SHELL – Lubuk ‘Emas’ kepada Graduan IT dan Sains Komputer

Written by alfarabius on May 24th, 2008 | Filed under: Info


Anda buntu mencari pekerjaan yang sesuai ? Sudah berkali-kali melayari JobStreet.com dan Kareer.com.my dan masih tertunggu-tunggu jawapan dari syarikat atau majikan yang anda pohon ? Masih menantikan keputusan permohonan sari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ? ;) . Begitulah lumrah graduan sama ada dari kelulusan Diploma atau Ijazah Pertama. Entri kali ini saya hendak memperkenalkan kepada anda peluang pekerjaan di Syarikat SHELL (antara syarikat pengeluar minyak terbesar di dunia).

Tetapi kenapa SHELL? Ini kerana syarikat SHELL yang berpengkalan di Cyberjaya, Malaysia (BP kat Menara Maxis :) )dan di sinilah tempat kerja paling diidam-idamkan oleh sebahagian graduan IT. PETRONAS sudah menutup jabatan ITnya dan segala keperluan sistem, pemasangan dan masalah rangkaian akan diagihkan(Outsource) kepada syarikat luar (iPerintis) :( . Menariknya bekerja di SHELL ini (mengikut pengalam rakan), anda akan bekerja di serata dunia dan jawatan yang anda pegang bertaraf dunia.

Maklumat lanjut berkaitan jawatan IT di SHELL – Klik di sini


Anda tentu berfikir :? : Boleh ke saya lulus temuduga jika diinterviu nanti ?. Sudah tentu boleh kerana anda adalah graduan tempatan yang mempunyai semangat juang yang tinggi ;) . Menurut kawan saya, kriteria yang perlu ada pada seorang graduan IT untuk lulus temuduga tersebut adalah :

  1. CGPA keseluruhan – 3.0 dan ke atas
  2. Tahu selok belok hal organisasi SHELL
  3. Soft Skills – Fasih berbahasa Inggeris dan Kemahiran Berorganisasi
  4. Hard Skills – Asas pengaturcaraan yang mantap, ada asas dalam rangkaian dan mempunyai asas pemasangan Pelayan dan PC
  5. Yang paling menarik – Bersedia bekerja di luar negara

Tidak dinafikan, bekerja di syarikat SHELL bertaraf dunia memerlukan jiwa yang kental dan kemahiran yang tinggi. Kepada bakal-bakal graduan, tunjukkan kemampuan anda, bahawa minda anda adalah kelas pertama dan bertaraf Glokal.

P/s: Banyak lagi lubuk atau peluang kerja di Cyberjaya. Berhati-hati ketika memilih syarikat berasaskan IT kerana masa depan kerjaya anda terletak kepada apa yang anda pilih bukan kepada nasib (98% – usaha, 2% – nasib).



2 Responses to “SHELL – Lubuk ‘Emas’ kepada Graduan IT dan Sains Komputer”

  1. Masalah kerja memang menjadi mimpi ngeri kepada graduan masa kini..huhuhu

  2. Huk..huk.. untungla korang, boleh la citer pasal ni semua sebab korang graduan… tapi aku sekolah sampai Darjah 6 je.. hek..hek..hek (kesat ayaq mata)

Leave a Reply