Wireless Seeker - Penyelesaian kepada Rangkaian Tanpa Wayar

Wireless Seeker atau dipanggil Wireless Network Detector merupakan gajet terbaru kepada mereka yang dahagakan teknologi terkini. Wireless Seeker adalah alat mengesan rangkaian tanpa wayar di sekeliling anda. PDA (Personal Digital Assistant) dan telefon bimbit terbaru mempunyai teknologi ‘WiFi’ untuk memudahkan pengguna melayari Internet di tapak tangan. Oleh itu, Wireless Seeker membantu pengguna mengesan kekuatan isyarat rangkaian tanpa wayar (Wireless) di sekeliling anda tanpa mengaktifkan teknologi WiFi di PDA atau telefon bimbit anda.
Syarikat PCTEL adalah pengeluar gajet ini dan telah dikeluarkan di seluruh dunia (tahun lepas) pada harga RM45 (Lowyat dan Plaza Imbi)
. Mengapa saya mengesyorkan produk ini ? Ini kerana alat ini memang sangat membantu kepada mereka yang sangat aktif dan sentiasa mengendalikan perniagaan Internet di luar pejabat atau luar rumah. Tanpa menghidupkan laptop dan PDA, hanya menggunakan Wireless Seeker anda terus mengetahui kekuatan isyarat ‘WiFi’ di sekeliling anda. Sungguh kecil, ringan dan mudah dikendalikan.



Leave a Reply