Wireless Seeker atau dipanggil Wireless Network Detector merupakan gajet terbaru kepada mereka yang dahagakan teknologi terkini. Wireless Seeker adalah alat mengesan rangkaian tanpa wayar di sekeliling anda. PDA (Personal Digital Assistant) dan telefon bimbit terbaru mempunyai teknologi ‘WiFi’ untuk memudahkan pengguna melayari Internet di tapak tangan. Oleh itu, Wireless Seeker membantu pengguna mengesan kekuatan isyarat rangkaian tanpa wayar (Wireless) di sekeliling anda tanpa mengaktifkan teknologi WiFi di PDA atau telefon bimbit anda.
Syarikat PCTEL adalah pengeluar gajet ini dan telah dikeluarkan di seluruh dunia (tahun lepas) pada harga RM45 (Lowyat dan Plaza Imbi)
. Mengapa saya mengesyorkan produk ini ? Ini kerana alat ini memang sangat membantu kepada mereka yang sangat aktif dan sentiasa mengendalikan perniagaan Internet di luar pejabat atau luar rumah. Tanpa menghidupkan laptop dan PDA, hanya menggunakan Wireless Seeker anda terus mengetahui kekuatan isyarat ‘WiFi’ di sekeliling anda. Sungguh kecil, ringan dan mudah dikendalikan.
Dua majalah utama menjadi pilihan saya setiap bulan untuk menambahkan pengetahuan saya di samping mengetahui perkembangan terkini teknologi ICT iaitu Majalah PC (keluaran Karangkraf) dan Majalah CHIP (keluaran Online Dynamic). Saya memperuntukkan RM15 untuk majalah tersebut tiap-tiap bulan. Dari tahun 2000 sehingga sekarang, saya masih membelinya dan di sinilah timbulnya minat saya kepada dunia Sains Komputer dan Kejuruteraan Perisian
.
Majalah PC merupakan satu-satunya
majalah berkaitan industri ICT berbahasa Melayu. Majalah ini sesuai dengan selera dan tatapan kepada mereka yang mahu mendekati dunia IT dan mengenali asas-asas pengkomputeran dalam Bahasa Melayu. Setiap topik yang dibangkitkan memang berkisar dengan
‘trend’ IT terkini, paparan gajet atau produk yang canggih, ulasan-ulasan dari ‘taikun’ IT negara dan sebagainya. Penggunaan
asas perisian
Adobe Photoshop, Shockwave Light 3D dan ‘Freeware’ ada dipaparkan sekali dan sesuai kepada pencinta
‘artist graphic’ dan ‘animator’.
Majalah CHIP merupakan majalah berbahasa Inggeris yang terawal dipasaran tempatan. Majalah
‘franchise’ dari
Jerman ini merupakan majalah antarabangsa dan isu-isu IT yang disampaikan merangkumi masalah global. Masalah tersebut meliputi
keselamatan rangkaian dan perisian, ‘ecotech green’, dilema pengguna internet yang dibuli dan lain-lain lagi. Artikel-artikel yang dipaparkan memang ada kelainan setiap bulan kerana penulisnya terdiri daripada pakar dunia IT.
Pengujian gajet dan produk digital juga dilaporkan demi memastikan pengguna ICT membeli produk dengan pilihan yang tepat. Anda juga akan mendapat
input tambahan melalui
‘Tips & Tricks’ iaitu ruangan yang memberi panduan rahsia bagaimana hendak ‘hack’ produk digital atau perisian komersial dengan cara yang sah.

. Majalah CHIP juga memberi
bonus sekeping CD yang penuh dengan perisian
‘Freeware’ yang berguna dan ‘Movie Trailer’ . :O
Di samping anda mendapatkan informasi melalui medium Internet, majalah atau akhbar tidak kurang hebatnya sebagai medium rujukan anda.

Selamat memulakan
latihan praktikal/industri/mengajar kepada mereka yang terlibat di musim cuti ini. Tidak dinafikan latihan industri merupakan
satu keperluan kepada graduan sebagai persediaan menghadapi dunia pekerjaan yang penuh mencabar dan onak duri selepas tamat belajar nanti. Apapun, sebagai
pekerja di syarikat atau pejabat kerajaan
(terutamanya bekerja berkaitan IT) yang baru, anda harus
setkan di minda anda bahawa anda sama-sama bekerja untuk
memajukan syarikat atau menjaga imej jabatan.
Oleh itu, sebagai ‘senior’
kepada graduan IT, saya berikan beberapa tips sebagai panduan anda untuk menghadapi latihan industri dengan mudah :
- Fahami organisasi syarikat dan kaji fungsi setiap jawatan. Ketahuilah bahawa sesebuah organisasi terdiri daripada 4 kerangka utama iaitu : Organisasi, Fungsi, Politik, dan Budaya. Jika anda memahami setiap satunya, tiada masalah ketika bekerja.
- Berkenalan dengan orang sekeliling anda dan lontarkan senyuman anda
. First Impression Makes Everything Possible.
- Fahami tugas anda dan laksanakan dengan tekun. JIka anda tidak faham dan tidak berupaya untuk melakukan tugas yang diberikan, segera bertanya atau beritahu kepada penyelia ditempat anda bekerja. Ini mengelakkan anda dimarahi Bos kerana (terutama syarikat swasta IT) mementingkan kualiti kerja dan dapat menyiapkan tugas yang diberikan tepat pada masanya.
- Sentiasa berfikiran positif dan berprasangka baik pada pekerja lain serta fokus pada kerja.
- Selalu mengemaskini laporan Latihan Praktikal anda dan peka pada tarikh kedatangan Penyelia (dari tempat anda belajar) ke tempat kerja anda.
WCIT 2008 Tinggal Beberapa Hari lagi
P/s: Manusia selalu suka dihargai, dihormati dan dipuji, maka pelajari dan kuasailah ilmu psikologi (walaupun sedikit) untuk menguasai dunia sekeliling anda.