Biologically Inspired Computing – Salah Satu Cabang Bidang Kepintaran Buatan (AI)

Written by alfarabius on May 25th, 2008 | Filed under: Info

Melihat kepada tajuk blog, mesti ada yang tertanya. Apa benda tu (Biologically-Inspired-Computing = BIC)? :? . Dalam Kepintaran Buatan (Artificial Intelligence), BIC boleh dikatakan sebagai kajian ke atas kesinambungan antara generasi (connectionism), perlakuan sosial (antara organisma) dan perubahan ke atas sesuatu organisma atau objek secara mendadak. Sebagai bahasa mudah, BIC cuba untuk mengadaptasikan pengiraan sainstifik beralgoritma secara ‘biological’. BIC menggabungkan bidang Sains Komputer, Matematik dan Biologi.

BIC adalah bidang utama kepada Komputasi Secara Semulajadi (Natural Computation) di mana semua objek yang boleh dikira dan dinilai cuba diadaptasi melalui kaedah semulajadi. Ini bermakna semua kejadian yang berlaku di dunia ini yang dikatakan semulajadi sebenarnya mempunyai pengiraan atau algoritma yang ‘tersendiri’. Bidang kajian dan penyelidikan dalam BIC adalah :

  1. genetic algorithms ? evolution
  2. biodegradability prediction ? biodegradation
  3. artificial immune systems ? immune system
  4. communication networks and protocols ? epidemiology and the spread of disease
  5. emergent systems ? ants, termites, bees, wasps

Maklumat lanjut : [Klik Di sini]

BIC boleh dikatangkan bidang yang baru dalam dunia AI dan seantero universiti dunia (terutama dalam bidang AI) sedang berusaha mencari penawar dan teknologi yang boleh ‘menyerupai’ alam semulajadi.

P/s: Perasaan(Hati) Kita dan Apa yang Difikirkan oleh Minda Kita Sekarang, Menentukan Masa Depan Kita. ~Firdaus-Harun.com yang kata :)



Leave a Reply