Archive for May 29th, 2008

Graduan Sains Komputer dan IT – Kepakaran dan Keperluan kepada Negara

Posted on the May 29th, 2008 under Umum by

Tidak dinafikan setiap tahun ramai graduan Sains Komputer dan IT dilahirkan dari beberapa IPT tempatan sama ada dari IPTA atau IPTS. Ditambah pula dengan penubuhan kolej swasta bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan dan menawarkan bidang atau kursus sains komputer kepada pelajar yang berminat. Oleh itu, mengikut laporan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, bilangan output graduan sains komputer menampakkan pertambahan yang seimbang dari tahun 2002 sehingga 2007 (Klik Di sini Untuk Maklumat Lanjut). Adakah setiap IPT mempunyai kouta tersendiri dalam ‘mengisi’ bidang Sains Komputer ini atau hanya mengikut bilangan permohonan (tangkap muat) dari seluruh pelajar di Malaysia ? :?

1. Hakikat Graduan IT

Melihat kepada perkembangan positif negara dalam bidang ICT, Malaysia buat masa ini memerlukan sekurang-sekurang 10 000 pekerja IT separa profesional atau profesional di MSC (Sumber Utusan Melayu). Tetapi pada hakikatnya, keperluan ‘tenaga’ IT yang dapat di tampung oleh sama ada IPTA atau IPTS adalah hanya sekitar 20%-35% sahaja (Sumber The Star). Ke manakah baki peratusan graduan IT tersebut? Adakah mereka menganggur atau menjadi usahawan IT atau bekerja di sektor lain (tangkap muat je) ?.

2. Unik dan Berfikir di Luar Kotak

Keperluan kemahiran Sains Komputer atau IT bukan hanya terletak pada kemahiran mengaturcara atau melukis grafik atau menganalisis sistem sahaja malah lebih kepada kemahiran ‘softskills’ (semua dah tahu). Adakah setakat itu sahaja? Tidak sama sekali, anda akan menjadi lebih ‘terjual’ dipasaran kerja jika mempunyai kemahiran unik (Mengaturcara + Kemahiran Berniaga) dan boleh mengeluarkan idea lain dari yang lain (Thinking Outside the Box). Bagaimana mahu menguasai kemahiran (Unik Vs Berfikir lain dari yang lain) ? Caranya banyakkan membaca, sentiasa berfikir kritis, cuba sesuatu perkara yang mencabar minda dan sentiasa penuhi masa dengan perkara positif.

3. Siapakah yang Harus Dipersalahkan ?

Graduan IT dan Sains Komputer memang mudah mendapat kerja jika anda pandai ‘menjual’ diri dengan kemahiran dan kepakaran yang anda ada. Usah risau dan khuatir dengan pencapaian yang telah anda perolehi ketika belajar dulu. Oleh itu, bangkit dan atur langkah sekali lagi kerana usaha hari ini menentukan nasib dan masa depan anda. Kita tidak boleh mempersalahkan silibus atau kurikulum yang diajar, pensyarah yang mengajar atau faktor-faktor sekeliling yang lain. Salahkan diri sendiri dan baiki prestasi merupakan langkah yang sewajarnya perlu diambil.

Bagi yang sedang belajar, teruskan perjuangan dan jadikan pengalaman dahulu sebagai masa hadapan.

Nak capai sesuatu biar bersungguh-sungguh. ;)

P/s: Manusia dilahirkan untuk menjadi seorang yang luar biasa bukan biasa-biasa. ~Firdaus-Harun.com yang kata