Written by alfarabius on May 25th, 2008 | Filed under:
Info
Melihat kepada tajuk blog, mesti ada yang tertanya. Apa benda tu (Biologically-Inspired-Computing = BIC)?
. Dalam Kepintaran Buatan (Artificial Intelligence), BIC boleh dikatakan sebagai kajian ke atas kesinambungan antara generasi (connectionism), perlakuan sosial (antara organisma) dan perubahan ke atas sesuatu organisma atau objek secara mendadak. Sebagai bahasa mudah, BIC cuba untuk mengadaptasikan pengiraan sainstifik beralgoritma secara ‘biological’. BIC menggabungkan bidang Sains Komputer, Matematik dan Biologi.
BIC adalah bidang utama kepada Komputasi Secara Semulajadi (Natural Computation) di mana semua objek yang boleh dikira dan dinilai cuba diadaptasi melalui kaedah semulajadi. Ini bermakna semua kejadian yang berlaku di dunia ini yang dikatakan semulajadi sebenarnya mempunyai pengiraan atau algoritma yang ‘tersendiri’. Bidang kajian dan penyelidikan dalam BIC adalah :
- genetic algorithms ? evolution
- biodegradability prediction ? biodegradation
- artificial immune systems ? immune system
- communication networks and protocols ? epidemiology and the spread of disease
- emergent systems ? ants, termites, bees, wasps
Maklumat lanjut : [Klik Di sini]
BIC boleh dikatangkan bidang yang baru dalam dunia AI dan seantero universiti dunia (terutama dalam bidang AI) sedang berusaha mencari penawar dan teknologi yang boleh ‘menyerupai’ alam semulajadi.
P/s: Perasaan(Hati) Kita dan Apa yang Difikirkan oleh Minda Kita Sekarang, Menentukan Masa Depan Kita. ~Firdaus-Harun.com yang kata
Written by alfarabius on May 24th, 2008 | Filed under:
Info

Anda buntu mencari pekerjaan yang sesuai ? Sudah berkali-kali melayari
JobStreet.com dan
Kareer.com.my dan masih tertunggu-tunggu jawapan dari syarikat atau majikan yang anda pohon ? Masih menantikan keputusan permohonan sari
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ?

. Begitulah lumrah graduan sama ada dari
kelulusan Diploma atau Ijazah Pertama. Entri kali ini saya hendak memperkenalkan kepada anda peluang pekerjaan di Syarikat SHELL (antara syarikat pengeluar minyak terbesar di dunia).
Tetapi kenapa SHELL? Ini kerana syarikat SHELL yang berpengkalan di Cyberjaya, Malaysia (BP kat Menara Maxis
)dan di sinilah tempat kerja paling diidam-idamkan oleh sebahagian graduan IT. PETRONAS sudah menutup jabatan ITnya dan segala keperluan sistem, pemasangan dan masalah rangkaian akan diagihkan(Outsource) kepada syarikat luar (iPerintis)
. Menariknya bekerja di SHELL ini (mengikut pengalam rakan), anda akan bekerja di serata dunia dan jawatan yang anda pegang bertaraf dunia.
Maklumat lanjut berkaitan jawatan IT di SHELL – Klik di sini

Anda tentu berfikir

: Boleh ke saya lulus temuduga jika diinterviu nanti ?. Sudah tentu boleh kerana anda adalah graduan tempatan yang mempunyai semangat juang yang tinggi

. Menurut kawan saya,
kriteria yang perlu ada pada seorang graduan IT untuk lulus temuduga tersebut adalah :
- CGPA keseluruhan – 3.0 dan ke atas
- Tahu selok belok hal organisasi SHELL
- Soft Skills – Fasih berbahasa Inggeris dan Kemahiran Berorganisasi
- Hard Skills – Asas pengaturcaraan yang mantap, ada asas dalam rangkaian dan mempunyai asas pemasangan Pelayan dan PC
- Yang paling menarik – Bersedia bekerja di luar negara
Tidak dinafikan, bekerja di syarikat SHELL bertaraf dunia memerlukan jiwa yang kental dan kemahiran yang tinggi. Kepada bakal-bakal graduan, tunjukkan kemampuan anda, bahawa minda anda adalah kelas pertama dan bertaraf Glokal.
P/s: Banyak lagi lubuk atau peluang kerja di Cyberjaya. Berhati-hati ketika memilih syarikat berasaskan IT kerana masa depan kerjaya anda terletak kepada apa yang anda pilih bukan kepada nasib (98% – usaha, 2% – nasib).
Written by alfarabius on May 22nd, 2008 | Filed under:
Info

Entri kali ini saya hendak mendedahkan gejala tidak sihat yang dilakukan oleh segelintir golongan yang mahir selok belok dengan pengaturcaraan web atau individu yang mempunyai niat jahat kepada orang lain.
‘Cyber-bullying’ atau dikenali sebagai
pembuli siber dianggap sebagai
satu jenayah siber yang telah lama berleluasa sejak kelahiran Internet lagi .Adakah anda pernah menghadapi perkara seperti berikut
(kajian oleh Debbie Heimowitz, 2007) :
- Emel yang diterima dari Orang yang Tidak Dikenali dan cuba mengajak anda berjumpa atau menerima mesej (spam) yang sama berulang kali atau;
- Perkenalan melalui laman web Sosial (Friendster, MySpace atau Facebook) dan cuba menghantar mesej-mesej berbau lu*** atau se**sual atau;
- Menerima panggilan melalui Skype dari pemanggil yang Tidak Dikenali dan cuba menggangu hidup anda atau;
- Menerima foto (super imposed) atau video (edited) padahal bukan gambar anda dan pembuli cuba mengugut anda
Jika anda menghadapi gejala-gejala di atas, anda sebenarnya sedang dibuli oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Lebih 60% pembuli adalah dari kenalan yang anda kenal dan 40% dari orang yang tidak kenali (kajian oleh Crimes Against Children Research Center di University of New Hampshire pada tahun 2000). Menurut kajian I-Safe.org, golongan yang selalu dibuli adalah dari golongan muda berumur dari 17 tahun ke bawah. (yang baru berjinak-jinak dengan dunia Internet) dan mereka yang mempunyai masalah keluarga lebih mudah dibuli.
P/s: Kepada Ibu Bapa, awasi anak-anak ketika melayari Internet. Ajar mereka menjadi Pelayar Internet yang ideal dan bijak.