Konsep Komputer Peribadi (PC) Masa Hadapan

Written by alfarabius on May 26th, 2008 | Filed under: Info


Melihat kepada kepesatan dan kepantasan pembuatan gajet dan produk yang canggih. Segelintir pakar tekonologi cuba meramalkan apakah konsep sebenar komputer peribadi (PC) di masa hadapan. Pada era 1960an, alat yang dipanggil komputer hari ini adalah sebuah mesin ringkas (Finite Automata) yang hanya mengeluarkan input sama ada Benar (True) atau Salah (False) terhadap sesuatu input yang dimasukkan. Kemudian, beberapa syarikat gergasi elekctronik dan beberapa institut (IBM, XEROX, atau MIT [Massachusetts Institute of Technology]) cuba memperkenalkan beberapa senibina komputer sama ada dari segi :

  1. Struktur arahan ( RISC [Reduced Instruction Set Computer] VS CISC [Complex Instruction Set Computer])
  2. Struktur ‘hardware’ (Flynn Taxonomy)
  3. Jenis tugas (Multitasking VS Single Tasking)


Kemudian pada era awal 90an, bermulalah dunia komputer secara grafik (fokus kepada Windows 3.1) antaramuka berbanding baris arahan (DOS – Command Line) pada dekad sebelumnya. Seterusnya, pada era millenium, komputer menjadi semakin sofisikated dan canggih sehinggakan kita tak dapat mengkuti kepantasan arus pemodenannya. Tetapi, bagaimanakah konsep komputer masa hadapan?. Beberapa pakar-pakar teknologi meramalkan bahawa komputer masa hadapan akan berubah dari segi :

  1. Penggunaannya
  2. Senibina yang semakin kompleks,
  3. Jumlah arahan pemproses semakin bertambah
  4. Struktur ‘hardware’ menjadi lebih kecil dan efisien
  5. Dapat dibeli dengan harga murah

Ada juga berpendapat bahawa komputer sekarang tidak lagi dipanggil komputer dan mungkin juga komputer masa hadapan mempunyai enjin Kepintaran Buatan yang lebih matang dan ‘pandai’ belajar sendiri mengikut perubahan semasa. Dasyat-dasyat ;) .

P/s: Kalau tidak penat, bukan usaha namanya -Dr. HM Tuah :)



Leave a Reply