarang, Penulis sedang melanjutkan pengajian di RWTH Aachen University, Aachen, Germany dalam bidang Senibina Perisian / Software Architecture. (2012-2016).